KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 19 September 2010

Pertemuan klasik United-Liverpool




MANCHESTER - Alex Ferguson masih menganggap Liverpool sebagai pesaing utama Manchester United meskipun prestasi kelab Anfield itu tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Ketika ini, Ferguson sedang dalam proses persiapan untuk berdepan skuad kendalian Roy Hodgson itu di Old Trafford malam ini.

Untuk rekod, kedua-dua kelab London itu telah memenangi 18 gelaran Liga Perdana England setakat ini.

Pengurus Red Devils itu mengakui bahawa ketika dia tiba di Old Trafford pada 1986, misinya adalah untuk mengatasi pencapaian Liverpool.

Ketika United dipintas Chelsea pada perebutan gelaran liga musim lepas, prestasi Liverpool pula amat mengecewakan apabila mereka hanya mampu menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Meskipun Ferguson memberitahu Chelsea adalah pencabar utama United dan Manchester City pula sekali lagi telah berbelanja besar pada musim ini, dia menegaskan pertemuan dengan Liverpool masih lagi menjadi aksi paling penting dalam kariernya.

"Saya telah katakan bahawa pertemuan ini adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh saya dan seluruh kelab ini, tidak diragui lagi mengenainya.

"Berdasarkan sejarah, pertemuan ini selalunya amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak. Saya tidak perlu ceritakan tentang sejarah ini lagi," kata Ferguson.

Ferguson juga menyalahkan bekas pengurus The Reds, Rafael Benitez di atas segala masalah peribadi yang tercetus di antaranya dengan jurulatih baru Inter Milan itu.

Mengenai masalah kewangan yang menimpa Liverpool, Ferguson berkata: "Ketika akhir era penguasaan Benitez, dia banyak berbelanja ke atas pemain, jauh lebih banyak daripada Manchester United.

"Mereka mempunyai skuad pemain yang besar, jadi saya tidak tahu adakah ia ada kaitan dengan masalah mereka atau tidak."

Ketegangan di antara Ferguson dan Benitez juga semakin memuncak berikutan kritikan jurulatih dari Sepanyol itu pada Januari 2009.

Namun Ferguson berkata: "Saya tidak pernah menyimpan dendam secara peribadi. Kamu kena tanya dia, bukan saya.

"Saya sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus-pengurus Liverpool. Cuma ia berubah pada era pengurus terakhir yang lalu.

Tiada ulasan: