KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 24 September 2010

Rekod Chelsea tercalar


KALOU terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan pada aksi Piala Liga menentang Newcastle awal pagi semalam. Newcastle menang 4-3.


LONDON - Selain tersingkir daripada saingan Piala Liga, Chelsea turut dirundung malang selepas tewas 3-4 kepada Newcastle United awal pagi semalam.

Shola Ameobi menjadi pemusnah skuad kendalian Carlo Ancelotti itu apabila menjaringkan gol kemenangan Newcastle pada minit ke-90, sekali gus memadam rekod kemenangan Chelsea musim ini.

Lebih malang, skuad The Blues juga terpaksa melupakan khidmat Salomon Kalou selepas perancang Ivory Coast itu terpaksa diusung keluar padang ekoran masalah hamstring pada minit ke-54.

Perancang Israel, Yossi Benayoun turut menerima nasib yang sama sembilan minit kemudian apabila dia terpaksa dibawa ke bilik rawatan kerana kecederaan pangkal paha.

Kedua-dua pemain ini mungkin akan terlepas pertemuan Liga Perdana England dengan Manchester City malam esok.

Pengurus The Blues, Ancelotti berkata: "Saya rasa Kalou tidak dapat ber- main bagi beberapa perlawanan sele- pas ini.

"Benayoun juga menerima kecederaan yang agak serius. Kedua-dua pemain ini perlukan masa untuk bere- hat."

Ketiadaan Benayoun menyaksikan Chelsea yang ketinggalan 1-3 kepada Newcastle dan menggunakan ketiga-tiga pemain gantian mereka dalam perlawanan kelmarin, terpaksa bermain dengan sepuluh orang dalam selama 27 minit.

Begitupun, The Blues berjaya mengu- bah suasana permainan apabila dua ja- ringan Nicolas Anelka mengikat semula kedudukan kepada 3-3.

Begitupun, Ameobi muncul wira Newcastle dengan menanduk masuk hantaran Jonas Gutierrez menerusi sepakan sudut pada minit ke-90.

Mengenai persembahan pemain muda mereka kelmarin, Ancelotti berkata: "Memang kami kecewa dengan keputusan ini tetapi saya puas hati dengan aksi pemain muda saya.

"Kami memberi reaksi yang bagus dan menunjukkan semangat juang tinggi biarpun bermain dengan 10 orang.

"Kini kami tahu kami boleh mengharapkan pemain muda ini pada masa depan tetapi malam ini (Piala Liga kelmarin) bukan keutamaan kami musim ini

Tiada ulasan: