KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 7 Oktober 2010

The Chance: Zaky terpilih wakili Malaysia



ZAKY (kanan) bergambar bersama Menaha di Bukit Jalil semalam.



NIKE Malaysia secara rasmi telah mengumumkan Mohammad Zaky Zulkifli sebagai pemenang programThe Chance 2010.
Dengan itu, Zaky akan mewakili Malaysia pada sesi pemilihan bersama 99 lagi bakat muda dari 40 negara lain di bawah kendalian pengurus Arsenal, Arsene Wenger di London tahun depan.
Pemilihan akhir bagi memilih wakil tunggal Malaysia berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang semalam turut dihadiri jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal dan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelly Sathiraj.
Zaky yang menghadiri sesi pemilihan awal The Chance di Pasir Gudang, Johor bakal merebut lapan tempat untuk menyertai Akademi Nike di London yang merupakan sebuah pusat latihan program berprestasi tinggi dan disokong Liga Perdana England.
"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Terima kasih Nike," kata Zaky.
The Chance yang dilancarkan pada September lalu telah menyaksikan lebih 500 bakat muda dari seluruh negara hadir sesi pemilihan di Kuala Lumpur, Kuantan, Pulau Pinang dan Pasir Gudang dengan panel pemilihannya diketuai oleh Rajagobal yang memilih 30 pemain ke peringkat akhir semalam.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Menaha Nadaraja berkata, pihaknya yakin The Chance ini bukan saja menjadi program bagi mencari bakat muda berpotensi, malah ia juga dapat membina semangat bola sepak di negara ini.
"Dengan sesi pemilihan telah selesai, kami berasa cukup bangga untuk mengumumkan Zaky sebagai wakil Malaysia pada pemilihan global nanti. Kami yakin Zaky akan mengharumkan nama negara di London," jelas Menaha

Tiada ulasan: