KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 7 Oktober 2010

NESV hampir pasti pemilik baru Liverpool


IMBAS KEMBALI... Gillet (kiri) dan Hicks bergambar bersama selepas sah menjadi pemilik Liverpool pada 2007.


MANCHESTER - Ahli lembaga Liverpool telah mencapai persetujuan untuk penjualan kelab Liga Perdana England itu kepada New England Sports Ventures (NESV) yang merupakan pemilik kelab bola keranjang Amerika Syarikat, Boston Red Sox.
Namun penjualan tersebut bergantung kepada kelulusan pihak pentadbiran Liga Perdana England selain penyelesaian pertikaian berhubung keahlian ahli lembaga pengarah kelab serta hal-hal lain yang berkaitan.
"Saya cukup gembira apabila kami akhirnya berjaya menyelesaikan proses penjualan kelab ini yang telah berjalan dalam tempoh yang cukup panjang dan mendapat liputan meluas.
"Lembaga pengarah kelab membuat keputusan untuk menerima kertas kerja yang dikemukakan NESV kerana pada dasarnya, ia merupakan yang terbaik dan menepati kriteria yang kami tetapkan untuk pemilik baru.
"Falsafah NESV juga bertepatan kerana mereka hanya memikirkan soal kemenangan dan ia telah dibuktikan menerusi pasukan Red Sox," kata Pengerusi Liverpool, Martin Broughton dalam satu kenyataan semalam.
Pemilik Liverpool ketika ini, Tom Hicks dan George Gillett dari Amerika Syarikat telah membeli kelab Merseyside itu pada Februari 2007 dengan harga £218.9 juta (RM1.08 bilion).
Kedua-dua pemilik bersama itu telah diarahkan Barclays Capital pada April lalu untuk mencari pembeli baru dan melantik Broughton yang juga Pengerusi British Airways untuk menguruskan penjualan tersebut.
Broughton menambah, dia agak kecewa kerana kedua-dua pemilik terbabit sering cuba melakukan pelbagai cara untuk menghalang penjualan itu daripada berlaku.
Liverpool telah berhutang sebanyak £237 juta (RM1.17 bilion) kepada pemiutang utama mereka iaitu Royal Bank of Scotland yang menetapkan 15 Oktober depan sebagai tarikh akhir pembiayaan semula

Tiada ulasan: