KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 16 Oktober 2010

Detik istimewa Villa


VILLA akan mengetuai jentera serangan Barcelona pada pertemuan menentang Valencia di Nou Camp awal pagi esok.


MADRID - Pertemuan menentang Valencia dalam saingan Liga Sepanyol di Nou Camp awal pagi esok sudah pasti menghadirkan detik manis buat penyerang Barcelona, David Villa.

Ini kerana, Villa yang juga merupakan penyerang antarabangsa Sepanyol terlebih dahulu pernah beraksi bersama Valencia selama lima musim sebelum dia berhijrah ke Barcelona musim ini.

Ketika ini, Villa, 28, dilihat berada pada prestasi terbaik apabila berjaya menyamai rekod bekas penye- rang Sepanyol, Raul Gonzales yang menjaringkan 44 gol di pentas antarabangsa.

"Valencia merupakan pasukan terbaik ketika ini berdasarkan kedudukan mereka yang mendahului carta liga selain prestasi konsisten yang dipamerkan mereka dalam setiap perlawanan.

"Ia bakal menjadi perlawanan istimewa buat saya kerana turun menentang sebuah pasukan yang mana saya merasakan sangat selesa menghabiskan lima musim bersama mereka.

"Malah tidak keterlaluan jika saya katakan yang perlawanan itu nanti pasti akan mengimbau kembali kenangan-kenangan manis ketika saya bersama mereka," jelas Villa.

Ketika ini, Barcelona sekadar menghuni tangga keempat carta liga apabila mengumpul 13 mata, tiga mata di belakang Valencia yang masih unggul selaku pendahulu.

Tugas berat pastinya menanti anak-anak buah Pep Guardiola itu apabila Valencia berkunjung ke Nou Camp berbekalkan rekod cemerlang yang dicipta mereka selepas mencatatkan lima kemenangan dan satu seri.

Sebaliknya, skuad The Catalan itu pula semakin tertekan bagi mencatatkan kemenangan di laman sendiri selepas sekadar menang empat daripada enam perla- wanan sebelum ini.

Tiada ulasan: