KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 16 Oktober 2010

Musnah Ego Selangor- "Tumbangnya Raksasa Merah"

Pasukan Selangor yang tidak pernah tewas 7 perlawanan Piala Malaysia 2010, akhirnya pada saingan kelapan pasukannya malam tadi berjaya diaibkan 3-0 oleh pasukan kerdil yang waktu dulu menjadi pasukan belasahannya. Akhirnya ego ketua jurulatih dan para pemain Selangor berjaya ditundukkan. Inilah hikmah daripada apa yang menimpa pasukan dan penyokong Kelantan kini. Dikala media masih memandang negatif pada penyokongnya, para pemain The Red Warriors pula mengembalikan keceriaan dan hadiah yang sungguh bermakna kepada penyokongnya. Tahniah dan Terima Kasih Seluruh Pendokong The Red Warriors.

Hebat-hebat dan berpuashati itu sahaja yang dapat diluahkan oleh para penyokong Kelantan yang ditemui disekitar stadium tadi. Dari raut wajah jelas kelihatan kegembiraan mereka meraikan kemenangan yang sungguh bermakna sejak 50 tahun Kelantan menyertai piala Malaysia. Pasukan The Red Warriors sering mengimpikan kemenangan di perlawanan akhir bertemu Selangor pada tahun ini telah boleh melupakan impian mereka bertemu Selangor di perlawanan akhir kerana berkat kesungguhan para pemain, pasukan The Red Warriors telah berjaya menewaskan Selangor di suku akhir lagi.

Gol Pertama-Norfarhan (minit 13)

Gol Kedua-Akmal Rizal (Minit 26)

Gol Ketiga- Mohd Badhri Radhzi (Minit 81)

Kini The Red Warriors sudah boleh bersedia menanti salah satu pasukan yang akan bertarung esok iaitu samada Terengganu atau Kedah di separuh akhir pertama selasa nanti. Rata-rata penyokong Kelantan masih berbelah bahagi memilih pasukan pilihan mereka kerana kedua-dua pasukan ini dilihat pasukan yang gah dan memiliki pemain-pemain terbaik. Dengan ini peluang rehat lebih sehari daripada pasukan negeri lain yang mula bersaing esok ini tidak harus disia-siakan barisan tempur The Red Warriors dalam mengasah senjata mereka untuk ke medan tempur yang seterusnya.

Gandingan pasukan The Red Warriors yang ada kini telah diletakkan barisan pemain kelas A Kelantan. Malah peminat juga turut berpeluang kembali menyaksikan kehebatan Norshahrul Idlan Talaha dalam pertempuran separuh akhir pertama nanti. Terima kasih B. Sathianathan yang sememang diakui kesungguhan beliau menaikkan imej bolasepak Kelantan walaupun sering dijadikan bahan cemuhan, namun ketahanan mental beliau dengan tekanan penyokong berjaya membawa Kelantan melangkah ke satu lagi anak tangga menuju pentas akhir. Dalam akhbar semalam beliau dengan yakin mengakui, Kelantan tetap bangkit walaupun ketiadan penyerang utama Norshahrul, bagi beliau Kelantan memiliki ramai pemain yang boleh menggantikan Norshahrul sungguhpun tidak sehebat Norshahrul. Ternyata apa yang dikatakan oleh B. Sathianathan semalam dibuktikannya malam tadi apabila menurunkan barisan pemain terbaik menggempur Selangor.

Tahniah Seluruh Penyokong The Red Warriors kesedihan dan kekecewaan anda selasa lalu sudah dibalas oleh para pemain. Anggaplah ini sebagai hadiah kepada 2 arwah penyokong tegar Kelantan yang terkorban iaitu Che Karma (Meninggal akibat lelah di Shah Alam) dan Mat Sarkawi (Meninggal akibat kemalangan jalanraya semasa Kelantan menentang KL Plus). Sama-sama sekali lagi kita sedekahkan Al Fatihah pada bekas penyokong tegar ini.

Kemenangan ini amat bermakna kepada kita tetapi ianya tidak bermakna kita sudah boleh riak dan takbur dengan kejayaan ini sehingga berani mengutuk dan menghina pasukan lain. Fahamilah hati dan perasaan mereka sepertimana perasaan kita sekiranya ditakdirkan tewas seperti pasukan mereka. Masih terlalu awal untuk mengesahkan piala Malaysia milik kita tetapi keyakinan dan semangat ini harus dikekalkan. Ayuh semua penyokong kita berdiri dibelakang para pemain memberi sokonganpadu untuk perlawanan seterusnya selasa depan.

Pertempuran kita belum selesai..............Selangkah lagi ke final....Sama-sama doakan kejayaan ke final...Amin

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo


Tiada ulasan: