KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 25 Oktober 2010

Keajaiban Hernandez

Keajaiban Chicarito

HERNANDEZ meledak dua gol United ketika mereka menewaskan Stoke City 2-1 semalam.


LONDON – Javier Hernandez membuktikan bahawa Manchester United tidak perlu terlalu bergantung kepada Wayne Rooney apabila dia meledak dua gol bagi menghadiahkan kemenangan 2-1 The Red Devils ke atas Stoke City dalam aksi Liga Perdana England semalam.
Selepas kontroversi yang melanda United berhubung masa depan Rooney sejak minggu lalu berakhir, pengurus Alex Ferguson terus merehatkan penyerang England itu ekoran kecederaan buku lali.
Ketiadaan Rooney menyaksikan Hernandez diturunkan dalam skuad utama dan penyerang yang dikenali sebagai ‘Chicarito’ itu membuktikan kehebatannya dengan meletakkan United di depan pada minit ke-27.
Begitupun, United sekali lagi hampir mencatat keputusan seri buat kali kelima setelah pemain gantian, Tuncay Sanli menyamakan kedudukan 1-1 buat Stoke menerusi percubaan menariknya pada minit ke-81.
United bagaimanapun memberi respons yang meyakinkan dengan melakukan serangan demi serangan dan hasilnya Hernandez berjaya memberi kemenangan pertama pasukannya di gelanggang lawan musim ini menerusi jaringan keduanya pada minit ke-86.
Pengurus The Red Devils, Ferguson membuat tujuh perubahan dalam skuad utamanya termasuk merehatkan Rooney yang menyambut hari jadi yang ke-25 bersama isterinya, Coleen, di Dubai.
Penyerang England itu juga terpaksa berehat selama tiga minggu ekoran kecederaan buku lali yang dialaminya Selasa lalu ketika spekulasi tentang masa depannya bersama United menjadi perhatian.
Keinginan Rooney untuk meninggalkan Old Trafford telah mencetuskan kemarahan penyokong United pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu menentang Bursaspor, namun setelah menyambung kontraknya, tiada protes ditunjukkan peminat kelab tersebut di Stadium Britannia semalam

Tiada ulasan: