KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 25 Oktober 2010

Rijkaard bukan ancaman Hodgson

LONDON - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson seakan-akan memperkecilkan kemampuan Frank Rijkaard. Hodgson berkata, pengendali kelahiran Belanda itu bukan pencabarnya.

Hodgson mengeluarkan kenyataan itu selepas Rijkaard dikaitkan dengan dengan jawatan yang disandangnya di Liverpool.
Ketika ini, skuad The Reds berada di zon penyingkiran dalam saingan Liga Perdana England selepas melakukan permulaan yang buruk musim ini.
Rijkaard yang juga bekas jurulatih Barcelona telah meninggalkan kelab gergasi Turki, Galatasaray, sekali gus katakan sebagai calon terbaik untuk menggantikan Hodgson sekiranya pemilik baru Liverpool berhasrat untuk menukar pengurus.
Hodgson menegaskan, beliau tidak menghiraukan spekulasi itu, sebaliknya mendakwa gosip tersebut sama seperti ketika beliau berada di kelab gergasi Itali, Inter Milan.
"Saya difahamkan Rijkaard baru sahaja dipecat dari- pada Galatasaray. Dia 'mesti seorang pengurus yang hebat' untuk dipecat oleh kelab gergasi Turki itu.
"Apa yang kamu fikir mengenai ejen Frank Rijkaard yang 'menjual' namanya di seluruh dunia?.
"Semuanya hanya spekulasi. Saya pernah menghadapi situasi yang sama selama dua setengah tahun ketika berada di Inter apabila setiap hari terdapat berita yang tidak disenangi di akhbar.
"Saya akhiri spekulasi itu dengan satu kontrak baru apabila saya berpindah ke Blackburn Rovers. Jika saya boleh menghadapinya di MIlan, saya juga boleh menghadapinya di Liverpool

Tiada ulasan: