KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 22 Oktober 2010

Nani selamatkan maruah United


NANI meledakkan gol tunggal kemenangan United ke atas Bursaspor pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.


MANCHESTER - Manchester United melupakan seketika kontroversi mengenai penghijrahan Wayne Rooney untuk menewaskan kelab Turki, Bursaspor 1-0 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Jaringan tunggal Nani seawal minit ketujuh sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat skuad bimbingan Alex Ferguson itu.
Dengan kemenangan itu, United terus mendahului Kumpulan C dengan tujuh mata, dua mata mengatasi Rangers yang seri 1-1 dengan Valencia.
"Saya tidak mahu isu Rooney ini terus berpanjangan. Saya lebih berminat untuk menyatakan tentang rasa puas hati terhadap prestasi Nani pada perlawanan ini.
"Persembahan Nani semakin baik. Itu sesuatu yang baik dan dia kini berjaya menambah nisbah jaringannya pada setiap perlawanan," kata Ferguson.
Begitupun, pengurus United itu mengakui beliau tetap berasa kecewa kerana pasukannya sekadar mencatat kemenangan tipis.
"Kami sepatutnya lebih menekan pasukan lawan. Bagaimanapun, saya tetap berasakan kami telah melakukan tugas dengan baik jika dilihat daripada tempo perlawanan.
"Kami menguasai keseluruhan permainan. Saya rasa pasukan lawan hanya mendapat peluang tepat pada dua minit terakhir tetapi kami melakukan lebih baik pada penghujung perlawanan.
"Saya juga tidak rasa pasukan lawan mampu mendapatkan gol penyamaan kerana tahap konsentrasi pertahanan kami cukup baik," kata Ferguson.
Sementara itu, jurulatih Bursaspor, Ertugrul Saglam mengakui kekalahan tersebut membuatkan pasukan mereka kini semakin sukar untuk layak ke pusingan kalah mati.
"Kami perlu menang ketiga-tiga baki perlawanan untuk menghidupkan peluang. Paling minimum pun, kami kena menang dua dan seri sekali

Tiada ulasan: