KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 3 Ogos 2010

Tevez hilang motivasi

LONDON - Penyerang Manchester City, Carlos Tevez mendedahkan, dia telah kehilangan motivasi untuk bermain bola sepak selepas kegagalan Argentina dalam kempen Piala Dunia 2010.

Tevez mempamer prestasi terbaiknya buat City musim lepas dan meledakkan 29 gol sebelum menyertai kempen di Afrika Selatan bersama Argentina.

Begitupun, selepas anak-anak buah Diego Maradona itu tersingkir pada suku akhir kepada Jerman, Tevez dilihat masih belum bersedia untuk mengharungi kempen baru Liga Perdana England.

Tevez berkata: "Saya cuba menguatkan semula semangat dan motivasi saya kerana Piala Dunia adalah matlamat utama saya.

"Tetapi buat kali pertama dalam hidup saya, saya menghadapi masalah untuk mencari semula kekuatan bagi semangat saya."

Real Madrid pula dikatakan berminat ke atas Tevez sejak beberapa minggu lepas.

Hubungannya dengan pengurus, Roberto Mancini juga masih belum pulih dan kelab gergasi Sepanyol itu pula memerlukan penyerang baru dalam skuad mereka.

Jose Mourinhio ketika ini mempunyai dua rakan senegara Tevez iaitu Gonzalo Higuain dan pemain baru, Angel Di Maria dan kini Real memerlukan seorang lagi penyerang selepas Raul menyertai Schalke 04.

Tiada ulasan: