KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 18 Ogos 2010

Rajagobal tarik nafas lega



RAJAGOBAL memberikan taklimat kepada pemain-pemainnya sebelum memulakan sesi latihan di padang Wisma FAM malam kelmarin.


SKUAD kebangsaan memulakan kem latihan bulan Ramadan di Wisma FAM, Kelana Jaya malam kelmarin yang bakal diakhiri dengan kemungkinan menentang skuad kebangsaan Oman di Doha, Qatar pada 3 September depan.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajago- bal pasti lega apabila semua 26 pemain yang dipanggil kali ini kecuali penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat telah turun menjalani latihan pertama itu tanpa sebarang masalah kecederaan.

Khairul Fahmi akan menyertai kem tersebut sejurus dia bersama skuad Kelantan pulang ke tanah air hari ini selepas mengerjakan umrah.

“Memang hari pertama latihan ini saya tidak boleh lihat apa-apa lagi. Saya hanya mahu tengok keadaan para pemain dan saya dapati tiada kecederaan melanda mereka.

“Kita akan terus berlatih sepanjang bulan puasa ini sebagai salah satu persiapan menghadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada November depan.

“Tentang perlawanan persahaba- tan yang diatur, kita masih belum dapat pengesahan. Dalam dua hari lagi baru ia boleh diketahui sepe- nuhnya,” kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan tersebut malam kelmarin.

Pengendali berusia 54 tahun itu memberitahu, hanya perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Oman itu hampir pasti manakala aksi bertemu skuad kebangsaan Thailand dan kelab Singapura masih belum dimuktamad- kan.

“Ketika pertengahan saingan Piala Malaysia pula, kita akan beraksi pada kejohanan jemputan Piala Ho Chi Minh di Vietnam dari 26 September hingga 3 Oktober depan yang turut disertai skuad B-23 Vietnam, Singapura dan Iran,” jelasnya.

Bagi kem kali ini, Rajagobal telah memanggil 10 pemain skuad Harimau Muda iaitu K. Gurusamy, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Faizal Muhamad, Fadhli Shas, Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Izzat Faris Ramlan, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Zamir Selamat.

Hanya empat pemain lebih usia 23 tahun disenaraikan iaitu Sharbi- nee Allawee Ramli, Norshahrul Id- lan Talaha, S. Kunanlan dan Azmi Muslim.

“Peluang tetap terbuka kepada pemain lain yang tidak dipanggil kali ini. Saya akan pantau prestasi mereka pada Piala Malaysia. Saya tidak mahu pemain sedia ada ini merasa selesa tempat mereka sudah terjamin,” tegas Rajagobal

Tiada ulasan: