KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 1 September 2010

Amaran awal Atletico


FORLAN (kiri) diraikan rakan sepasukannya, Sergio Kun Aguero selepas meledak gol ketiga Atletico semalam.


MADRID - Diego Forlan muncul wira apabila meledak dua gol bagi membantu Atletico Madrid menewaskan Sporting Gijon 4-0 dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.

Kemenangan itu seakan- akan memberi petanda awal bahawa Atletico mampu menjadi pencabar utama musim ini selepas mereka berjaya menjulang Piala Super Eropah apabila menewaskan kelab Itali, Inter Milan 2-0 di Stadium Louis II, Monaco, Ahad lalu.

Kini, Atletico yang dibimbing oleh Quique Sanchez Flores dilihat mampu melakar lebih banyak kejayaan seterusnya mengakhiri penguasaan dua kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Vicente Calderon semalam, perancang Atletico, Jose Jurado berjaya membuka tirai jari- ngan pada minit ke-10.

Jaringan yang dilakukan Jurado itu merupakan yang terakhir buatnya bersama Atletico sebelum dia berhij- rah ke Schalke 04.

"Sudah menjadi lumrah dalam bola sepak, mana-mana pemain akan meninggalkan kelab yang diwakilinya.

"Keputusan yang dilakukan Jurado mungkin tepat dan baik buat dirinya sendiri mahupun kelab," jelas Sanchez.

Penyerang antarabangsa Uruguay, Forlan yang dianugerahkan pemain terbaik Piala Dunia 2010 membuktikan sentuhan cukup berbisanya apabila menjaringkan gol pada minit ke-39 dan ke-69.

Simao melengkapkan malam gemilang Atletico menerusi gol keempat pada lewat babak perlawanan

Tiada ulasan: