KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 4 Januari 2011

Kelibat Dzeko kini bernilai RM128 juta


KEHEBATAN Dzeko (depan) telah menarik minat Manchester City.


LONDON - Manchester City dilapor telah bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £27 juta (RM128 juta) bagi membawa masuk penyerang Wolfsburg, Edin Dzeko ke Eastland.
Dengan keputusan itu, City mengharapkan segala-gala urusan bagi menandatangani kontrak bakal tamat pada hujung minggu ini.
Begitupun, dengan penutupan bank semalam dan aksi pertemuan menentang Arsenal, Khamis ini, urusan menandatangani kontrak dilihat bakal mengambil masa yang lebih lama.
Secara realistiknya, Dzeko sepatutnya boleh membuat penampilan pertamanya bersama City pada aksi menentang Wolverhampton Wanderers pada 15 Januari ini.
Difahamkan, City bakal mena- warkan kontrak selama lima tahun kepada pemain antarabangsa Bosnia Herzegovina itu yang mana dia akan dibayar gaji sebanyak £100,000 (RM474,892) seminggu.
Sekiranya hasrat mendapatkan Dzeko menjadi kenyataan, ia sekali gus menamatkan penantian selama 18 bulan City yang tidak berputus asa bagi mendapatkan penyerang berusia 24 tahun itu.
Selain City, kelab Itali, Juventus turut dilapor berminat bagi menawarkan kontrak kepada Dzeko.
Musim ini, Dzeko telah menyumbang 10 gol buat Wolfsburg dalam saingan Liga Jerman sejak dia berhijrah dari FK Teplice

Tiada ulasan: