KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 4 Januari 2011

Salah kami sendiri - Ancelotti

INILAH jaringan gol penyamaan yang dihasilkan pemain Aston Villa, Ciaran Clark (kiri) pada masa kecederaan yang memusnahkan harapan Chelsea untuk memungut tiga mata penuh di Stamford Bridge kelmarin. Kedua-dua pasukan seri 3-3.


LONDON - Peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England yang dimenangi mereka musim lalu kini tampak sukar.
Ia ekoran keputusan seri 3-3 yang di- catatkan skuad The Blues pada aksi pertemuan menentang Aston Villa di Stamford Bridge kelmarin.
Pada awalnya, Chelsea yang dibimbing Carlo Ancelotti dilihat bakal mengutip tiga mata penuh selepas mendahului perlawanan dengan 3-2.
Namun, segala-galanya berubah dalam masa tiga minit selepas Villa berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Ciaran Clark pada minit ke-90.
Dengan keputusan tersebut, skuad The Blues sekadar menghuni tangga kelima liga apabila mengumpul 35 mata yang mana dibezakan enam mata dengan pendahulu, Manchester United.
"Ia merupakan salah kami (Chelsea) sendiri kerana gagal mengekalkan tumpuan kami sehingga tamat perlawanan," kata Ancelotti.
Kini Ancelotti mengakui bahawa anak- anak buahnya tidak mempunyai pilihan selain perlu mencatatkan kemenangan apabila melayan kunjungan United di Stamford Bridge, Sabtu ini.
"Perbezaan mata di antara kami dengan United sangat ketara ketika ini. Kami perlu menang ke atas United jika mahu terus bercakap mengenai kejuaraan liga. Pemburuan gelaran juara liga masih belum berakhir buat kami kerana kami masih dalam proses peningkatan.
"Yang pasti, kami perlu menang ke atas United," jelas Ancelotti yang membimbing Chelsea memenangi dua gelaran musim lalu iaitu kejuaraan liga dan Piala FA.
Pada aksi kelmarin, tiga gol Chelsea diperoleh menerusi Frank Lampard pada minit ke-23, Didier Drogba (84) dan John Terry (89).
Tiga gol Villa pula dijaringkan Ashley Young pada minit ke-41, Emiley Hesky (47) dan Clark (90). - 

Tiada ulasan: