KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 7 Januari 2011

Ramalan Nani


NANI yakin United mampu mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.


MANCHESTER - Pemain sayap Manchester United, Nani meramalkan skuad The Red Devils mampu menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini dengan rekod tanpa kalah.
Skuad bimbingan Alex Ferguson itu kini berada di tangga teratas liga selepas mengharungi 20 perlawanan tanpa sebarang kekalahan.
Tiada siapa yang berani meramalkan United akan berjaya menyamai rekod dicipta Arsenal pada 2004 itu, namun selepas kejayaan menewaskan Stoke 2-1 awal pagi Rabu lalu, Nani menjangkakan, sesuatu yang istimewa bakal berlaku.
"Saya harap kami akan kekal tanpa kalah sepanjang musim ini. Kami kini pada kedudukan terbaik. Kami cuma perlu bekerja keras dan melakukan apa yang telah kami lakukan sebelum ini.
"Selagi kami semua dapat kekal bersatu, saya rasa kami akan menamatkan saingan musim ini dengan sesuatu yang cukup istimewa," kata Nani.
Arsenal menjadi pasukan paling cemerlang pada musim 2003/04 apabila mereka berjaya mengharungi kesemua 38 perlawanan liga tanpa mencatat sebarang kekalahan.
Skuad The Gunners itu menamatkan saingan di tangga teratas dengan 11 mata mengatasi Chelsea manakala United di tangga ketiga dengan 15 mata kurang berbanding Arsenal.
Pada waktu ini, ketika musim 2003/04 itu, Arsenal telah memungut 46 mata selepas 20 perlawanan tetapi United pula pada musim ini kurang dua mata daripada itu apabila mengumpul 44 mata.
Arsenal yang tidak tewas dua perlawanan terakhir musim 2002/03 serta sembilan perlawanan awal musim 2004/05, mahu meraikan rekod 50 perlawanan tanpa tewas apabila bertandang ke Old Trafford untuk bertemu United pada Oktober 2004.
Biarpun sudah bersedia dengan baju khas di sebalik jersi mereka untuk meraikan kejayaan itu, Arsenal bagaimanapun tewas 0-2 kepada United.
United kini separuh perjalanan untuk mengatasi rekod tanpa kalah dipegang Arsenal itu apabila mereka tidak tewas sepanjang 25 perlawanan termasuk lima perlawanan terakhir musim lalu.
Kekalahan terakhir United dalam saingan liga ialah ketika mereka tewas 1-2 kepada Chelsea pada 3 April 2010

Tiada ulasan: