KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 26 Februari 2011

Kuyt penyelamat maruah Liverpool


KUYT meledak gol tunggal kemenangan Liverpool ketika menentang Sparta Prague pagi semalam.


LIVERPOOL - Tandukan Dirk Kuyt membolehkan Liverpool menewaskan Sparta Prague 1-0 pada aksi kedua pusingan kedua Liga Europa di Anfield awal pagi semalam.
Kuyt melakukan tandukan tersebut pada minit ke-86 hasil sepakan sudut Raul Meireles.
Dengan kemenangan tipis itu, Liverpool mara ke pusingan ketiga dengan agregat 1-0 untuk menempah pertemuan dengan Braga yang menyingkirkan Lech Poznan.
"Kami terpaksa menunggu lama tetapi jaringan 1-0 sudah cukup untuk memboleh- kan kami mara ke pusingan seterusnya. Kami cukup gembira.
"Ternyata ia satu perlawanan yang cukup sukar. Kami sepatutnya mampu membunuh perlawanan lebih awal. Tetapi mujur pada akhirnya kami muncul juga sebagai peme- nang," kata Kuyt.
Pasukan pelawat dari Republik Czech itu berjaya menampilkan suatu persembahan yang menarik tetapi mereka gagal mencipta banyak peluang berbanding Liverpool.
Kuyt yang bekerja keras sepanjang perlawanan akhirnya memperoleh jaringan tersebut setelah dia berjaya melepasi kawalan pemain lawan dan melakukan tandukan yang terus menerjah jaring gol.
"Saya rasa kami memang berhak untuk menang perlawanan ini. Kami memiliki banyak peluang tetapi tidak memanfaatkannya.
"Bagaimanapun, para pemain tetap wajar diberi pujian kerana mereka telah beraksi dengan baik dan mempamerkan kesunggu- han untuk meraih kemenangan," kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.
Liga Europa merupakan trofi terakhir yang masih diburu Liverpool musim ini setelah mereka tersingkir pada Piala FA dan Piala Liga serta hanya menduduki tangga keenam Liga Perdana England ketika ini

Tiada ulasan: