KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 26 Februari 2011

United congak langkah



VIDIC berharap rakan-rakan sepasukannya fokus bagi menghadapi tiga perlawanan genting bermula aksi menentang Wigan malam ini.


MANCHESTER - Kapten Manchester United, Nemanja Vidic menganggap tiga aksi yang perlu diharungi selepas ini bakal menjadi penentu hala tuju skuad The Red Devils bermula dengan pertemuan menentang Wigan di tempat lawan malam ini.
United kini masih berada di tangga teratas Liga Perdana England dengan hanya kelebihan satu mata setelah Arsenal berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Stoke City pada awal pagi kelmarin.
Skuad bimbingan Alex Ferguson itu pula baru sahaja diikat tanpa jaringan oleh Marseille pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara awal pagi kelmarin.
Namun, Arsenal yang sudah beraksi lebih satu perlawanan tidak akan turun beraksi minggu ini kerana mereka terlibat dengan final Piala Liga menentang Birmingham City malam esok.
Justeru, kemenangan ke atas Wigan mampu meletak semula United pada kedudukan selesa dengan jurang empat mata berbanding Arsenal.
Menurut Vidic, United kini berada pada kedudukan genting apabila berdepan tiga pertemuan penting menentang Wigan malam ini diikuti Chelsea (awal pagi Rabu) dan seterusnya Liverpool pada Ahad depan.
"Saya tidak mahu lagi memikirkan aksi bertemu Marseille. Kami menghadapi perlawanan penting dengan Wigan dan saya yakin tiga mata penuh mampu diraih.
"Kami perlu mula fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan kerana jika sembilan mata penuh berjaya dikumpul daripada tiga perlawanan ini, kami akan bertemu Marseille sekali lagi dengan keyakinan tinggi," kata Vidic.
Ryan Giggs kembali dari- pada kecederaan tetapi Rio Ferdinand dan Jonny Evans hanya boleh diturunkan apabila bertemu Chelsea.
Tiga lagi tonggak United yang masih cedera ialah Anderson, Antonio Valencia dan Park Ji-sung. 

Tiada ulasan: