KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 2 Mac 2011

Arsenal waspada jerat Orient



VAN PERSIE yang mengalami kecederaan lutut hampir pasti diketepikan pada aksi bertemu
Orient awal pagi esok.


LONDON - Arsenal bakal menghadapi ujian mencabar apabila menanti kunjungan Leyton Orient di Emirates awal pagi esok untuk aksi ulangan pusingan kelima Piala FA.
Ia pasti peluang terbaik untuk para pemain Arsenal menunjukkan karakter sebenar mereka setelah dihimpit kekecewaan tewas 1-2 kepada Birmingham City pada final Piala Liga awal pagi kelmarin.
Jika menang, skuad bimbingan Arsene Wenger itu bakal berdepan pula Manchester United yang menanti mereka pada peringkat suku akhir.
"Sudah tentu ia satu perlawanan yang sukar tetapi ia sebahagian dari- pada tugas kami iaitu untuk memas- tikan kemaraan pasukan.
"Banyak cabaran besar menanti kami selepas ini dan kami tidak se- sekali mahu mempersia-siakannya.
"Pasukan kami telah mengharungi satu musim yang cukup baik sehingga kini. Jadi sokongan cukup diperlukan untuk meningkatkan semula semangat pasukan," kata Wenger.
Robin van Persie hampir pasti diketepikan pada aksi bertemu Orient selepas mengalami kecederaan lutut ketika aksi menentang Birmingham manakala Theo Walcott dan Cesc Fabregas turut masih belum pulih.
Pada aksi sebelum ini, gol penya- maan lewat Jonathan Tehoue membolehkan Orient mengikat Arsenal 1-1.
"Adalah sesuatu yang menarik jika dapat menjaringkan gol awal ketika bertemu Arsenal kali ini tetapi memang ia tugas yang sukar.
"Apa pun, para pemain kami memiliki semangat yang cukup tinggi untuk mencipta kejutan sekali lagi," kata pengurus Orient, Russell Slade.
Bagaimanapun, Orient mungkin tidak dapat menurunkan Tehoue yang mengalami migrain

Tiada ulasan: