KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 2 Mac 2011

Vela sumbang mata berharga West Brom



VELA menjaringkan gol penyamaan buat West Brom pada minit ke-86 awal pagi semalam.


STOKE - West Bromwich Albion berjaya keluar dari zon penyingkiran setelah mencuri satu mata ketika mengikat Stoke 1-1 pada aksi Liga Perdana England di gelanggang lawan awal pagi semalam.
Stoke mendahului menerusi Rory Delap pada minit ke-53 sebelum Carlos Vela menjaringkan gol penyamaan buat West Brom pada minit ke-86.
Namun, ulang tayang televisyen menunjukkan yang Vela berada dalam kedudukan ofsaid ketika melakukan jaringan tersebut.
Penyerang Mexico yang dipinjam dari Arsenal itu turut menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan ketika West Brom mengikat Wolves 1-1 pada minggu lalu.
"Kami gagal beraksi baik pada perlawa- nan ini. Ia persembahan terburuk kami sepanjang musim ini.
"Melihat kepada jaringan penyamaan lawan, ia satu keputusan mengejut dari- pada penjaga garisan.
"Jika dia tidak dapat membuat keputu- san tepat, kenapa dia diberi peluang bertugas pada saingan tinggi seperti ini?
"Tetapi secara keseluruhan, para pemain kami juga telah membuat beberapa tinda- kan yang teruk sepanjang perlawanan ini," tegas pengurus Stoke, Tony Pulis.
West Brom kini menduduki tangga ke-17 dengan 29 mata, cuma satu mata mengatasi Wolves dan West Ham mana- kala Wigan di tangga tercorot dengan 27 mata.
Sementara itu, keputusan seri tersebut meletakkan pengurus baru West Brom, Roy Hodgson masih tercari-cari kemena- ngan pertama selepas dua perlawanan mengambil alih tugas daripada Roberto Di Matteo.
Bekas pengurus Liverpool itu turut me- minta maaf kepada pasukan tuan rumah setelah salah seorang pemainnya, Jonas Olsson telah memecahkan gambar yang digantung di terowong masuk ke bilik per- salinan akibat rasa kecewa.
"Malangnya salah seorang pemain kami telah membuat keputusan untuk menguji kekuatannya dengan memecah gambar tersebut.
"Kami meminta maaf dan sedia untuk membayar ganti rugi terhadap insiden itu. Saya harap Stoke tidak menjadikan ia sebagai isu," ujar Hodgson. 

Tiada ulasan: