KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 2 Mac 2011

Barca elak perangkap Valencia



ALVES


BARCELONA - Pemain pertahanan Barcelona, Dani Alves percaya pasukannya telah beraksi baik dalam setiap musim selepas mereka kini selesa menghuni tangga teratas Liga Sepanyol.
Musuh tradisi Barca, Real Madrid berharap skuad Catalan itu akan tercicir mata tetapi mereka tetap menunjukkan prestasi meyakinkan ketika membenam Mallorca 3-0 pada awal pagi Ahad lalu.
Biarpun turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Xavi Hernandez, Victor Valdes, Carles Puyol dan Dani Alves, Barcelona berjaya mencatat keputusan cemerlang menerusi sentuhan Lionel Messi.
"Apa yang penting, kami tidak melakukan kesilapan. Sudah tentu hasrat kami adalah untuk meningkatkan prestasi dari musim ke musim.
"Kami sedar Real Madrid sentiasa memberi saingan yang cukup kompetitif tetapi kami adalah pasukan yang lebih baik berbanding musim lalu dan akan terus cuba mengekalkan rentak ketika ini.
"Kami telah menampilkan aksi baik ketika berdepan Mallorca tempoh hari. Biarpun kami tidak memiliki skuad yang besar tetapi kami tetap memiliki kualiti yang cukup," kata Alves.
Awal pagi esok, Barca bakal berdepan Valencia yang sedang rancak memburu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan dan telah mempamerkan rentak cemerlang sejak Disember lalu.
Valencia tetap berbahaya ketika membenam Athletic Bilbao 2-1 pada awal pagi kelmarin.
"Valencia pasti akan bertemu kami dengan semangat yang cukup tinggi setelah mereka menang di gelanggang Bilbao.
"Tetapi kami tetap perlu memberi fokus untuk tidak mempersia-siakan kelebihan tujuh mata ini," jelas Alves. 

Tiada ulasan: