KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 5 Julai 2010

Villa hampiri rekod Raul



JOHANNESBURG: David Villa (gambar) semakin hampir mencatat rekod Sepanyol ketika membantu juara Eropah itu menewaskan Paraguay 1-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia di Ellis Park, awal pagi semalam.

Villa kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol, gol kelimanya merobohkan benteng kebal Paraguay tujuh minit sebelum tamat perlawanan.


Sepanyol bakal menentang Jerman di separuh akhir di Durban, Rabu ini.


Gol itu adalah jaringan ke-43 pemain baru Barcelona itu dalam 63 penampilan antarabangsa dan kini hanya ketinggalan satu gol di belakang 44 gol Raul yang dihasil dalam 102 penampilan untuk bergelar penjaring terbanyak Sepanyol sepanjang zaman.


“Penjaring terbanyak bukan keutamaan saya,” kata Villa. “Paling penting membawa pasukan ke final tidak kira sama ada saya atau rakan lain menjaringkan gol.” “Saya gembira berjaya menjaringkan gol tetapi saya lebih gembira jika pasukan menang.” Villa, 28, kini menjadi penjaring terbanyak di Piala Dunia dengan lapan gol, meninggalkan pemain ternama Sepanyol seperti Emilio Butragueno, Fernando Hierro, Fernando Morientes dan Raul yang menjaringkan lima gol.


Ketika gandingannya di bahagian serangan, Fernando Torres dari Liverpool terus gagal menyerlah dan digantikan pada minit ke-56 selepas ketandusan gol dalam lima penampilan, Villa pula semakin bertenaga.


Campur tangan Villa pada lewat permainan berjaya mengelakkan Sepanyol terjerumus beraksi di masa tambahan dan kemungkinan penentuan penalti dengan pasukan Amerika Selatan itu selepas kedua-dua pasukan saling gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua.


Semuanya kemudian terpulang kepada Villa yang menyertai Barcelona sebelum Piala Dunia dengan bayaran 40 juta euro (RM161.7 juta) dari Valencia untuk sekali lagi menyelesaikan masalah terbabit.


Pemain tengah, Andres Iniesta melakukan hantaran kepada rakan sepasukannya di Barcelona, Pedro tapi rembatannya terkena tiang kiri dan bola melantun ke arah Villa yang melakukan sepakan voli menghalakan bola ke tiang kanan dan meleret mengenai tiang kiri dan menggegar jaring lawan.


Villa turut menjadi bintang Piala Dunia kali ini apabila meledak dua gol sewaktu menewaskan Honduras 2-0, gol pembukaan ketika menewaskan Chile 2-1 dan jaringan kemenangan ketika menentang Portugal di pusingan kedua


Tiada ulasan: