KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 5 Julai 2010

Messi pulang tangan kosong




CAPE TOWN: Lionel Messi ke Piala Dunia dengan jangkaan dirinya bakal menyinar di kejohanan bola sepak paling berprestij itu tapi bintang Bacelona itu mengucapkan selamat tinggal dengan tangan kosong dan tangisan air mata tanpa menghasilkan sebarang jaringan.

Senario itu bukan lumrah dihadapi pemain terbaik dunia yang juga pemain harapan Argentina. Biarpun baru berusia 23 tahun, Messi menerima banyak penghormatan dan koleksi pingat berharga dan sukar ditandingi pemain lain.


Di kabinet trofi peribadinya, sudah ada pingat Piala Dunia, tetapi ia dimenangi pada 2005 ketika muncul juara dunia peringkat remaja.


Satu-satunya trofi gagal dimenangi dan diidaminya adalah Piala Dunia di peringkat senior.


Kini pemain itu perlu menunggu hingga usia 27 tahun apabila peluangnya dirampas Jerman selepas mereka membelasah Messi dan rakan senegaranya 4-0 pada saingan suku akhir Sabtu lalu, hasil jaringan Miroslav Klose, Thomas Mueller dan Arne Friedrich.


Jurulatih, Diego Maradona berkata, dia tidak dapat menjelaskan mengapa Messi gagal menjaringkan gol, tetapi mempertahankan pemain itu sambil memuji pemain itu beraksi dengan baik.


Maradona turut mempertahankan pemain terbaik dunia, Lionel Messi yang tangkas menggelecek tetapi gagal menghasilkan gol di sepanjang kejohanan ini.


“Messi bermain baik di Piala Dunia, dia tidak dapat menjaringkan gol kerana mencipta peluang atau penjaga gol cemerlang menafikan cubaannya.


“Selepas melihat Messi menangis di bilik persalinan, saya anggap sesiapa yang mengatakan pemain itu tiada perasaan ketika menyarung jersi Argentina sebagai orang yang bodoh,” katanya.


Maradona memberi Messi memainkan peranan bebas dalam perlawanan itu dan pemain terbabit sering memulakan gerakan dari tengah padang.


Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, bahawa pasukannya berjaya menghidu setiap gerakan cuba dilakukan Messi

“Kami jangkakan kesebelasan yang bakal diturunkan Argentina dan tahu Messi akan beraksi di bahagian tengah,” katanya.


“Dia adalah pemain utama jadi kami mengawalnya dengan ketat dan memberi tekanan terhadapnya. “Kami juga tahu kalau kami mengasari Messi dengan cara tidak adil, dia akan mendapat bola dan mendapat sepakan percuma, jadi pertahanan kami sentiasa mengawasinya,” katanya.


Ini adalah kali kedua Messi menyaksikan impiannya merangkul Piala Dunia dimusnahkan Jerman, selepas sebelum ini mereka tewas 4-2 menerusi penentuan penalti pada 2006 di peringkat sama

Tiada ulasan: