KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 21 Ogos 2010

Mancini puji penampilan sulung Balotelli


LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memuji persembahan bintang barunya, Mario Balotelli.

Meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian, Balotelli membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak satu gol dalam penampilan sulungnya bersama City.

Lebih manis, jaringan yang dilakukan bekas penyerang Inter Milan itu berjaya membantu City mencatatkan kemenangan ke atas Timisoara FC 1-0 dalam saingan playoff Liga Europa di Stadium Dan Paltini- sanu, Bucharest awal pagi semalam.

Begitupun, Mancini tidak mahu Balotelli terus dibuai mimpi indah.

Jelas Mancini, Balotelli perlu lebih bekerja keras bagi menyesuaikan diri dengan suasana sebenar dalam saingan Liga Perdana England.

"Kempen Liga Perdana England sangat berbeza berbanding Itali (Serie A).

"Saya akan bercakap dengannya menge- nai perkara ini tetapi dia memulakan kariernya bersama City begitu baik sekali apabila dia berjaya menjaringkan gol.

"Tidak dinafikan, dia merupakan seorang pemain yang berbakat serta memiliki kualiti tersendiri, namun masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki- nya," jelas Mancini.

Mengulas mengenai kad kuning yang dilayangkan kepada Balotelli pada aksi semalam, Mancini berkata: "Kami merasakan kekasaran yang dilakukannya tidaklah begitu serius. Namun apa yang lebih penting, kami menang.

Tiada ulasan: