KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 21 Ogos 2010

Peluang Rooney akhiri kemarau gol


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mendesak ayam tambatannya, Wayne Rooney untuk menamatkan kemarau gol dalam 13 perlawanan sebelum ini.

Rooney belum lagi menjaringkan sebarang gol sejak aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 30 Mac lalu.

Kini, Rooney, 24, berpeluang untuk menamatkan kemarau gol tersebut apabila United dijadual berdepan Fulham dalam saingan Liga Perdana England di Craven Cottage malam esok.

"Rooney merupakan salah seorang penyerang terbaik dunia ketika ini. Dia masih muda dan masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

"Apabila seseorang pemain itu mencecah usia 26 atau 27 tahun, barulah kamu akan dapat menyaksikan tahap sebenar mereka yang mana ia bakal memperlihatkan sendiri corak permainan mereka yang matang," jelas Ferguson.

Sementara itu, jurulatih skuad utama United, Rene Meulensteen turut sependapat dengan Ferguson dan memberitahu, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan prestasi Rooney.

Sebaliknya, Meulensteen percaya penyerang antarabangsa England itu akan kembali menemui sentuhannya tidak lama lagi.

"Ia sebenarnya tidak ada kena mengena dengan pemikiran mahupun mental Rooney sendiri. Tidak ada sebarang masalah berkenaan dengan perkara itu.

"Dia merupakan seorang pemain yang tidak pernah kenal erti putus asa dan saya yakin dia mampu menyinar musim ini

Tiada ulasan: