
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu terburu-buru menurunkan Cesc Fabregas dan Robin van Persie dalam kesebelasan utamanya.
Fabregas terlepas aksi sulung Liga Perdana England ketika Arsenal seri 1-1 dengan Liverpool, Ahad lalu ekoran masalah kecederaan.
Van Persie pula hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dalam tempoh 15 minit perlawanan yang berlangsung di Anfield itu.
"Untuk mengharungi satu musim yang baik, kamu perlu mempunyai persiapan yang secukupnya.
"Jadi... kami ada cara tersendiri untuk memastikan Fabregas dan van Persie berada pada tahap terbaik sebelum mereka kembali beraksi dalam kesebelasan utama.
"Kedua-dua pemain itu mula kembali menjalani latihan bersama kami sejak 5 Ogos lalu dan disebabkan itu, mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu bagi untuk pulih sepenuhnya," jelas Wenger.
Dalam pada itu, Wenger menerima perkhabaran gembira apabila beberapa tonggak utamanya seperti Alex Song, Denilson dan Johan Djourou dijangka beraksi semula selepas masing-masing pulih daripada kecederaan.
"Memang kesemua pemain tersebut kini sudah boleh diturunkan semula.
"Namun, saya masih memerlukan sedikit lagi masa bagi memikirkan pemain-pemain yang benar-benar layak disenaraikan dalam skuad," kata Wenger
Tiada ulasan:
Catat Ulasan