KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 22 September 2010

The Chance cungkil bakat baru bola sepak


RAJAGOBAL (tiga dari kiri) dan pembantunya, Aminuddin Hussin berbincang dengan beberapa pemain yang mengikuti sesi pemilihan program The Chance di Bukit Jalil, Sabtu lalu.


JENAMA sukan terkenal, Nike Malaysia merasmikan program yang diberi nama The Chance bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan bola sepak.

Ia merupakan sebuah program yang bakal memberi peluang buat pemain-pemain remaja negara menimba pengalaman menjalani latihan bersama akademi bola sepak Nike yang turut mendapat sokongan daripada Liga Perdana England.

Program pencarian bakat baru itu dijangka mampu menarik perhatian lebih daripada 500 pemain-pemain remaja untuk mencuba nasib bagi menjalani latihan di bawah kendalian pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Majlis perasmian program tersebut telah dilancarkan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Sabtu lalu dan jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal telah dilantik sebagai ketua panel pemilihan pemain.

"Program seperti ini sudah pastinya merupakan satu perkembangan positif terhadap pembangunan sukan bola sepak Malaysia.

"Ia memberi peluang buat pemain-pemain muda membuktikan keupayaan mereka pada peringkat yang lebih tinggi.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Nike kerana mereka sentiasa membantu negara melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkualiti menerusi program dari peringkat akar umbi," jelas Rajagobal.

Sesi pemilihan pemain akan dijalankan di tiga venue berbeza iaitu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Kuantan, Pahang (22 September), Sony Complex, Seberang Prai, Pulau Pinang (25 September) dan Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor Bahru pada 29 September ini.

Menerusi sesi pemilihan tersebut, hanya seorang pemain yang layak akan dipilih bagi mewakili Malaysia bagi bersaing dengan pemain-pemain lain daripada seluruh pelosok dunia di London nanti.

"Nike sentiasa memandang serius dalam usaha memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan mendapat pendedahan secukupnya di bawah kendalian salah seorang jurulatih terbaik dunia bagi meningkatkan lagi prestasi permainan mereka.

"Program The Chance merupakan landasan terbaik kepada pemain-pemain muda tempatan bagi membuktikan yang mereka layak untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi," kata Pengurus Pemasaran Nike Malaysia,

Tiada ulasan: