KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 12 Januari 2011

Cahill julang Australia


CAHILL meledakkan dua gol untuk membantu Australia membelasah India 4-0 pada aksi sulung Kumpulan C pada saingan Piala Asia 2011 malam kelmarin.


DOHA - Dua jaringan Tim Cahill membantu Australia membelasah India 4-0 pada aksi sulung mereka dalam Kumpulan C pada saingan Piala Asia 2011 malam kelmarin.
Cahill yang kini mencipta rekod 24 gol dalam 48 penampi- lannya bersama Australia berkata, dia gemar beraksi dalam tekanan untuk menjaringkan gol.
"Ramai yang begitu mengharapkan saya untuk menjaringkan gol, tidak kiralah sama ada saya beraksi di tengah atau serangan. Jadi saya hanya mahu melakukannya dan terus berharap gol yang dicari menjelma.
"Perasaan cukup bangga apabila berjaya menjaringkan gol, tidak kiralah dengan siapa kamu bertemu.
"Saya gembira dengan dua gol pada perlawanan ini tetapi jujur- nya, saya patut boleh jaringkan lebih lagi," kata Cahill.
Pemain yang beraksi di posisi tengah menyerang bersama kelab England, Everton itu memi- liki nisbah jaringan yang baik iaitu meledak 122 gol menerusi 460 perlawanan termasuk ketika dia beraksi dengan Millwall sebe- lum ini.
Kebanyakan gol tersebut terhasil menerusi tandukan biarpun Cahill hanya berketinggian 172 sentimeter dan gol keduanya malam kelmarin membuktikan bahawa dia sememangnya tiada masalah berdepan benteng pertahanan yang lebih tinggi.
"Ia terpulang kepada cara saya tetapi apa yang penting kami telah berjaya menang ke atas pasukan yang berusaha untuk meminimumkan jumlah gol dibolosi mereka.
"Kemenangan ini membina keyakinan dan membantu kami untuk terus bersemangat bagi memenangi kejohanan ini," jelas Cahill.
Pada aksi tersebut, dua lagi gol Australia dijaringkan oleh Harry Kewell dan Brett Holman.
Sementara itu, jurulatih India, Bob Houghton tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya memandangkan ia merupakan penampilan pertama mereka di pentas Piala Asia selepas 27 tahun.
"Ini pertama kali kami beraksi menentang pasukan hebat pada tahap pertandingan tertinggi dan saya tetap bangga dengan cara pemain saya beraksi.
"Tetapi nampak pemain Australia berkedudukan ofsaid ketika gol pertama. Jika jaringan itu tidak berlaku dan kami tidak dibolosi gol ketiga pada penghu- jung babak pertama, segalanya pasti berubah.
"Apa pun, pujian buat Austra- lia kerana mereka tetap barisan yang hebat dan kami akan bela- jar daripada kesilapan ini. Harap keputusan lebih baik pada aksi seterusnya menentang Bahrain," jelas Houghton.

Tiada ulasan: