KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 12 Januari 2011

Wenger congak peluang


SQUILLACI (kiri) mengalami kecederaan ketika Arsenal seri 1-1 dengan Leeds pada aksi Piala FA, Sabtu lalu.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sedar saingan Piala Liga merupakan peluang terbaiknya untuk membawa kelab itu menamatkan kemarau enam tahun tanpa sebarang trofi kejuaraan.
Arsenal bakal turun bertemu Ipswich di tempat lawan pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi esok dan Wenger berkata, beliau akan menghadapi perlawanan itu dengan lebih serius.
Skuad The Gunners kini hanya dipisahkan 180 minit lagi untuk tampil beraksi pada pentas final di Wembley dan lawan yang perlu diketepikan mereka ialah Ipswich yang baru saja dibelasah 0-7 oleh Chelsea pada aksi Piala FA, Ahad lalu.
Ipswich berdepan masalah pengurusan apabila mereka dibimbing pengurus sementara, Ian Mc- Parland ketika tewas kepada Chelsea sebelum bekas pengurus Derby dan Wigan, Paul Jewell diumum pengurus baru kelmarin bagi menggantikan Roy Keane yang dipecat minggu lalu.
Namun, Arsenal bakal kehilangan pemain pertahanan, Sebastien Squillaci yang cedera ketika mereka terikat 1-1 dengan Leeds pada aksi Piala FA, Sabtu lalu.
"Jika kecederaan Squillaci itu teruk, kami perlu segera mendapatkan pemain baru untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana kami hanya memiliki dua sahaja pemain pertahanan tengah ketika ini," jelas Wenger.
Tidak cukup dengan itu, Wenger turut berdepan masalah di jentera serangannya dengan Theo Walcott dikritik kerana mengaku sengaja menjatuhkan diri untuk mendapatkan penalti ketika bertemu Leeds.
Manakala Andrey Arshavin dan Nicklas Bendtner masing-masing hanya memiliki purata satu gol se- tiap empat perlawanan.
Mereka telah mempersia-siakan beberapa peluang terbaik ketika bertemu Leeds dan diejek penyokong sendiri. Namun, Wenger tetap yakin dengan kemampuan kedua-dua pemain itu.
"Penyokong mahukan sesuatu. Kami pula secara teknikalnya tidak konsisten. Bukan bermakna Arshavin kurang keghairahan. Dia memang mahu melakukan yang terbaik.

Tiada ulasan: