KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 19 Julai 2010

Terry bakal disingkirkan


TERRY (kanan) bakal kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan England.


LONDON - Fabio Cannavaro menyatakan bahawa John Terry bakal disingkirkan daripada skuad England kendalian Fabio Capello pada musim depan.

Pemain pertahanan Itali itu pernah menjadi mangsa kekejaman Capello ketika dia beraksi bersama Real Madrid.

Kini Cannavaro yakin Terry bakal kehilangan tempatnya dalam skuad kebangsaan selepas membuat komen kontroversi pada Piala Dunia 2010.

Pada awal tahun ini, Capello telah melucutkan jawatan ketua pasukan daripada Terry selepas skandal seksnya bersama bekas teman wanitanya, Wayne Bridge terbongkar.

Kemarahan Capello berterusan apabila Terry menggunakan sesi sidang media pada kempen Piala Dunia lalu untuk mengkritik taktikal dan pemilihan pemain yang dibuat pengendali dari Itali itu.

Cannavaro berkata, dia yakin Capello akan melakukan rombakan bagi menghadapi kelayakan Euro 2012 dengan Terry pasti akan disingkirkan daripada pasukan.

"Ramalan saya, nama Terry tidak akan terdapat langsung dalam senarai pemain. Kamu tidak boleh melawan Capello dan pasti beliau tidak mahu sesiapa lagi mengganggu perancangannya.

"Ternyata satu keputusan tepat dibuat FA England dengan mengekalkan Capello. Beliau boleh menjadikan skuad England ini sebagai pasukannya dan saya rasa mereka mampu menjadi pilihan pada Euro 2012.

"Apabila beliau menyertai Real, beliau bawa masuk banyak pemain pada musim pertama seperti saya dan Ruud van Nistelrooy. Hasilnya, kejayaan singkat diperolehi.

"Cuma saya akan terperanjat jika lebih daripada lima pemain yang beraksi ketika bertemu Jerman tempoh hari akan beraksi pada aksi pembukaan Euro 2012," kata Cannavaro.

Tambahnya, hanya dua pemain yang dianggap boleh menjamin tempat mereka dalam skuad England pada Euro 2012 iaitu Ashley Cole dan Wayne Rooney

Henry ingin kembali ke Emirates


NEW YORK - Thierry Henry menyatakan hasratnya untuk kembali ke Arsenal selepas pengembaraan di Amerika Syarikat berakhir.

Bintang Perancis itu telah meninggalkan Barcelona untuk beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MSL) bersama New York Red Bulls minggu lalu dengan perjanjian kontrak empat setengah tahun.

Henry, 32, sebelum ini pernah beraksi bersama Arsenal selama lapan tahun, berjaya memenangi dua kejuaraan Liga Perdana England dan tiga kejuaraan Piala FA sebelum dia berhijrah ke Barcelona pada 2007.

Biarpun baru seminggu bergelar pemain Red Bulls, Henry telah melaungkan ikrar untuk kembali ke Emirates apabila dia sudah bersara sebagai pemain suatu hari nanti.

"Apa yang akan saya lakukan selepas bersara, itu saya belum pasti lagi tetapi saya mahu kembali ke Arsenal.

"Saya telah datang ke New York ini untuk mendapat peluang beraksi dan berusaha memenangi satu lagi kejuaraan. Selepas segalanya terlaksana kelak, baru saya akan fikir tentang itu.

"Tetapi walau apa pun keputusannya nanti, saya mahu kembali ke Arsenal juga biarpun hanya sebagai budak pengangkat air. Saya hanya cintakan kelab ini," kata Henry.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu turut menggesa kapten Arsenal, Cesc Fabregas supaya menolak tawaran untuk berhijrah ke Barcelona dan kekal bersama kelab utara London itu.

"Memang saya akui ia susah kerana Fabregas berasal dari Barcelona. Saya sendiri tidak akan suka berada dalam situasi sebegitu kerana dia berasal dari Barcelona tetapi sayangkan Arsenal.

"Sebagai salah seorang penyokong Arsenal, saya mahu dia kekal bersama Arsenal. Tetapi pada masa yang sama saya faham jika dia benar-benar mahu kembali ke kampung halamannya," jelas Henry.

Ahad, 18 Julai 2010

Analisis jiwa orang Kelantan

Rupa-rupanya tulisan penulis tentang ‘Hayati 1Malaysia Cara Samo So Kelate’ dalam Sinar Harian 12 Mei 2010 mendatangkan beberapa reaksi. Ada rakan-rakan dan pembaca tetap Ruangan Geger Sokmo mengirimkan emel dan SMS. Ada yang bersetuju dan ada yang meminta penjelasan tambahan. Antaranya, mempersoalkan bukankah jiwa orang Kelantan itu tebal dengan semangat kenegeriannya sehingga di mana sahaja, mereka menampakkan hati dan jiwa Kelantan itu! Jadi bagaimanakah dapat dijelaskan bahawa rakyatnya berhati Kelantan dan berjiwa Malaysia? Dalam tulisan asal itu, penulis cuma sentuh sekelumit sifat dan citra orang Kelantan dalam kehidupan politik, ekonomi dan sosial budaya mereka. Memang luas dan dalam kalau mahu dibahaskan.


Di sini penulis mahu tambah sedikit sahaja lagi. Rakyat atau orang Kelantan dari pelbagai keturunan etnik itu memang merasai nilai kesatuan dan perpaduan mereka. Ada peristiwa-peristiwa pengalaman politik yang boleh kita telusuri. Orang Kelantan tidak gemar kalau mereka dikatakan bersemangat kenegerian dan kedaerahan. Mereka lebih kekitaan dengan rasa ‘samo kito’. Mereka boleh berkelahi kerana politik dalaman tetapi bersatu hati dalam budaya. Bagi orang Melayu Kelantan, faktor agama menjadi pengikat mereka. Kadang-kadang kedegilan pun ada. Misalnya, ketaksuban negatif terhadap sesuatu yang mereka yakini, benar atau betul ditelan sahaja. Ada ketaksuban terhadap tokoh atau agama yang dipergunakan demi politik. Kadang-kadang orang Kelantan itu seperti orang Cina dalam berpolitik. DAP, MCA dan Gerakan tetap bersama untuk satu matlamat. Di luar Kelantan, kesatuan orang kelantan lebih kuat untuk bersama dan berkerjasama. Di Kelantan ada perpecahan politik, terutama Pas dengan UMNO, meskipun perpecahan tidak ketara dalam bidang-bidang yang lain.

Tun Dr Mahathir ketika mengulas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2000, apabila Kelantan tumbang kepada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), melabelkan kononnya orang Kelantan kuat dengan semangat kenegerian atau kedaerahan itu. Orang Kelantan marah. Pertarungan Mahathir-Tengku Razaleigh tidak boleh diterima rakyat Kelantan. Mereka mahu Melayu bersatu. Jadi sebab itu mereka menyatakan sikap mereka melalui pilihanraya. Calon pembangkang telah meraih belasan ribu majoriti undi, sesuatu yang luar biasa, misalnya belasan ribu majoriti Hajah Ilani Ishak ketika mengalahkan Tengku Ahmad Ritahudeen. Maknanya ahli UMNO tidak undi UMNO pun, kerana marah. Situasinya bagaikan gelombang.

Ada satu ungkapan Kelantan berbunyi, ‘Kalau sukakan seseorang, ayam tengah mengerang pun disembelih, kalau benci, hampas budu pun tak diangkat’. Apakah orang Kelantan bersikap kenegerian, sedangkan PRU 2000, 2004 dan 2008, ada ‘orang luar’ diberi tempat. Mohamed Sabu, Daeng Mariok, Nasharuddin Mat Isa, Dr Mohd Hatta Ramli, Sallehuddin Ayub, Saifuddin Nasution menjadi Ahli Parlimen bukan di daerah asal mereka. Jauh sebelum itu Zulkifli Muhammad adalah orang Perak. Maknanya orang Kelantan tidak tolak ‘orang luar’. Kalau bermain dengan orang Kelantan, mereka akan kata ‘kito ni oghe mikir, kito tahu gapo hok kita nok’. UMNO dan BN ada harapan kembali dengan syarat ketua-ketua jangan bercekah, hormat menghormati dan tunjukkan satu padu itu. Di Kelantan yang kuat adalah rakyat. UMNO dan BN lemah kerana percakaran dan sifat egoistis atau agah. Cuba perbaiki dengan sifat keimanan, takwa dan benar-benar ikhlas.

Ramai anak-anak Kelantan berjaya di luar Kelantan, menjadi tokoh ilmuan, agamawan, sarjana, pentadbir, korporat dan kongolemerat yang cemerlang. Dengan nilai-nilai agama dan budaya di dada, mereka membantu mendorongkan kemajuan negara. Betapa ramai orang Kelantan berhijrah secara kekal atau sementara ke Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan ke negeri-negeri lain ‘mencari makan’ dengan membuka perniagaan, restoran, berkerja dengan kerajaan dan swasta. Hal sedemikian tidak sewajarnya diperlekehkan mereka atau negeri mereka akibat kesan dari terencatnya kemajuan Kelantan. Kuala Lumpur bagaikan negeri kedua bagi orang Kelantan dan mereka berada sehingga Sabah dan Sarawak.

Peluang-peluang memang banyak di luar Kelantan. Mereka berada di luar Kelantan, sebab Malaysia itu negara mereka. Kehadiran mereka, sekurang-kurangnya boleh meningkatkan penglibatan bumiputera dalam segala macam bidang. Mereka sama seperti bumiputera yang lain, tidak mahu menjadi warga negara kelas ketiga. Hal ini sesuai dengan gesaan bahawa setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang boleh maju kalau betul didikan dan diberi peluang. Generasi muda Kelantan juga melimpah di pusat-puat pengajian tinggi awam dan swasta, institut pendidikan guru dan kolej-kolej bahkan di luar negara. Di Kelantan peluang pekerjaan sangat kecil, industri, kilang-kilang tidak berkembang. Faktor politik menjadikan Kelantan begitu. Perubahan politik drastik boleh berlaku, jika ada perubahan sikap pemimpin.

Kelantan lazimnya penuh sesak dengan ribuan kenderaan setiap tibanya perayaan. Jalan raya melalui Gua Musang atau Grik-Jeli hampir tersumbat, jika sehari dua sebelum Aidil Fitri. Setiap hari pun, puluhan bas ekspres berulang alik ke Kuala Lumpur dan ke bandar-bandar utama di Semenanjung. Pesawat Air Asia, Firefly dan MAS tidak kecewa dengan jumlah penumpang. Natijahnya bahawa orang Kelantan itu dinamik, suka bergerak, melancong, membawa barang dagangan, ziarah dan sebagainya. Di sekitar Kota Bharu, kedai-kedai makan boleh dibuka sehingga larut malam. Kopitiam muncul bagaikan cendawan. Natijahnya mereka suka berbelanja, secara kecil atau sederhana. Ibu bapa masih menerima ratusan ringgit dari anak-anak mereka yang berkerja di luar Kelantan. Bank-bank tetap segar. Ekonomi menjadi hidup dan kemesraan manusia bertaut, meskipun tidak sehebat ibu kota.

Jika formula 1Malaysia diharapkan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi, maka kedua-duanya memang ada pada jiwa orang Kelantan. Penulis bukan memuji sebab orang Kelantan pun ada banyak kelemahan. Kadang-kadang ketaksuban kepada tokoh-tokoh tertentu pun merbahaya untuk masa depan. Ada keyakinan dan kepercayaan melulu, sedangkan tidak semuanya benar dan betul. Ada orang berselindung disebalik agama, sebab agama memberi kekuatan dan nilai bersih atau tazkiyyah. Kepincangan begini pun patut diperhatikan dan dilihat bagaimana konteksnya.

Dalam konteks Kelantan, kalau dikatakan penerimaan, memang sedia ada unsur begitu. Para penulis bukan Melayu berasal dari Kelantan terus bergiat cergas dalam sastera kebangsaan atau menjadi pegawai kebudayaan dan tidak pun menegakkan sastera kauman atau sukuan. Nama-nama seperti Dr Lim Swee Tin, Awang Abdullah, Azlee Lee (Lee Chong Beng), Selina Lee, Eh Deng, Chua Tek Lui, Seri Neng Buah dan lain-lain. Tanya mereka tentang konsep ‘oghe kito’ dan ‘oghe luar’. Cara begitulah yang kita harapkan rakyat Malaysia menerima hakikat sejarah, kebudayaan dan sistem pemerintahan Malaysia.

Pada penulis nilai-nilai aspirasi 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri sudah tersirat dalam kehidupan Kelantan. Tentang kecemerlangan misalnya, ambil sahaja contoh kecil. Seorang penjual nasi dagang atau kuih muih akan sentiasa berlawan (berbadi atau bertewas) sedap masakan mereka. Orang akan tahu kedai Che Yah Din Nasi Daun Pisang yang sering menjadi tumpuan. Orang tahu ‘akok’ atau ‘lompat tikam’ mana yang paling sedap, di kedai Peringat atau di Pengkalan Chepa. Mereka bertewas wau, gasing, rebana, kertok, dikir barat dan segala jenis permainan dan kesenian tradisional yang menunjukkan semangat perlumbaan. Itu budaya kecemerlangan, mencapai terbaik dan kemenangan. Itu juga maknanya al falah.

Penerimaan prinsip-prinsip kenegaraan berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara, sesuatu yang dijunjung tinggi orang Kelantan. Mereka tahu keluhuran Perlembagaan Negeri. Orang Kelantan juga mahukan keadilan sosial. Mereka faham antara hak negeri dengan hak negara, hak antara kaum dan sebagainya. Untuk itu penterjemahan peruntukan Perlembagaan termasuk keseimbangan pembangunan dalam konsep kenegaraan seperti pendidikan, kemajuan agama dan infrastruktur sangat ditunggui. Wajah Kelantan boleh berubah kerana perangai rakyatnya, bijak dalam berkira dan lembut dalam berbicara. Sifat Melayu begitu, yang keras dilawan keras, yang lembut pada bijaksana. Jika ada seseorang cerdik pandai Kelantan tidak tahu membodek, menulis atau mengeluarkan pendapat yang tidak sama, itulah maknanya sebuah pendirian. Jangan melabelkan si dia itu penentang atau bukan pejuang, kerana kita jangan terperangkap dengan fitnah dan hasutan.

Sabtu, 17 Julai 2010

Masih Adakah Harapan Juara?

Menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur pada malam esok, skuad The Red Warriors masih menaruh harapan dapat mengutip 3 mata supaya terus menghimpit rapat Selangor dan terus menjarakkan mata dengan Terengganu yang semakin mengganas.

Sungguhpun Sabtu lepas peluang impian menjadi juara hampir ranap, dengan 4 baki perlawanan lagi skuad dan penyokong Kelantan masih lagi berharap sesuatu keajaiban bakal berlaku agar perlawanan terakhir liga Super menentang T-Team di Kota Bharu menjadi medan penganugerahan bersejarah buat pertama kali dalam sejarah liga super Kelantan dinobatkan sebagai juara. Namun sekiranya berlaku sebaliknya skuad dan penyokong Kelantan terpaksa akur sekadar Naib Juara liga super 2010 tetapi seluruh peminat bolasepak Malaysia sudah mengiktiraf Kelantan sudah berjaya menjadi juara dari sudut kehadiran penyokong, kekebalan benteng pertahanan, jumlah kekalahan paling sedikit, medium media yang hebat dibantu portal rasmi dan radio rasmi, penjualan produk KAFA, The Red Warriors Station dan sebagainya adalah rentetan kejayaan yang sudah pasti milik semua rakyat kelantan malah Kelantan selaku naib juara Piala Malaysia dan Piala FA lebih menyerlah dari juara tahun lepas Negeri Sembilan serta selesa menidakkan kemenangan buat Selangor bagi 2 perlawanan liga super.

Perlawanan menentang Kuala Lumpur dijangka sengit dan akan dilimpahi lautan merah putih yang akan mewarnai warnapudar stadium Cheras kembali ceria dengan kunjungan ramai peminat The Red Warriors. Kerahan kelab-kelab penyokong di ruang siber dan melalui sms dilihat rancak mengatur konvoi untuk menyerang ibukota beramai-ramai. Himpunan dan semangat penyokong masih lagi kukuh dan yakin skuad kesayangan mereka akan meratah Kuala Lumpur dengan mudah. Namun Kelantan perlu lebih berhati-hati dengan prestasi Kuala Lumpur yang tidak menentu dan mungkin akan berbisa di gelanggang sendiri.

Kecederaan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badhri selaku penggempur utama masih meresahkan ketua jurulatih B. Sathiananthan, yang mungkin terpaksa menukarkan strategi menurunkan Hairuddin, Khairan Eroza dan Akmal Rizal untuk perlawanan ini. Ramai penyokong Kelantan berharap kombinasi Hairuddin dan Akmal Rizal ini terus menyerlah pada malam esok.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar yang sedang sibuk memastikan Majlis Mesra The Red Warriors bersama media dan Perlancaran bukunya "Menuju Puncak" di ibukota ahad ini berjalan lancar ketika diajukan soalan mengenai perlawanan malam esok dengan yakin menyatakan skuad kesayangannya akan membawa pulang 3 mata penuh dan akan terus mengejar rapat Selangor walaupun sedikit terkilan sekadar seri di Shah Alam sabtu lepas. Beliau juga menyeru seluruh peminat bolasepak Kelantan turun memenuhi stadium Cheras dan 3 lagi baki perlawanan selepas ini. Beliau sangat menghargai dan mengalu-alukan sokongan kelab-kelab penyokong yang sentiasa mengadakan konvoi ke perlawanan Kelantan. Ketika ditanya berkenaan majlis ahad ini pula, beliau menjelaskan majlis ini hanya untuk 150 tetamu jemputan khas sahaja dan berharap penyokong tidak terkilan kerana ini merupakan majlis KAFA meraikan pihak media berserta wakil-wakil kelab penyokong dan beliau yakin peminat sudah berpuashati dengan program bertemu peminat yang diadakan sebelum ini dan yang terkini akan diadakan Karnival The Red Warriors 23-27 Julai nanti.

Ayuh peminat semua kerah segala bala tentera merahmu......sama-sama kita berkonvoi menyerang ibukota.....sama-sama kita takluk ibukota pula.......pedulikan siaran langsung.....3 mata penuh milik kita esok.....Elakkan provokasi.....jaga imej Kelantan..........Gomo Kelate Gomo

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo


Himpunan & Konvoi Terbesar Penyokong Bolasepak Kelantan

"CHECK POINTS" Akhir untuk semua penyokong yang terlibat dengan mana-mana konvoi yang dianjurkan Kelab-kelab penyokong dan individu hari ini supaya boleh berkumpul di kawasan letak kereta Medan Selera @ Downtown Cheras untuk lepak minum dan bersuaikenal di Restoren Hassan Ayam Kampung sebelum memulakan konvoi terbesar bermula jam 6 petang ke stadium Cheras. Mohon kerjasama semua penyokong dan kelab dapat memrealisasikan himpunan dan konvoi terbesar demi melihat kesatuan hati seluruh penyokong Kelantan...

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo


Khamis, 15 Julai 2010

senarai pemain skuad negara akan menentang skuad Olimpik Korea Selatan

Tiga Pemain Gugur Ke Antalya
Jun 10 2010 - Jurulatih skuad kebangsaan mengumumkan senarai akhir 24 pemain yang berlepas ke Antalya, Turki bagi latihan pusat selepas menggugurkan tiga pemain.

Mereka yang terbabit adalah Muhaimin Omar (Pertahanan/Terengganu), Ashaari Samsuddin (Penyerang/Terengganu) dan K. Gurusamy (Tengah/Harimau Muda A).

Muhaimin terpaksa digugurkan setelah mengalami kecederaan, walaupun namanya termasuk dalam senarai awal dengan Faizal Abu Bakar yang tersenarai. Dengan ini Faizal kembali disenarai ke Antalya yang berlepas malam Jun 9 2010.

Ashaari digugurkan kerana masalah keluarga apabila datuknya mengalami kemalangan serius. Manakala Gurusamy dilanda kecederaan otot paha semasa latihan.

Tiga pemain yang diketepikan ketika melaporkan diri pada Jun 4 lalu,akibat kecederaan adalah Ahmad Fakri Saarani, V. Thirumurugan dan S. Harivarman.


Jun 13 2010: Malaysia 3-1 Pilihan Antalya
S. Kunalan, Izzaq Faris Ramlan, Zaquan Adha Abdul Radzak

Jun 16 2010: Malaysia 1-0 Pilihan Turkey
Norshahrul Idlan Talaha

Jun 19 2010: Malaysia 1-0 Antalyaspor (Turkey)
Norshahrul Idlan Talaha (24')

Daripada 24 pemain dibawa ke Turki, hanya tujuh pemain berstatus senior iaitu Farizal Marlias, Sharbinee Allawee Ramli, Norhafiz Zamani Misbah, Azmi Muslim, S. Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali manakala selebihnya berusia 23 tahun dan ke bawah.

Senarai Pemain Latihan Pusat di Antalya, Turki:

Penjaga gol: Farizal Marlias (Perlis), Sharbinee Allawee (Terengganu), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pertahanan: Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Aidil Zafuan Abdul Radzak (NSembilan), Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Bunyamin Umar (kesemuanya Selangor), Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari (kesemuanya Kedah), Muslim Ahmad, Mahali Jasuli (Harimau Muda A)

Tengah: Safiq Rahim (Selangor), S. Kunanlan (NSembilan), Amar Rohidan (Perlis), Faizal Abu Bakar, Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)

Penyerang: Safee Sali (Selangor), Shakir Ali, Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Zaquan Adha Abdul Radzak (NSembilan), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan).

Fabregas 'kunci mulut'


FABREGAS (kanan) dilihat memakai jersi Barcelona ketika meraikan kejayaan Sepanyol di Madrid kelmarin.


LONDON - Kapten Arsenal, Cesc Fabregas mencetuskan kontroversi apabila dia dilihat memakai jersi Barcelona di Madrid kelmarin.

Ketika itu, Fabregas sedang meraikan kejayaan Sepanyol muncul juara Piala Dunia 2010.

Begitupun, Fabregas menegaskan, tidak ada apa yang perlu diperkatakan berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, Fabregas telah beberapa kali dikaitkan dengan Barcelona tetapi ketika perpindahan itu dilihat hampir pasti berlaku, dia membuat keputusan untuk terus kekal di Arsenal musim depan.

Begitupun, ketika diajukan pertanyaan sama ada dia benar-benar mahu berhijrah ke Barcelona, pemain tengah Sepanyol itu enggan memberi sebarang komen.

"Saya fikir, kurang bercakap mengenai perkara itu adalah lebih baik kerana perkara ini akan menyakitkan hati banyak pihak," katanya.

"Buat masa ini, kami perlu tenang dan apa yang akan berlaku tetap akan berlaku."

Mengulas lanjut mengenai isu dia memakai jersi Barcelona, Fabregas berkata, ia tidak boleh dijadikan petanda yang dia akan beraksi di Nou Camp.

"Kejadian itu berlaku pada saat yang istimewa dan saya tidak fikir ia lebih daripada itu kerana ia cuma satu jenaka pada malam sambutan yang hebat itu," katanya.

"Ia adalah masa di mana Pepe Reina menarik saya ke hadapan pentas dan mengajak saya menyanyi bersamanya.

"Pada mulanya, saya agak terkejut dengan tindakannya itu. Namun selepas difikir semula, sekiranya itu cara untuk berseronok, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Rabu, 14 Julai 2010

Redknapp menjangkau perjanjian Tottenham

- 0


Berusia 63 tahun berpandukan Spurs untuk kemasan tempat keempatdalam musim penuhnya yang pertama di White Hart Lane - tertinggi kelab telah mencapai sejak Liga Perdana penubuhan.
Pengurus Spurs urus jual semasa ialah dijangka tamat tahun depantetapi mengandungi satu pilihan untuk satu dua tahun selanjutnya yangkelab mempunyai kini bersenam.
"Kelab gembira untuk mewartakannya itu kami pernah menghulurkankontrak pengurus Harry Redknapp sehingga 2013, " membaca satukenyataan mengenai laman web kelab.
"Mengganggu berpandukan sebelah ke tempat keempat dalam musimpenuhnya yang pertama dengan kelab, dengan prospek persaingan

Lelaki Inggeris mengambil alih di pengikut White Hart Lane tempohmalang Juande Ramos pada Oktober 2008, dengan tahap terendahpasukan meja mempunyai ditahan hanya dua mata dari lapan permainanperasmian mereka, sebelum membelok sekitar nasib kelab.
Redknapp telah mengisytiharkan kepentingannya dalam kerja Englandtetapi, dengan Fabio Capello baki dalam jawatan, Portsmouth bekas danbos West Ham mempunyai kini komited masa depannya kepada Tottenham.
"Saya kini komited kepada Spurs untuk tiga tahun berikutnya, dan sudah tentu saya adalah gembira dengan bahawa, " dia memberitahu ESPNSOCCERNET.


"Saya telah berubah fikiran saya dan saya rasa seolah-olah sayamempunyai satu baik beberapa tahun meninggalkanku dalam lagi."
Redknapp menyatakan umur Manchester United Alex Ferguson (68), RoyHodgson Liverpool (62) dan Fabio Capello England (64) sebagai satudemonstrasi bagaimana pengurusan pengalaman boleh jadi penting.
"Tiada dari mereka adalah anak muda lagi, mereka adalah daripadakumpulan seusia, dan ia benar ada yang tiada pengganti untukpengalaman dalam pengurusan, " katanya.
"Permainan sangat memerlukan kestabilan, dan lelaki berpengalamantahu kerja itu, dan untuk begitu banyak kini umur bukan

England bergantung pada Rooney



WENGER mengkritik corak latihan yang dikendalikan Capello bagi menghadapi kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegur pihak pengurusan skuad kebangsaan England agar berhenti mencari bakat-bakat baru yang menyerupai penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Wenger menganggap kejayaan sesebuah pasukan itu adalah bergantung pada kerjasama serta persefahaman antara satu sama lain.

Jelasnya lagi, jurulatih England, Fabio Capello tidak boleh menyandarkan hara- pan kepada seseorang pemain sahaja bagi mencipta kejayaan.

"Secara dasarnya, skil individu pemain England telah meningkat, cuma dari aspek berpasukan, ia tidak berkem- bang dengan baik.

"Dalam saingan seperti Piala Dunia, kunci utama kejayaan lebih banyak bergantung kepada kekuatan bahagian tengah kerana ia penting bagi melancarkan serangan.

"Hanya Jerman yang dilihat mampu menjaringkan gol dari segenap sudut kerana pemain-pemain mereka mampu mengawal bola dengan baik," jelas Wenger.

Sebelum ini, pemain-pemain England dilapor bosan dengan cara layanan serta sistem kejurulatihan yang diterapkan Capello sepanjang mengadakan kem lati- han pusat.

"Kita dapat lihat bagaimana sukarnya pemain dalam sesebuah pasukan kebangsaan itu duduk bersama.

"Saya memiliki pemain di kalangan pasukan kebangsaan yang berbeza dan mereka sendiri menganggap mereka sebagai satu pasukan.

"Namun, masalah yang dihadapi ketika ini adalah bagaimana caranya buat pemain-pemain ini ingin menjalani kehi- dupan dengan orang yang sama dalam tempoh 40 hari?

"Pemain-pemain hidup dalam dunia moden yang berteknologi tinggi kerana mereka mampu berhubung menerusi Internet mahupun telefon bimbit tetapi hakikatnya, mereka tidak bercakap antara satu sama lain," katanya.

Benitez puas hati portfolio baru



BENITEZ (kiri) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan pertama skuad Inter di Milan semalam.

MILAN - Pengendali baru Inter Milan, Rafael Benitez ternyata gembira kerana dapat kembali menjalankan tugas sepenuhnya sebagai jurulatih.

Bekas pengurus Liverpool itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Inter dengan tanggungjawabnya terhadap urusan pentadbiran kini berkurangan berbanding ketika beliau bersama skuadThe Reds.

Di Anfield, Benitez sering kali dilapor tidak sependapat dengan pemilik bersama kelab itu, George Gillett Jr. dan Tom Hicks.

"Di England saya adalah pengurus dan di sini saya menjadi jurulatih. Di sini kami memiliki pengarah sukan (Marco Branca) dan presiden (Massimo Moratti) yang mempunyai tanggungjawab mereka tersendiri.

"Mereka akan membuat kerja mereka dan saya hanya perlu fokus terhadap para pemain yang kami miliki ketika ini.

"Saya berasa gembira dapat berada di sini dengan sebuah pasukan yang memiliki pemain-pemain berkualiti serta mempunyai mental yang kuat. Saya yakin kami akan dapat melakukan yang terbaik," kata Benitez.

Beliau telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 2004 dan membawa pasukan itu muncul juara Liga Juara-Juara pada 2005 dan trofi Piala FA setahun kemudian.

Namun, beliau tetap gagal membawa Liverpool meraih kejuaraan Liga Perdana England buat pertama kali sejak kali terakhir memenanginya pada 1990.

Bagi tugasan barunya bersama Inter, Benitez menggalas harapan yang tinggi untuk mengu- langi kejayaan muncul juara Liga Juara-Juara, Serie A dan Piala Itali yang dicapai Jose Mourinho sebelum beliau berhijrah ke Real Madrid musim ini.

"Kami masih memiliki mentaliti yang sama seperti musim lalu dan kami mahu terus bersama memburu kemenangan bermula dari hari pertama.

"Saya telah bercakap dengan kapten Inter iaitu Javier Zanetti, Samuel Eto'o dan Diego Milito. Mereka semua mahukan kejayaan. Malah Wesley Sniej- der juga mahu menang lebih banyak trofi.

"Semua pemain memiliki mentaliti sebegini dan saya mahu mereka mengekalkannya untuk musim baru nanti," jelas Benitez.

Selasa, 13 Julai 2010

Iniesta akan dikenang selamanya




JOHANNESBURG - Nama Andres Iniesta (gambar) bakal dikenang buat selama-lamanya oleh seluruh rakyat Sepanyol.

Semalam, Iniesta muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan Sepanyol empat minit sebelum masa tambahan tamat ketika menewaskan Belanda 1-0 pada aksi final Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City.

Jaringan tonggak tengah Barcelona itu juga telah membawa skuad La Roja menjulang trofi paling berprestij tersebut buat julung kalinya sejak ia mula diperkenalkan pada 1930.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik, jaringan Iniesta diraikan dengan penuh sim- bolik apabila dia menanggalkan jersinya untuk menunjukkan baju-T putih dipakainya yang tertulis 'Dani Jarque sentiasa bersama kami'.

Jarque, 26, merupakan tonggak pertahanan Sepanyol yang meninggal dunia ketika beraksi dalam satu kejohanan pramusim di Itali tahun lalu yang mana dia baru sebulan menggalas tugas selaku kapten skuad La Roja.

Iniesta dan Jarque juga merupakan rakan sepasukan ketika beraksi buat Sepanyol dalam kejohanan antarabangsa bawah 17 tahun (B-17), (B-19) dan (B-21).

"Saya sentiasa mahu membawa Jarque bersama saya. Kami mahu memberi penghormatan kepadanya," katanya.

Pada aksi semalam, percubaan Iniesta dari dalam kotak penalti berjaya menerjah gawang Belanda yang dikawal Maarten Steke- lenburg.

"Saya sebenarnya masih belum dapat mempercayai yang saya telah menjaringkan gol kemenangan.

"Peluang menjaringkan gol dan membantu pasukan muncul juara adalah suatu perkara yang menakjubkan bagi saya. Ia sebenarnya hanya sumbangan kecil daripada saya," kata Iniesta

Tentera Merah 100% Terbaik


Tagline laman portal rasmi KAFA, http://www.theredwarriors.com/ dilihat semakin berkesan apabila mula menjadi ikutan Tentera Merah.

“Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo”

Tagline yang digunakan seiring dengan perubahan pasukan Red Warriors mula diakui oleh ramai pihak bila mana peratusan penyokong Kelantan membuat onar di kawasan Stadium tidak kira di Kota Bharu atau venue lawan semakin berkurangan.

Malah, kelihatan penyokong Kelantan memberikan disiplin yang tinggi selain tetap memberi sokongan kepada pemain walau ketinggalan kepada pasukan lawan.

Satu perubahan ketara selaras dengan permintaan KAFA agar peminat dan penyokong sentiasa di belakang pasukan tidak kira menang atau kalah.

Sekalung tahniah dan terima kasih serta ucapan penghargaan kepada penyokong Red Warriors kerana perubahan anda satu pencapaian gemilang gagal dilakukan pasukan Kelantan dalam dekad terakhir ini.

Teruskan memberi sokongan kerana sokongan anda semua menjadi azimat berguna kepada pemain yang berjuang diatas padang.

Kita Penyokong Datang Memberi Sokongan Bukan Datang Memberi Hukuman.


Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo