KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 15 Oktober 2010

Rooney 'naik angin'dengan Ferguson


ROONEY (kiri) gagal memberi impak berkesan sejak mengalami kecederaan sehingga mencetuskan kegelisahan di hati pengurus United, Alex Ferguson.


LONDON - Manchester United kini mula bimbang mengenai masa depan 'ayam tambatan'nya, Wayne Rooney. Terdahulu, penyerang pasukan England itu menyelar kenyataan pengurus United, Alex Ferguson yang mengatakan prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan buku lali.

"Saya tiada masalah dengan kecederaan buku lali yang saya alami," tegas Rooney ketika diminta mengulas kenyataan Ferguson baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapa Ferguson berkata demikian, Rooney menjawab: "Saya tidak tahu mengapa."

Rooney gagal meledak sebarang gol ketika England seri tanpa jaringan dengan Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012 awal pagi kelmarin.

Kini kebimbangan mula timbul mengenai perbincangan kontrak baru Rooney bersama United akan berdepan masalah.

Kontraknya akan berakhir hujung musim ini dan United telah mendedahkan hajat mereka untuk mengekalkan penyerang itu di Old Trafford dengan kontrak jangka masa panjang.

Begitupun, Rooney dikatakan telah meminta supaya perbinca- ngan mengenai kontrak tersebut ditangguhkan seketika.

Ejen Rooney juga telah meminta gaji pemain tersebut dinaikkan daripada £90,000 (RM445,909) kepada £150,000 (RM743,465) seminggu.

Ketika ini, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Rooney dan mampu mengatasi tawaran United itu

Kelantan sedia gempur Selangor



NORSHAHRUL (tengah) ditenteramkan oleh seorang pegawai perubatan Kelantan selepas dilayangkan kad merah di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.


“BOLA sepak adalah sukan dan bukannya perang.” Demikian nasihat jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada penyokong Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Menurut Sathianathan, fokus pemain hanya untuk mencipta kemena- ngan dan jika terdapat gangguan luar, pasti tumpuan para pemainnya di padang akan terjejas.

“Kita mengalu-alukan kehadiran penonton seramai yang mungkin tetapi datanglah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

“Insiden-insiden yang tidak sepatutnya hanya akan merugikan pasu- kan selain jangan mudah menghukum pemain yang melakukan kesilapan.

“Penyokong Kelantan adalah yang terbaik kerana mereka sentiasa mengiringi perjuangan pasukan dan saya mahu itu dikekalkan,” katanya semalam.

Sathianathan berkata, berdepan Selangor adalah suatu tugas yang bukan mudah tetapi beliau percaya sekiranya para penyokong menjadi ‘pemain ke-12’ Kelantan, tidak musta- hil The Red Warriors akan mampu me- numbangkan Selangor di laman sendiri.

Jelasnya, Kelantan mempunyai peluang yang cerah untuk melangkah ke separuh akhir selepas mengikat Sela- ngor dengan keputusan seri tanpa jaringan di Shah Alam, Selasa lalu.

“Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sentiasa menjanjikan tuah kepada Kelantan. Para pemain juga telah bersedia untuk itu dan kita mahu lihat satu keputusan yang positif.

“Sesiapa jua yang akan saya turunkan nanti pastinya pemain yang sudah pun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi perlawanan yang dikategorikan sebagai berprofil tinggi,” ujarnya.

Mengenai pengganti Norshahrul Id- lan Talaha yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah Selasa lalu, Sathianathan berkata: “Ketiadaannya tidak merencatkan persiapan kita.

“Saya ada ramai pemain yang mempunyai kemampuan yang sama.”


Masih Hidup Atau Mati?

Masih Hidup Atau Mati?

Ditulis oleh TRWC Team Khamis, 14 Oktober 2010 09:13




Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu. Malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati. Apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik kekawan yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang.Amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah.Kami cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada kami gambar-gambar. Sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.



Berdasarkan Pengakuan Si Pemukul:

Berita Kereta Polis dipecahkan cermin dan dikemekkan oleh penyokong Selangor tidak pernah disiarkan

KAMI BERHARAP MEREKA YANG TAHU KEADAAN MANGSA SEKARANG SILA HUBUNGI info@theredwarriors.com.

Khamis, 14 Oktober 2010

FAS, KAFA berdepan tindakan


INSIDEN yang dianggap keterlaluan ini berlaku di Stadium Shah Alam ketika aksi antara Kelantan dan Selangor kelmarin.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan sebelum mempertimbangkan untuk mengheret Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kedua-dua persatuan negeri itu boleh diambil tindakan berhubung insiden pergaduhan dan kekecohan yang ditimbulkan penyokong masing-masing pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Kita (FAM) mempunyai peruntukan tertentu untuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat ini mengikut bidang kuasa FAM.

"Selepas mendapat dan mengumpul semua maklumat lengkap, kita akan pertimbangkan sama ada kes ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Namun Azzuddin menafikan bahawa kurangnya kawalan keselamatan pada perlawanan tersebut menjadi punca penyokong Selangor dan Kelantan 'bertempur' sama ada di dalam mahu pun di luar stadium.

"Mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum perlawanan telah berpuas hati dengan aspek keselamatan yang disediakan pihak tuan rumah.

"Tapi itulah, walau berapa ribu penyokong yang hadir sekali pun, jika pergaduhan itu nak berlaku, ia tetap akan berlaku dan ia sudah menjadi asam garam. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan penyokong Kelantan dan Selangor.

"KAFA dan FAS telah berulang kali menasihatkan penyokong mereka tetapi kekecohan tetap berlaku berpunca daripada tindak tanduk segelintir penyokong ini," jelas Azzuddin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hanya seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas sambil menafikan terdapat seorang lagi yang mati akibat bergaduh.

"Saya sendiri berada di hospital sehingga pukul 3 pagi tadi (semalam) dan penyokong tersebut (Che Karma Sulaiman, 39) berasal dari Bachok tetapi bekerja di sini mati akibat sesak nafas dan bukannya disebabkan pergaduhan.

"Pihak FAS bersetuju memberikan RM3,000 kepada keluarga mangsa sebagai sumbangan ikhlas untuk urusan pengkebumiannya. Cuma saya harap semua penyokong lebih berdisiplin pada masa akan datang untuk mengelak insiden pergaduhan berulang," kata Hamidin pada sidang media sama.

Tentang isu mercun di stadium, Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAS berkata: "Memang kita buat sekatan di pintu masuk. Tapi masalah stadium di Malaysia yang kelilingnya terbuka memudahkan mereka menyeludup masuk juga mercun. Kita akan fikirkan mekanisme terbaik bagi mengatasinya.

Aksi Itali, Serbia diberhentikan


INSIDEN membaling mercun ke dalam padang permainan memaksa perlawanan antara Itali dengan Serbia diberhentikan.


GENOA, Itali - Aksi kelayakan EURO 2012 di antara Itali dan Serbia terpaksa diberhentikan hanya selepas tujuh minit berlangsung awal pagi semalam.

Ia berikutan tindakan penyokong Serbia membaling objek keras dan mercun ke arah padang, membakar bendera dan memecahkan penghadang sekali gus menampakkan seperti protes itu telah dirancang.

Terdahulu, para penyokong Serbia turut bertempur dengan pihak polis dan tindakan mereka juga menyebabkan perlawanan terpaksa dilewatkan 45 minit sehinggalah pengadil, Craig Thomson menghentikan terus perlawanan pada minit ketujuh.

Dengan keputusan itu, Itali dihadiahkan kemenangan percuma 3-0 berikutan kesalahan yang dilakukan penyokong pasukan lawan.

"Pengadil berasakan keselamatan pemain tidak dapat dijamin. Jadi kini terserah kepada pihak UEFA untuk menentukan tindakan mengikut prosedur disiplin," kata Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Antonello Valentini.

Sementara itu, jurucakap Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Rob Faulkner menjelaskan, apabila sesuatu perlawanan itu terganggu akibat alasan keselamatan, prosedur biasa diamalkan ialah menggunakan laporan pengadil dan perlawanan perlawanan sebelum sesuatu kes itu dibawa ke jawatankuasa tatatertib.

Rusuhan penyokong terus berlaku di luar Stadium Luigi Ferraris untuk tempoh beberapa jam selepas pembatalan perlawanan itu diumumkan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Serbia, Tomislav Karadzic berkata, protes tersebut dijangka akan diadakan semula di Belgrade selepas ini.

"Ia merupakan serangan ke atas negara dan negara perlu menyelesaikan masalah ini," katanya.

Kritikan terhadap skuad Serbia semakin meningkat selepas mereka tewas 1-3 kepada Estonia pada aksi di tempat sendiri pada awal pagi Sabtu lalu

Persatuan Bolasepak Selangor mula mencipta alasan

Situasi inilah yang mula menjadi tanda tanya dikalangan peminat bolasepak Kelantan apabila Persatuan Bolasepak Selangor mula mencipta alasan bagi menutup kelemahan kawalan keselamatan dan pengurusan stadium mereka. Dalam laporan berita RTM 1 tengah malam tadi, pihak pasukan FAS sedang menimbang untuk tidak akan beraksi di Kota Bharu atau sebaliknya.

Rabu, 13 Oktober 2010

Rentak Samba semakin kemas



ALVES dijulang Robinho selepas meledak gol pembukaan Brazil ketika menentang Ukraine pada aksi persahabatan kelmarin. Brazil menang 2-0.


DERBY - Daniel Alves dan Alexandre Pato masing-masing meledak satu gol bagi membantu kemenangan 2-0 Brazil ke atas Ukraine pada aksi persahabatan kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Pride Park itu, Alves yang merupakan tonggak pertahanan Barcelona membuka tirai jaringan Brazil pada minit ke-25.

Sebaik babak kedua bersambung, Pato melengkapkan hari gemilang buat juara dunia lima kali itu apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-64.

Jurulatih Brazil, Mano Menezes merupakan individu paling gembira dengan kemenangan tersebut apabila dia berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sejak me- ngambil alih tugas daripada Dunga yang telah dipecat Julai lalu.

"Pada awalnya, saya menjangkakan perlawanan tersebut tidak mudah buat kami, namun saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh semua pe- main.

"Pasukan ini telah mempamerkan peningkatan yang begitu baik sekali dan ia merupakan satu perkemba- ngan positif.

"Namun, kami masih memerlukan lebih banyak perlawanan seperti ini yang mana kami beraksi menentang sebuah pasukan yang menerapkan corak permainan berbeza-beza," jelas Menezes.

Sejak mula mengambil alih tugas selaku jurulatih, Menezes berdepan tugas sukar apabila beliau perlu me- ngembalikan semula kegemilangan Brazil yang tersingkir pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010.

Disebabkan itu, Menezes meletakkan sasaran dengan menjuarai kempen Piala Dunia 2014 yang menyaksikan Brazil akan menjadi tuan rumah.

Selain itu, percaturannya membariskan pemain-pemain muda dalam skuad Samba kali ini adalah sebagai persiapan menjelang temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

"Sasaran untuk masa terdekat ini adalah menyedia- kan skuad yang mantap bagi menghadapi Sukan Olimpik. Sebab itu, saya membariskan ramai pemain-pemain muda.

"Ia sekali gus dapat memberikan mereka pendedahan yang secukupnya sebelum turun beraksi pada saingan kelayakan Sukan Olimpik nanti

Salam Takziah Kepada Keluarga Arwah

Salam takziah kepada penyokong Kelantan bernama Che Kurma 39 tahun dari Kampung Telong Bachok.yang meninggal dunia akibat sesak nafas. Kami berkongsi kedukaan ini bersama seluruh rakyat Kelantan. Bersama kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Bersama sedekahkan Al-Fatihah.Amin. Bagi 1 lagi kematian kami menunggu pengesahan.

Masih Bebal Dan Disengajakan

Ayat diatas saja yang mampu menggambarkan kebebalan pengurusan stadium Selangor yang masih menyusun kedudukan penyokong Kelantan dalam keadaan yang sengaja membangkit kemarahan segelintir penyokong Kelantan. Nasiblah ramai yang memilih untuk menyaksikan perlawanan ini sambil berdiri sekiranya duduk pasti tidak mencukupi ruang tempat duduk disediakan untuk penyokong Kelantan. Klik untuk lihat mangsa yang meninggal.

Seperti sedia maklum susunan penyokong Kelantan diberi serong ke belakang gol sedangkan ruang untuk Selangor banyak yang kosong. Keadaan telah sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan penyokong Kelantan yang mula melolos masuk bahagian bersebelahan kawasan media. Mungkin Tiada Laporan Media dan Polis yang disahkan hari ini tetapi ini Buktinya:


Berlaku diluar stadium:

Berlaku Didalam Stadium:


Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Lihat gambar diatas.

Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?. Lihat 2 gambar diatas.

Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak. Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil.

FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja. KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu, kita akan pastikan separuh akhir milik kita. InsyaAllah

Kami juga berharap ada pihak yang menyaksikan kejadian ini menghubungi kami di info@theredwarriors.com atau terus membuat laporan polis bagi pihak si mati. Al-fatihah pada arwah.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Selasa, 12 Oktober 2010

Kelantan tidak gentar



KELANTAN akan menagih pengalaman Akmal Rizal (kiri) untuk memusnahkan kubu Selangor.


“SELANGOR bukan sebuah pasukan yang digeruni. Mereka juga mempunyai kelemahan dan kami tidak perlu bimbang.”

Demikian tegas pengendali Kelantan, B. Sathianathan menjelang pertemuan dengan skuad The Red Giant itu pada pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Bagi Sathia, pertembungan kali ini diibaratkan sebagai perlawanan akhir yang diawalkan selain kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri ketika pertemuan dalam Liga Super sebelum ini dan percaya tahap permainan akan berada pada paras tertinggi

Justeru, beliau berharap agar pemainnya berada dalam keadaan paling cergas termasuk pemain simpanan bagi menghadapai perlawanan terhebat itu.

“Selangor adalah sebuah pasukan yang biasa bermain perlawanan berprofil tinggi seperti ini, tetapi jangan lupa mereka juga mempunyai kekura- ngan. Jadi, saya mahu semua pemain bersedia untuk mencipta sesuatu.

“Selangor hanya menurunkan pasukan kedua ketika perlawanan terakhir tetapi pemain kita terpaksa bertungkus-lumus sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyebabkan pemain-pemain kita agak keletihan selepas beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh sembilan hari,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, untuk menjadi sebuah pasukan yang bergelar juara, ketakutan tidak seharusnya menjadi penghalang dalam diri pemain, siapa saja yang bakal ditentang, mereka perlu yakin.

Jelasnya, beliau pasti K. Devan dan anak-anak buahnya juga bimbang menghadapi Kelantan yang turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super selain finalis Piala Malaysia musim lalu.

“Mereka juga pasti bimbang bertemu kita (Kelantan). Tekanan mungkin lebih kepada Selangor kerana mereka juara Liga Super, rekod tanpa kalah dalam kumpulan selain aksi pertama ini akan dilangsungkan di tempat mereka terlebih dahulu.

“Bagi saya, seri sudah cukup tetapi menang adalah satu bonus. Cuma saya mahu pemain- pemain saya pulang bersama jaringan gol sebanyak mungkin untuk meredakan tekanan ketika aksi di Kota Bharu,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada khabar yang kurang gembira di kem Kelantan apabila beberapa pemain utamanya mengalami kecederaan seperti Azizi Mat Rose, Norshahrul Idlan Talaha serta Badri Radzi dan status mereka hanya akan diketahui hari ini

Bento inspirasi baru Portugal



BENTO dikatakan telah membawa semangat baru kepada skuad kebangsaan Portugal.


LISBON - Kejayaan menewaskan Denmark 3-1 pada aksi kelayakan Euro 2012, Sabtu lalu ternyata memberikan suntikan semangat buat Portugal.

Rentak cemerlang itu sudah pasti- nya mahu diteruskan apabila skuad kendalian Paulo Bento turun menentang Iceland pada perlawanan sete- rusnya di Stadium Laugardalsvollur awal pagi esok.

Baru dilantik selaku jurulatih bagi menggantikan Carlos Queiroz yang dipecat bulan lepas, Bento pada awalnya berada dalam situasi tertekan selepas Portugal sekadar mengutip satu mata dalam dua perlawanan.

Semuanya bermula selepas Portugal tewas 0-1 dengan Norway dan sekadar mencatatkan keputusan seri 4-4 menentang Cyprus pada aksi peringkat Kumpulan H.

Namun, segala-galanya berubah sejak Bento mula mengambil alih tugas selaku jurulatih yang mana skuad kendaliannya itu tampak lebih bertenaga apabila mencatatkan kemena- ngan sulung mereka dalam saingan musim ini ke atas Denmark.

"Kami (Portugal) kini memasuki fasa baru sejak mula dikendalikan oleh Bento kerana dia memberikan kami satu suntikan semangat serta keyaki- nan bagi melakar kejayaan," jelas penjaga Portugal, Eduardo.

Percaturan yang dilakukan Bento ke atas skuad kendaliannya pada aksi menentang Denmark itu benar-benar memperlihatkan kredibilitinya selaku jurulatih selain cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru bersama pemain.

"Ia agak menggembirakan apabila kamu dapat berlatih di bawah kendalian jurulatih seperti Bento.

"Pemain-pemain semua gembira dan kamu dapat melihat suasana itu ketika di atas padang," kata kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo

England tanpa John Terry


JOHN TERRY (kiri) bakal terlepas aksi menentang Montenegro awal pagi esok.


LONDON - England bakal kehilangan khidmat John Terry pada kempen Kela- yakan Euro 2012 menentang Montene- gro awal pagi esok.

Kapten Chelsea itu terlepas sesi lati- han semalam kerana mengalami kece- deraan belakang dan dihantar pulang selepas mendapat nasihat pegawai perubatan pasukan.

Situasi ini menyaksikan jurulatih England, Fabio Capello kini berdepan krisis baru di posisi pertahanan.

Capello telah pun kehilangan bintang Everton, Phil Jagielka ekoran masalah hamstring yang memaksanya berehat selama enam minggu.

Ini bermakna, Joleon Lescott mungkin akan bergandingan dengan Rio Ferdinand pada aksi di Stadium Wembley itu.

Terry yang sebelum ini bergelut dengan kecederaan rusuk berkata: "Saya telah disiku di bahagian rusuk banyak kali dalam perlawanan.

"Satu daripada tulang rusuk saya me- ngalami lebam. Sekarang bahagian belakang saya pula sakit dan terpaksa pulang menjalani rawatan."

Sementara itu, Capello pula akan me- nurunkan Darren Bent untuk bergandi- ngan dengan Wayne Rooney di jentera serangan.

Bent yang menjaringkan tujuh gol buat Sunderland musim ini, dipilih sebagai penyerang kedua mengatasi Peter Crouch dan Kevin Davies. - Agensi

Devan tahu kelemahan



SAFEE (depan) bakal mengetuai jentera serangan Selangor dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan malam ini.


PERMUSUHAN di antara Selangor dan Kelantan berterusan apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Pada saingan Liga Super musim ini, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Kota Bharu sebelum turut seri 1-1 di Shah Alam.

Namun, Selangor ternyata lebih unggul apabila muncul juara Liga Super manakala Kelantan sekadar berpuas hati sebagai naib juara.

Menjelang pertemuan malam ini, pengurus merangkap jurulatih Sela- ngor, K. Devan memberitahu bahawa beliau sudah dapat 'menangkap' kelemahan dimiliki Kelantan untuk dimanfaatkan oleh anak-anak buahnya.

"Selepas dua kali bertemu Kelantan musim ini serta tiga kali bertemu mereka musim lalu, saya sudah nampak beberapa kelemahan yang ada pada pasukan Kelantan.

"Jadi saya akan gunakan segala pengalaman kejurulatihan yang saya miliki berserta kesungguhan dan semangat para pemain untuk memastikan Selangor mencipta kemenangan ke atas Kelantan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketika menjuarai Kumpulan D dengan menang semua enam perlawanan, Selangor mempunyai lapan penjaring gol iaitu Amirulhadi Zainal dengan empat gol, Safee Sali (3), R. Surendren (3), D. Surendran (2) serta masing-masing satu gol oleh Rudie Ramli, Amri Yahyah, Safiq Rahim dan Nasriq Baharom.

Kelantan pula hanya bergantung kepada Akmal Rizal Rakhli dengan lima gol, Indra Putra Mahayuddin (3), Norshahrul Idlan Talaha (2), Badhri Radzi (2), Farisham Ismail (1) dan Azizi Mat Rose (1).

Tidak seperti Selangor, Kelantan sekadar muncul naib juara Kumpulan A di belakang Negeri Sembilan dengan tiga kali menang, dua kali seri dan tewas sekali.

"Walaupun kita tidak cukup masa untuk menyediakan satu taktikal khas untuk menghadapi perlawanan ini, para pemain Selangor sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan ini.

"Tetapi pengalaman pahit tahun lalu apabila kita tewas kepada Terengganu menerusi sepakan penalti pada suku akhir membuatkan kita akan lebih berwaspada kali ini," jelas Devan.

Tiket berharga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) bagi menyaksikan perlawanan malam ini akan dijual di kaunter tiket utama Stadium Shah Alam bermula pukul 9 pagi ini