KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 17 Oktober 2010

Separuh Akhir: Kedah VS Kelantan 19/10/2010




Kemenangan 3-0 Kedah menewaskan Terengganu malam tadi telah menjadikan Kedah pasukan pilihan yang akan bertempur dengan Kelantan selasa ini. Pertembungan ini dianggap klasik bagi Hashim Mustapha kerana Kelantan pernah berjumpa Kedah di separuh akhir ketika zaman kegemilangan beliau dan berakhir dengan Kelantan ditewaskan.

Menggamit kembali sejarah perlawanan Kelantan menentang Kedah dulu, pada waktu inilah kali terakhir melihat rombongan penyokong pelawat paling ramai ke stadium Sultan Muhammad ke 4 dan berlaku insiden pergaduhan kecil antara penyokong Kelantan dengan Kedah dan ianya merupakan misi balas dendam penyokong Kelantan apabila rombongan penyokong Kelantan juga diserang di Alor Star. Bandar Kota Bharu mengalami kesesakan seawal pagi lagi apabila ramai penyokong Kelantan yang datang dari jauh sudah tiba di Kota Bharu. Bendera Kelantan dengan slogan "Cawat Kote" berkibar dimana-mana saja daerah di Kelantan.

Apa yang paling tidak dapat dilupakan, para penyokong Kelantan membawa hampas budu yang diikat dengan balutan kain untuk dibaling pada penyokong Kedah. Bermacam-macam idea dilakukan bagi mencapai misi balas dendam mereka. Perlawanan di Kota Bharu pada masa itu juga merupakan misi balas dendam setelah Kedah menang selesa di Alor Star dan ramai penyokong Kelantan yakin misi balas dendam Hashim Mustapha tercapai, namun perlawanan di Kota Bharu juga memihak pada Kedah.


Akmal Rizal yang sudah kembali mengganas sejak piala Malaysia ini akan berdepan dengan pasukan negeri kelahirannya dan sudah pasti akan berlaku pertembungan jati diri beliau samada menjadikan pasukan negeri kelahirannya mangsa beliau seterusnya atau sebaliknya. Ramai penyokong Kelantan yakin Akmal Rizal seorang pemain yang hebat dan profesional, sudah pasti akan mementingkan kerjaya serta majikannya sekarang daripada tanggapan negatif para penyokong Kelantan apabila beliau mendepani para penyokong Kedah nanti. Akmal Rizal dilihat terlalu profesional dalam menjaga hati rakyat Kelantan, sebagai ingatan bersama beliau pernah dihina oleh penyokong Kelantan pada saingan TM liga Super tetapi beliau melayani karenah dan laungan cemuhan dengan senyuman. Kini dalam saingan piala Malaysia, beliau mampu membuatkan seluruh penyokong Kelantan menobatkannya hero utama yang membawa Kelantan ke separuh akhir.

Peningkatan prestasi jaringan maut dan hantaran kemas Akmal Rizal, Indra Putra, Norfarhan, Mohd Badhri dan pemain-pemain lain ketika menewaskan Selangor jumaat lalu telah menyakinkan seluruh penyokong Kelantan, Kelantan telah memiliki gandingan pemain yang mantap dan berbisa. Kekebalan posisi pertahanan dan penjaga gawang sememangnya sudah membuka mata peminat sukan bolasepak tanahair.

Ramai penyokong Kelantan yakin sekiranya Kelantan terus konsisten dan berwaspada ketika saingan dengan Kedah selasa nanti, mereka yakin sekali lagi stadium keramat The Red Warriors akan menjadi tempat menghukum pasukan lawan. Bagi B. Sathianathan, pasukan Kelantan selesa diletakkan sebagai pasukan kerdil berbanding Kedah yang juga merupakan jagoan utama dalam sejarah piala Malaysia.

Ayuh semua penyokong The Red Warriors lapangkan dada dan suaramu. Bersedia dengan hati yang terbuka untuk menerima sebarang keputusan nanti. Yakinlah dan bersemangatlah untuk bersama-sama pasukan The Red Warriors menuju puncak piala Malaysia 2010. Gegarkan stadium lawan dan stadium keramat kita. Hanya selangkah lagi untuk melihat piala Malaysia menjelajah seluruh bumi Kelantan. Yakin Piala Malaysia bakal menjadi milik kita. Gomo sampai boleh!!!!!

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Kelibat de Jong curi tumpuan


LONDON – Pengurus Manchester City, Roberto Mancini bimbang Nigel de Jong akan menjadi tumpuan setiap kali dia turun beraksi.

Ia gara-gara terjahan keras yang dilakukan perancang antarabangsa Belanda itu ke atas pemain sayap Newcastle United, Hatem Ben Arfa dalam aksi saingan Liga Perdana England dua minggu lalu.

Malam ini, kelibat de Jong sekali lagi menjadi perhatian apabila City berkunjung ke Bloomfield Road untuk berdepan Blackpool.

“Dia (de Jong) perlu memberi perhatian yang lebih dalam dua atau tiga perlawanan selepas ini kerana pengadil sudah pasti akan melihat dirinya daripada aspek yang berbeza kali ini,” jelas Mancini.

Aksi-aksi keras yang membabitkan de Jong telah dikecam hebat oleh banyak pihak sejak insiden dia menyepak dada perancang Sepanyol, Xabi Alonso ketika aksi final kempen Piala Dunia 2010 yang lalu.

Ekoran insiden itu, jurulatih Belanda, Bert van Marwijk telah menggugurkan nama de Jong bagi menghadapi kempen kelayakan Euro 2012.

“De Jong turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Ben Arfa. Nasib ternyata tidak menyebelahi Ben Arfa kerana bagi saya ia merupakan terjahan biasa dalam perlawanan bola sepak.

“Saya ada bercakap dengan de Jong mengenai perkara ini dan semangatnya untuk beraksi masih lagi menebal.

“Dia seorang pemain yang kuat dan sebenarnya ramai lagi pemain perancang sepertinya,” tambah Mancini.

Liverpool tampil semangat baru



HODGSON mula memikirkan perancangan baru selepas Liverpool sah menjadi NESV.


LONDON – Liverpool mendapat tonik terbaik menjelang pertemuan menentang Everton dalam saingan Liga Perdana England di Goodison Park malam ini.

Ini kerana hasrat penyokong-penyokong setia skuad The Reds untuk menyaksikan New England Sports Ventures (NESV) menjadi pemilik baru kepada kelab tersebut akhirnya tercapai.

Selepas hampir seminggu terpaksa turun naik mahkamah berhubung urusan pertukaran hak milik, pemilik NESV, John Henry akhirnya disahkan sebagai bos baru kepada kelab yang berpangkalan di Anfield itu.

Menurut satu laporan, Henry yang merupakan pemilik kelab bola keranjang Amerika Syarikat, Boston Red Sox membeli kelab tersebut dengan nilai £300 juta (RM1.48 bilion).

Dengan kejayaan membeli Liverpool daripada pemilik asal Tom Hicks dan George Gillet, Henry berjanji memastikan skuad The Reds terus menempatkan diri dalam kelompok kelab terbaik Eropah.

“Fokus utama kami ketika ini adalah memastikan Liverpool terus memperoleh kejayaan.

“Kami mempunyai rekod yang cemerlang sebelum ini dan kami mahu membuktikan kepada seluruh penyokong Liverpool yang kami tidak pernah main-main untuk menjadi pemilik kepada kelab ini.

“Boston Red Sox merupakan kelab kedua yang berbelanja besar dalam saingan Liga Utama Bola Keranjang dan kami akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Liverpool meraih kejayaan,” jelas Henry.

Pengurus The Reds, Roy Hodgson sudah pasti antara individu yang paling gembira dengan berita tersebut.

Sebelum ini, dia sudah mula memikirkan untuk membawa masuk beberapa muka baru ke Anfield pada musim perpindahan Januari depan.

Sejak mula mengambil alih tugas selaku pengurus daripada Rafael Benitez awal musim ini, ternyata nasib tidak menyebelahi Hodgson yang merupakan bekas pengurus Fulham.

Dia terpaksa menyaksikan skuad kendaliannya menduduki zon penyingkiran ketika ini selepas sekadar mengumpul enam mata dalam tujuh perlawanan, sekali gus membuatkan masa depannya bersama Liverpool mula dipersoalkan.

“Saya tahu saya sebenarnya mampu untuk mengubah apa yang telah berlaku ketika ini dan apa yang saya harapkan adalah semua pihak bersabar.

“Semua kelab pastinya mahu suatu keadaan yang stabil termasuklah pengurus dan juga pemain namun ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan.

“Saya sentiasa berharap agar ada pemilik baru yang mengambil Liverpool dan membiarkan ahli lembaga pengarah membuat pilihan mana-mana individu yang dilihat berpotensi.

“Apa yang saya tahu NESV dan Boston Red Sox sangat memahami keperluan semua kakitangannya dan akan berusaha untuk memenuhinya

West Bromwich bikin United gigit jari


HERNANDEZ (kanan) bersaing dengan pemain tengah West Bromwich, James Morrison pada aksi di Old Trafford semalam. United dan West Bromwich seri 2-2.


LONDON – Manchester United mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana England apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan West Bromwich Albion semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford itu, skuad The Red Devils terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang muda Mexico, Javier Hernandez seawal minit kelima.

Nani menambah derita West Bromwich apabila meledak gol kedua United pada minit ke-25, sekali gus meletakkan skuad kendalian Alex Ferguson itu selesa sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bermula, West Bromwich dilihat tampil dengan aksi lebih kemas dan hasilnya mereka memperoleh gol pertama apabila tonggak pertahanan United, Patrice Evra menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50.

West Bromwich tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Somen Tchoyi meledak gol lima minit kemudian.

Dengan keputusan seri itu, United masih kekal di tangga ketiga liga dengan hanya mengumpul 14 mata, empat dibelakang pendahulu, Chelsea.

Sementara itu, Arsenal memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Birmingham City di Emirates.

Begitupun, Birmingham terlebih dahulu mengejut tuan rumah apabila membuka tirai jaringan menerusi Nikola Zigic pada minit ke-33.

Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, The Gunners kembali memperkemaskan jentera serangan mereka sebelum Samir Nasri meledak gol penyamaan hasil sepakan penalti yang diperoleh empat minit sebelum tamat babak pertama.

Marouane Chamakh menyelamatkan maruah The Gunners apabila dia menjaringkan gol kemenangan hanya selepas dua minit babak kedua bermula.

Di Craven Cottage, Tottenham Hotspur turut cemerlang selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Fulham sementara Bolton Wanderers menewaskan Stoke City 2-1 di Stadium Reebok.

Dua lagi perlawanan yang berlangsung semalam menyaksikan Newcastle United sekadar seri 2-2 dengan Wigan Athletic di St. James Park manakala Wolves seri 1-1 menentang West Ham United di Stadium Molineux

Sabtu, 16 Oktober 2010

Final Piala Malaysia 2010 kembali ke Stadium Shah Alam


20MAY


Selepas sembilan tahun berturut-turut Stadium Nasional di Bukit Jalil menjadi gelanggang final Piala Malaysia, saingan kemuncak piala berprestij itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober depan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh berkata, perubahan venue itu disebabkan proses pengubahsuaian trek di Stadium Nasional.

"Jika pasukan Selangor sekalipun yang layak ke final Piala Malaysia, perlawanan tersebut tetap akan diadakan di Stadium Shah Alam.

"Keputusan ini dibuat sebab kapasiti tempat duduk penonton yang besar dimiliki Stadium Shah Alam," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sejak siap dibina pada 1998, Stadium Nasional telah digunakan sebagai gelanggang final Piala Malaysia bermula musim 1998 kecuali pada 1999 dan 2000.

Pada edisi 1999, final di antara Brunei dan Sarawak berlangsung di Stadium Merdeka.

Pada edisi 2000 pula, final di antara Perak dan Negeri Sembilan di adakan di Stadium Shah Alam.

Selain edisi 2000, Stadium Shah Alam turut menjadi gelanggang final Piala Malaysia pada 1994, 1995, 1996 dan 1997 selepas ia siap dibina pada 1994.

Ini bermakna selepas 10 tahun, stadium yang boleh memuatkan 80,000 penonton itu akhirnya kembali mendapat penghormatan untuk menjadi pentas final Piala Malaysia.

Rooney dalam situasi bahaya


ROONEY gagal menampilkan rentak terbaik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.


LONDON – Karier Wayne Rooney bersama Manchester United mula tidak menentu ekoran tindakannya menyelar kenyataan pengurus The Red Devils, Alex Ferguson.

Sebelum ini, Rooney dilaporkan kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan Ferguson yang mendakwa prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan buku lali.

Disebabkan itu, Rooney tampil membalas kenyataan Ferguson apabila mengatakan dia tiada masalah dengan kecederaan buku lali yang dialaminya.

Kenyataan daripada penyerang berusia 24 tahun itu hadir selepas dia beraksi bersama England ketika skuad Three Lions mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Montene- gro dalam saingan kelayakan Euro 2012, Rabu lalu.

Ternyata, kenyataan yang dikeluarkan Rooney turut mendapat sokongan daripada pegawai fisioterapi skuad England, Gary Lewin.

“Saya hanya boleh bercakap sepanjang tujuh hari Rooney menjalani latihan bersama kami. Dia tidak dilihat mempunyai sebarang masalah seperti yang didakwa (Ferguson) sebelum ini.

“Dia beraksi bersama United dua minggu sebelum dia menjalani latihan bersama England dan apa yang berlaku selepas itu adalah urusan dia dan kelab tersebut.

“Yang pasti, ketika dia bersama kami, tahap kecergasannya benar-benar berada pada tahap terbaik,” jelas Lewin.

Rooney telah diketepikan oleh Ferguson ketika menentang Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara dan Sunderland pada Liga Perdana England baru-baru ini.

Kini, Rooney sudah pasti berdepan tugas sukar untuk mendapat keperca- yaan Ferguson apabila United dijadualkan menentang West Bromich Albion di Old Trafford malam ini.

Detik istimewa Villa


VILLA akan mengetuai jentera serangan Barcelona pada pertemuan menentang Valencia di Nou Camp awal pagi esok.


MADRID - Pertemuan menentang Valencia dalam saingan Liga Sepanyol di Nou Camp awal pagi esok sudah pasti menghadirkan detik manis buat penyerang Barcelona, David Villa.

Ini kerana, Villa yang juga merupakan penyerang antarabangsa Sepanyol terlebih dahulu pernah beraksi bersama Valencia selama lima musim sebelum dia berhijrah ke Barcelona musim ini.

Ketika ini, Villa, 28, dilihat berada pada prestasi terbaik apabila berjaya menyamai rekod bekas penye- rang Sepanyol, Raul Gonzales yang menjaringkan 44 gol di pentas antarabangsa.

"Valencia merupakan pasukan terbaik ketika ini berdasarkan kedudukan mereka yang mendahului carta liga selain prestasi konsisten yang dipamerkan mereka dalam setiap perlawanan.

"Ia bakal menjadi perlawanan istimewa buat saya kerana turun menentang sebuah pasukan yang mana saya merasakan sangat selesa menghabiskan lima musim bersama mereka.

"Malah tidak keterlaluan jika saya katakan yang perlawanan itu nanti pasti akan mengimbau kembali kenangan-kenangan manis ketika saya bersama mereka," jelas Villa.

Ketika ini, Barcelona sekadar menghuni tangga keempat carta liga apabila mengumpul 13 mata, tiga mata di belakang Valencia yang masih unggul selaku pendahulu.

Tugas berat pastinya menanti anak-anak buah Pep Guardiola itu apabila Valencia berkunjung ke Nou Camp berbekalkan rekod cemerlang yang dicipta mereka selepas mencatatkan lima kemenangan dan satu seri.

Sebaliknya, skuad The Catalan itu pula semakin tertekan bagi mencatatkan kemenangan di laman sendiri selepas sekadar menang empat daripada enam perla- wanan sebelum ini.

DJ Big E Bersama Nasi Lemak Kopi O TV9



Jangan Lupa esok 16 Oktober 2010 (Sabtu) bersama Presiden TRW FM DJ Big E dalam rancangan pagi TV9 yang popular NASI LEMAK KOPI O. Beliau akan merungkai segala permasalahan yang melibatkan penyokong Kelantan yang sering diberi gambaran negatif oleh media massa.Selain itu kita akan berkongsi kemenangan ini dengan seluruh penyokong Kelantan.Terima Kasih kepada TV9 kerana sudi menjemput wakil TRWFM ke studio. Kami amat menghargai jasa baik TV9 yang dilihat ingin memberi liputan dan ruang pada penyokong Kelantan bagi menjawab segala masalah yang dibangkitkan. Sesuai dengan motto yang diperjuangkan portal rasmi KAFA yang sering mengajak penyokong sentiasa rasional dan dipandang bijak oleh masyarakat. Mungkin usaha amat sukar namun sejak portal ini beroperasi, sudah ada perubahan yang dapat dilihat. Kita akan terus berusaha mendidik penyokong.Kami juga turut berterima kasih kepada YUSMIRA dan SINAR HARIAN kerana menjadi tulang belakang penting dalam kemajuan TRWFM dengan menghulurkan sumbangan untuk pihak TRWFM menampung kos operasi ini. Kami juga mengalu-alukan pihak-pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada kami untuk membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada seluruh penyokong Kelantan dan dapat membantu dalam usaha kami mendidik para penyokong agar lebih dihormati.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Musnah Ego Selangor- "Tumbangnya Raksasa Merah"

Pasukan Selangor yang tidak pernah tewas 7 perlawanan Piala Malaysia 2010, akhirnya pada saingan kelapan pasukannya malam tadi berjaya diaibkan 3-0 oleh pasukan kerdil yang waktu dulu menjadi pasukan belasahannya. Akhirnya ego ketua jurulatih dan para pemain Selangor berjaya ditundukkan. Inilah hikmah daripada apa yang menimpa pasukan dan penyokong Kelantan kini. Dikala media masih memandang negatif pada penyokongnya, para pemain The Red Warriors pula mengembalikan keceriaan dan hadiah yang sungguh bermakna kepada penyokongnya. Tahniah dan Terima Kasih Seluruh Pendokong The Red Warriors.

Hebat-hebat dan berpuashati itu sahaja yang dapat diluahkan oleh para penyokong Kelantan yang ditemui disekitar stadium tadi. Dari raut wajah jelas kelihatan kegembiraan mereka meraikan kemenangan yang sungguh bermakna sejak 50 tahun Kelantan menyertai piala Malaysia. Pasukan The Red Warriors sering mengimpikan kemenangan di perlawanan akhir bertemu Selangor pada tahun ini telah boleh melupakan impian mereka bertemu Selangor di perlawanan akhir kerana berkat kesungguhan para pemain, pasukan The Red Warriors telah berjaya menewaskan Selangor di suku akhir lagi.

Gol Pertama-Norfarhan (minit 13)

Gol Kedua-Akmal Rizal (Minit 26)

Gol Ketiga- Mohd Badhri Radhzi (Minit 81)

Kini The Red Warriors sudah boleh bersedia menanti salah satu pasukan yang akan bertarung esok iaitu samada Terengganu atau Kedah di separuh akhir pertama selasa nanti. Rata-rata penyokong Kelantan masih berbelah bahagi memilih pasukan pilihan mereka kerana kedua-dua pasukan ini dilihat pasukan yang gah dan memiliki pemain-pemain terbaik. Dengan ini peluang rehat lebih sehari daripada pasukan negeri lain yang mula bersaing esok ini tidak harus disia-siakan barisan tempur The Red Warriors dalam mengasah senjata mereka untuk ke medan tempur yang seterusnya.

Gandingan pasukan The Red Warriors yang ada kini telah diletakkan barisan pemain kelas A Kelantan. Malah peminat juga turut berpeluang kembali menyaksikan kehebatan Norshahrul Idlan Talaha dalam pertempuran separuh akhir pertama nanti. Terima kasih B. Sathianathan yang sememang diakui kesungguhan beliau menaikkan imej bolasepak Kelantan walaupun sering dijadikan bahan cemuhan, namun ketahanan mental beliau dengan tekanan penyokong berjaya membawa Kelantan melangkah ke satu lagi anak tangga menuju pentas akhir. Dalam akhbar semalam beliau dengan yakin mengakui, Kelantan tetap bangkit walaupun ketiadan penyerang utama Norshahrul, bagi beliau Kelantan memiliki ramai pemain yang boleh menggantikan Norshahrul sungguhpun tidak sehebat Norshahrul. Ternyata apa yang dikatakan oleh B. Sathianathan semalam dibuktikannya malam tadi apabila menurunkan barisan pemain terbaik menggempur Selangor.

Tahniah Seluruh Penyokong The Red Warriors kesedihan dan kekecewaan anda selasa lalu sudah dibalas oleh para pemain. Anggaplah ini sebagai hadiah kepada 2 arwah penyokong tegar Kelantan yang terkorban iaitu Che Karma (Meninggal akibat lelah di Shah Alam) dan Mat Sarkawi (Meninggal akibat kemalangan jalanraya semasa Kelantan menentang KL Plus). Sama-sama sekali lagi kita sedekahkan Al Fatihah pada bekas penyokong tegar ini.

Kemenangan ini amat bermakna kepada kita tetapi ianya tidak bermakna kita sudah boleh riak dan takbur dengan kejayaan ini sehingga berani mengutuk dan menghina pasukan lain. Fahamilah hati dan perasaan mereka sepertimana perasaan kita sekiranya ditakdirkan tewas seperti pasukan mereka. Masih terlalu awal untuk mengesahkan piala Malaysia milik kita tetapi keyakinan dan semangat ini harus dikekalkan. Ayuh semua penyokong kita berdiri dibelakang para pemain memberi sokonganpadu untuk perlawanan seterusnya selasa depan.

Pertempuran kita belum selesai..............Selangkah lagi ke final....Sama-sama doakan kejayaan ke final...Amin

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo