KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 30 Jun 2010

Cabaran baru bermula

JOHANNESBURG: Juara lima kali Brazil menganggap cabaran sebenar Piala Dunia baru bermula.

Selepas layak ke suku akhir dengan kemenangan 3-0 ke atas Chile semalam, jurulatih Dunga dan barisan pemainnya sedar cabaran sebenar bakal menanti mereka apabila turun menentang Belanda Jumaat ini.

“Kami tahu Belanda sukar dijinakkan. Corak permainan mereka sama dengan bola sepak Amerika Selatan. Mereka tidak hanya bertahan dan bergantung kepada hantaran bola jauh. Mereka mempunyai kualiti teknikal dan kami perlu bersedia menghadapinya. Belanda pasukan mantap,” kata Dunga.


Hingga kini, Brazil tidak begitu dicabar di Afrika Selatan.


Mereka mudah memenangi Kumpulan G dengan menewaskan Korea Utara 2-1, Ivory Coast 3-1 dan seri 0-0 dengan Portugal. Brazil kemudian bertemu Chile yang tidak pernah menewaskan mereka sejak beberapa tahun lalu. Chile tidak banyak mengancam kubu Brazil pada perlawanan di Ellis Park dan juara lima kali itu mudah melangkah ke pusingan seterusnya.


“Ini adalah pertembungan membabitkan dua pasukan tradisi yang mempunyai pemain hebat,” kata kapten Brazil, Lucio. “Mulai sekarang perlawanan akan bertambah sukar.” Walaupun Belanda tidak memiliki banyak gelaran, mereka menjadi antara pasukan handalan di pentas antarabangsa sejak bertahun-tahun lalu. Belanda mencipta keputusan memberangsangkan di Piala Dunia kali ini dengan memenangi semua perlawanan, menundukkan Denmark, Jepun, Cameroon dan yang terakhir, Slovakia, 2-1 pada saingan pusingan kedua di Durban. Belanda tidak pernah kalah dalam 23 perlawanan.


“Perlawanan ini pasti klasik,” kata Robinho yang menjaringkan gol pertama di Piala Dunia dalam perlawanan dengan Chile. “Pertemuan itu nanti ibarat final.” Pemain pertahanan, Juan dan penyerang Luis Fabiano turut menjadi penjaring untuk memastikan kemenangan Brazil Isnin lalu, kemenangan kelapan berturut-turut ke atas lawan dari Amerika Selatan itu.

Tiada ulasan: