KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 30 Jun 2010

Tuah milik Paraguay

PRETORIA: Paraguay mencipta sejarah melangkah ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas mengecewakan Jepun menerusi sepakan penalti 5-3 apabila kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol selepas 120 minit beraksi.


PUAS...pemain Paraguay meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan.
Pada penentuan sepakan penalti, pemain Paraguay, Edgar Barreto, Lucas Barrios, Cristian Riveros, Nelson Haedo Valdez dan Oscar Cardozo tidak berdepan masalah menyempurnakan tugas mereka manakala pemain pertahanan Jepun, Yuichi Komano menjadi punca kekalahan pasukannya apabila sepakan penaltinya terkena palang gol selepas Yasuhito Endo, kapten Makoto Hasebe dan Keisuke Honda berjaya melaksanakan tugas masing-masing.

Aksi kedua-dua pasukan bermula perlahan pada babak pertama apabila penonton yang membanjiri Stadium Loftus Versfeld terpaksa menunggu selama 20 minit untuk menyaksikan gerakan bahaya pertama.


Paraguay yang tampil buat kali kelapan di pusingan akhir Piala Dunia terlebih dulu menguji kubu Jepun menerusi percubaan Barrios selepas berjaya memperdayakan pemain pertahanan, Komano sebelum melepaskan rembatan yang terkena kaki penjaga gol, Eiji Kawashima.


Dua minit selepas itu, skuad Jepun yang dibimbing Jurulatih Takeshi Okada tidak berdiam diri apabila hampir membuka jaringan namun rembatan deras Daisuke Matsui dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol Paraguay Justo Villar sudah tertewas.


Paraguay yang mengekalkan penguasaan bola sebanyak 64 peratus berbanding Jepun kecewa apabila pemain Manchester City, Roque Santa Cruz mensia-siakan peluang yang terhidang di depan gol. Peluang yang terhidang di sepangjang perlawanan gagal disempurnakan dan kedua-dua pasukan terpaksa berputih mata apabila gagal menghasilkan jaringan pada masa tambahan sekali gus menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang memihak kepada Paraguay dengan keputusan 5-3 selepas Komano yang mengambil sepakan penalti ketiga Jepun gagal menyempurnakan sepakan itu.


Paraguay akan bertemu Sepanyol atau Portugal pada peringkat lapan pasukan terakhir Ahad in

Tiada ulasan: