KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 30 Jun 2010

Hormati kuasa pengadil

PRETORIA: Penjaga gol Argentina, Sergio Romero kelmarin menuntut badan bola sepak menolak usaha pihak tertentu memperkenalkan teknologi garisan gol.

Perdebatan mengenai perkara itu hebat diperkatakan apabila Fifa sekeras-kerasnya menolak bantuan elektronik dan video kepada pengadil, namun tekanan itu memuncak Ahad lalu ketika pusingan kedua Piala Dunia.

England dinafikan golnya ketika menentang Jerman apabila pengadil dan penjaga garisan gagal memastikan bola hasil sepakan Lampard sudah melepasi satu ela dari garisan gol sebelum melantun keluar.


Pada perlawanan selepas itu pula, pemain Argentina Caros Tevez menjaringkan gol dari kedudukan ofsaid dan sekali lagi pengadil dan penjaga garisan gagal dalam membuat keputusan betul apabila tidak membatalkan gol yang dijaringkan Tevez.


Walaupun dipenuhi kontroversi, Romero percaya bahawa kuasa milik pengadil perlu dihormati.


“Saya menentang penggunaan teknologi di dalam bola sepak, jika kamu meletakkan cip ke dalam bola kamu merampas semangat pemain hebat dan bola sepak adalah untuk kehidupan dan bukan untuk teknologi,” katanya.


Melihat kepada perlawanan suku akhir menentang Jerman, penjaga gol AZ Alkmaar berkata masih banyak sebab mengapa pasukan Amerika Selatan itu perlu berwaspada walaupun pada masa dia berkata Jerman perlu bersedia bertemu mereka.


“Tidak syak lagi, Jerman adalah pasukan yang kuat dan mereka mengawal rentak perlawanan sama dengan apa yang dilakukan mereka pada perlawanan persahabatan di Jerman , Mac lalu, tapi kami berjaya menyaingi mereka. “Lukas Podolski memiliki sepakan jarak jauh bahaya manakala Miroslav Klose pula mengejar setiap bola yang dihantar. Mesut Ozil juga pemain hebat, dia pemain kaki kiri yang bagus dan mempunyai teknik yang baik.


“Mereka mempunyai ramai pemain hebat yang naik ke atas setiap kali sepakan penjuru dan percuma diperoleh namun kami tahu kami juga mempunyai pemain yang hebat dan ia akan turut memberi masalah kepada mereka,” kata Romero lagi

Tiada ulasan: