KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 30 Jun 2010

Terpulang kepadanya untuk menentukan di mana dia mahu bermain

PRETORIA: Apabila memperkatakan mengenai karisma, tidak banyak jurulatih bola sepak yang boleh menyaingi Diego Maradona dari Argentina. Tetapi perbincangan mendalam mengenai taktik?

Bukan gaya beliau.

“Cantik tu, binatang kau!” ayat jenaka yang kerap didengar dijerit Maradona kepada pemainnya di sesi latihan. Malah, ketika sesuatu sepakan itu melambung tinggi melepasi palang, beliau akan berkata sesuatu dengan nada yang sama.


Pengkritik yang menganggapnya naif menjelang Piala Dunia, kini bagaimanapun terpaksa menelan kata-kata mereka selepas Argentina mempamer prestasi mengagumkan di Afrika Selatan ini dalam usaha merangkul gelaran ketiga.


Hingga kini, mereka menang semua empat perlawanan, menjaringkan 10 gol dan jumlah gol mungkin lebih banyak jika tidak kerana aksi cemerlang penjaga gol lawan.


Maradona berkata beliau lebih gemar digelar sebagai ‘semangat yang bebas’ ketika masih aktif. . Atas alasan itu, beliau sengaja tidak memberitahu bintang terbesar Argentina - Lionel Messi - apa yang perlu dilakukannya.


“Saya memaklumkan kepada Messi, tiada siapa menetapkan posisi saya ketika beraksi di Barcelona. Sebab itu, saya tidak harus menetapkan tempat Messi di dalam pasukan,” kata Maradona. “Terpulang kepadanya untuk menentukan di mana dia mahu bermain. Dia sudah cukup dewasa. Saya melakukannya ketika era saya dan sekarang gilirannya pula.” Bekas kapten Argentina itu yang dilabel sebagai seorang daripada pemain terbaik sepanjang masa memeluk dan mencium pemainnya sebelum semua perlawanan di Afrika Selatan dan beliau juga dilihat seolah-olah sedang menendang setiap bola di fikirannya apabila bergerak di kawasan teknikal.


Tapi, bakat pemain tampak lebih menyerlah di bawah kendaliannya.


Martin Palermo, pemain berusia 36 tahun yang juga penyerang pilihan kelima boleh dianggap contoh terbaik. Sebelum ini, ramai menganggap Maradona menyenaraikannya atas dasar sentimen atau azimat selepas penyerang veteran Boca Juniors itu menjaringkan gol saat akhir yang mengesahkan tiket Argentina di Piala Dunia 2010.


Maradona turut bertindak memasukkan Parlemo ketika Argentina berhempas- pulas cuba memecahkan kubu Greece pada pertemuan terakhir kumpulan meskipun pembantunya menasihati beliau memasukkan Gonzalo Higuain. Palermo membalas kepercayaan dengan menjaringkan gol kedua Argentina, hanya beberapa minit selepas dimasukkan.


Nasihat Maradona kepada Palermo sebelum masuk ke padang amat mudah: “Pergi masuk. Menangi perlawanan ini untuk saya.” Corak Maradona itu jauh berbeza dengan taktikal pintar Carlos Bilardo yang mementingkan keputusan ketika mengemudi Argentina muncul juara Piala Dunia 1986. Malah, cara Maradona juga berbeza dengan falsafah dan versi romantik diperkenal jurulatih perokok tegar, Cesar Menotti ketika memimpin negara itu menjulang takhta, lapan tahun sebelum itu.


Ketika Maradona diberi tugasan mengemudi Argentina, Bilardo dibawa masuk membantunya daripada segi taktikal. Tetapi, mereka tidak sebulu dan walaupun kedua-duanya berada di Piala Dunia, Maradona dikatakan keberatan mendengar nasihat Bilardo.


Sama ada pendekatan Maradona berhasil membantu Argentina mengendurkan strategi menarik Jerman pada suku akhir hujung minggu ini belum dapat dipastikan. Namun, ia meresahkan seluruh Argentina.


Justeru, ketika ditanya seorang wartawan Argentina selepas kemenangan 3-1 ke atas Mexico, Ahad lalu, bagaimana beliau akan menghadapi pasukan Jerman, Maradona pantas berkata: “Biarkan saya menikmati kemenangan ini. Kenapa susah payah untuk memikirkan soal Jerman? Bagaimana jika anda sendiri menamakan pemain yang Anda inginkan

Tiada ulasan: