KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 3 September 2010

Misi penting Capello


CAPELLO (tengah) memberikan perhatian khusus dalam menghadapi perlawanan menentang Bulgaria dan Switzerland bagi memastikan England layak ke Euro 2012.


LONDON - Fabio Capello ada misi penting pada aksi sulung kelayakan Kejuaraan Eropah (Euro) 2012 menentang Bulga- ria awal pagi esok.

Pengurus England itu perlu mencipta kemenangan bagi menamatkan kritikan terhadap skuad bimbingannya sele- pas diaibkan pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Sela- tan.

Rabu lalu, akhbar Daily Mir- ror melaporkan yang Capello bakal dipecat minggu depan meskipun memenangi perlawanan di Wembley itu dan aksi kedua menentang Switzerland di Basel pada Selasa depan.

"Jelas segalanya sudah berakhir buat Capello. Semua sudah tahu yang dia sepatutnya telah berundur. Malah Capello sendiri pun tahu," demikian menurut laporan Mirror itu.

Begitupun, Capello tidak mempedulikan segala kritikan itu berdasarkan kejayaan menjulang trofi Serie A sebanyak lima kali, Liga Sepanyol dua kali dan Liga Juara-Juara sekali ketika membimbing pasukan kelab.

"Saya telah membaca dan mendengar pelbagai cerita. Tetapi saya hanya mahu fokus kepada tugas saya. Saya seorang pejuang. Ini adalah kerja saya dan saya masih kekal di sini kerana seronok melakukannya.

"Apa yang penting, kami perlu fokus perlawanan menentang Bulgaria dan Switzerland untuk memastikan kami layak ke Euro 2012 kerana England perlu beraksi pada kejohanan tersebut," kata Capello.

Bagi aksi awal pagi esok, Ca- pello tidak dapat menggunakan khidmat John Terry yang mengalami kecederaan hamstring, Frank Lampard yang cedera hernia manakala Rio Ferdinand masih belum cergas sepenuhnya.

Selain itu, jentera serangan England turut terganggu apabila Peter Crouch mengalami kecederaan belakang manakala Bobby Zamora paha.

"Ia pasti bukan satu perlawa- nan yang mudah kerana Bulga- ria turut memiliki corak permainan yang baik dan saya lihat mereka beraksi cukup mantap ketika bertemu Rusia bulan lalu biarpun tewas 0-1," jelas Capello

Tiada ulasan: