KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 3 September 2010

T-Team tak gentar Selangor


IMBAS KEMBALI... Pemain T-Team, Mohd. Shahzlan Alias (kiri) bersaing dengan pemain Selangor, Safiq Rahim pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Julai lalu.


PASUKAN berstatus kelab, T-Team sudah bersedia menghadapi Selangor pada aksi pembukaan Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 14 September ini.

Jurulatih T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Omar (gambar) berkata, beliau akan menurunkan kesebelasan pemain utama bagi mengimbangi kekuatan Selangor dalam pertemuan tersebut.

"Kita tidak gentar jumpa Selangor, walaupun pasukan itu mempunyai pengalaman luas dalam saingan Piala Malaysia," kata Che Ku Mar- zuki semalam.

Beliau berkata, semangat anak- anak buahnya untuk menghadapi Selangor begitu tinggi dan mereka kini berada dalam keadaan cergas walaupun dalam bulan puasa.

Che Ku Marzuki menambah, juara Liga Perdana, Felda United merupakan sebuah lagi pasukan yang perlu diberikan perhatian.

"Ini kerana corak permainan dan kekuatan mereka (Felda United) sukar dibaca," katanya.

T-Team dijadualkan menentang Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 17 September.

Che Ku Marzuki juga tidak mahu anak-anak buahnya memandang rendah keupayaan Perlis yang dianggap mampu mencipta keju- tan.

"Apa pun kami perlu berwaspada dalam semua perlawanan yang akan dihadapi nanti sekiranya tidak mahu kecundang," jelasnya.

Bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini, Che Ku Marzuki tidak menggunakan khidmat pemain pinjaman kerana percaya dengan kemampuan dan kebolehan barisan pemain sedia ada.

Tiada ulasan: