KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 2 Oktober 2010

Langkah Kelantan tak sempurna

RENTAK permainan skuad Kelantan dalam saingan Piala Malaysia dikatakan masih dalam keadaan terumbang-ambing.


PERLAWANAN peringkat kumpulan saingan bola sepak Piala Malaysia akan memasuki fasa kedua dengan setiap pasu- kan bakal menghadapi tiga lagi perlawanan sebelum hanya dua pasukan yang layak akan mara ke pusingan kedua.

Bagi Kelantan, langkah mereka musim ini di dalam merebut piala berprestij tanah air itu agak kurang sempurna apabila hanya memungut empat mata dalam tiga perlawanan termasuk tewas mengejut kepada pasukan Negeri Sembilan di laman sendiri 14 September lalu.

Selepas berjaya dinobatkan sebagai naib juara Liga Super, ramai yang meramalkan Kelantan tidak berdepan laluan sukar di peringkat kumpulan selepas diundi bersama Negeri Sembilan, PKNS dan KL Plus.

Namun, dalam bola sepak ramalan atas kertas bukan keputusan sebenar kerana Kelan- tan nampaknya tidak mendapat laluan mudah apabila hanya mencatat satu keputusan menang, satu seri selain rebah di depan penyokong sendiri.

Barangkali dengan keputusan itu mungkin ada pengaja- ran yang sangat berguna kepada anak-anak buah B. Sathianathan sementara mereka masih berpeluang untuk mencari tempat ke pusingan sete- rusnya.

Hakikat yang perlu disedari oleh pemain-pemain Kelantan bahawa setiap pasukan yang mereka hadapi pastinya mahu- kan kemenangan.

Kelemahan mental amat ketara terutama ketika KL Plus berjaya menghukum kealpaan para pemain Kelantan dengan dua jaringan dalam tempoh tiga minit terakhir permainan sehingga Kelantan terpaksa berkongsi mata juga ketika aksi di depan penyokong sendiri 20 September lalu.

Bagi penyokong Kelantan, Stadium Sultan Muhammed IV tidak memberikan mereka apa-apa kelebihan berbanding sebelum ini apabila ia cukup digeruni lawan yang bertandang dengan dibanjiri 'tentera-tentera merah'.

Biarpun dalam keadaan terumbang-ambing, para penyokong setia tidak pernah berganjak untuk memberikan sokongan tetapi mereka benar- benar berharap semangat melawan dan dahagakan kemenangan kembali meresap ke dalam denyut nadi para pemain.

Kalah atau seri selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan barangkali lebih disenangi peminat berbanding lawan mengambil kesempatan kerana kelekaan dan faktor kekurangan motivasi ketika di atas padang.

Malam esok, The Red War- riors akan bertandang ke Paroi untuk berdepan anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan pastinya dengan misi membalas dendam dan tanpa berselin- dung peminat juga mahu pemain hadiahkan kemenangan untuk mereka.

Tiga perlawanan dengan dua daripadanya beraksi di tempat lawan mungkin bukan kelebihan, namun sedikit sebanyak meredakan tekanan para pemain yang terpaksa berdepan kerenah penyokong tempatan yang hanya mahukan kemena- ngan.

Sebarang keputusan selain kemenangan dalam baki perla- wanan bermakna Kelantan akan menempah laluan sukar pada pusingan kedua kerana pasukan yang menduduki naib juara Kumpulan A bakal berdepan dengan juara Kumpulan D yang kini diungguli Selangor.

Tiada ulasan: