![]()
Ia menyebabkan debat, kemarahan dan akhirnya, snood telahpun diharamkan.
Badan pengelola bola sepak membuat keputusan bijak apabila mengarahkan pemain untuk tidak menggunakan pemanas leher yang mula muncul dengan kerap di Liga Perdana musim ini.
Lembaga Bola Sepak Antarabangsa yang bermesyuarat di Celtic Manor, Wales, bersetuju untuk mengaktifkan peraturan yang mengharamkan snood…dengan serta-merta.
Jadi pemain Manchester City, Mario Balotelli dan Arsenal, Marouane Chamakh, yang mengenakan aksesori fesyen tersebut semalam ketika keputusan itu diumumkan, harus bersedia menghadapi angin sejuk dalam minggu mendatang.
Presiden FIFA, Sepp Blatter berkata: "Snood bukan sebahagian dari pakaian dan ia boleh jadi bahaya, ia nampak seperti menggantung seseorang. Keputusan itu dibuat sebulat suara. Malah tiada perbincangan langsung tentangnya kerana ia bukan sebahagian uniform bola sepak."
| |
bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai "football" diluar Amerika) sudah ada semenjak lama. Maksudnya benar-benar lama. Menurut the National Soccer Hall of Fame and Museum, bola sepak mula dikenal di masa Mesir kuno, Dinasti Ts'in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun 1600-an.
KYD
KYD
WELCOME
Selasa, 8 Mac 2011
Chamakh menggayakan snood untuk kali terakhir
Shakhtar ada misi peribadi

DARIJO SRNA (kanan) dan Dmytro Chygrynskiy meraikan kejayaan Shakhtar menewaskan Roma 3-2 bulan lalu.
DONETSK - Kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk ada misi peribadi yang perlu dilaksanakan pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara- Juara bertemu AS Roma di Stadium Donbass Arena awal pagi esok.
Selepas berjaya mencatat kemenangan 3-2 pada aksi pertama pada 16 Februari lalu, Shakhtar yang kini dibimbing Mircea Lucescu tidak mahu menoleh ke bela- kang lagi.
Ini kerana, anak-anak buah Lucescu itu sudah bertekad untuk mara ke peringkat suku akhir pada kejohanan paling berprestij di Eropah itu.
Bagaimanapun, Lucescu tetap mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terus di- buai mimpi dengan kemena- ngan pada aksi pertama itu.
Sebaliknya, beliau menuntut barisan pemainnya meningkatkan prestasi masing-masing bagi memastikan kelab itu mara ke kelompok lapan pasukan terbaik musim ini.
"Ada di kalangan pemain saya yang dilihat beraksi dengan sambil lewa pada aksi pertama dan ia tidak boleh berlaku sekali lagi pada aksi kedua nanti.
"Aksi kedua sudah pasti- nya akan menjadi suatu yang berbeza daripada aksi pertama. Roma pastinya tidak akan beraksi secara bertahan kerana mereka perlu mencari gol awal sele- pas ketinggalan satu gol jika dibandingkan dengan kami (Shakhtar).
"Namun, kami juga tidak akan membiarkan Roma menguasai perlawanan kerana kami cukup bersemangat untuk mencatat kemenangan. Hanya dengan kemenangan sahaja dapat menjamin kejuaraan yang sudah lama kami impikan," jelas Lucescu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Roma, Gian Paolo Montali optimis dengan kemampuan kelab itu mara ke peringkat suku akhir berdasarkan persembahan yang dipamerkan para pemain sejak berada di bawah kendalian jurulatih baru, Vincenzo Montella.
"Kami (Roma) gembira dengan aksi yang dipamerkan para pemain sejak berada di bawah kendalian Montella.
"Kami memiliki jurulatih yang berkredibiliti tinggi bagi menggarap ramuan terbaik untuk menewaskan Shakhtar dan saya yakin dia mampu memberikan impak yang besar kepada kami," kata Montali.
Benteng Barca pincang
![]() |
KEITA menjaringkan gol tunggal Barcelona ketika menewaskan Zaragoza 1-0 pada aksi Liga Sepanyol, Ahad lalu.
|
BARCELONA - Barcelona menghadapi kebimbangan di posisi pertahanan apabila berdepan Arsenal pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara- Juara di Stadium Nou Camp awal pagi esok.
Situasi itu disuarakan sendiri pemain tengah Barcelona, Seydou Keita yang menganggap masalah tersebut cukup besar untuk dihadapi pasukan berkenaan pada aksi penting nanti.
Keita yang menjaringkan gol tunggal Barcelona ketika menewaskan Zaragoza 1-0 pada aksi Liga Sepanyol awal pagi Ahad lalu kini mahu mengalih tumpuan untuk aksi bertemu Arsenal setelah tewas 1-2 di Emirates.
"Bertemu Arsenal, kami perlu tampil dengan mentaliti yang kuat kerana ini mungkin akan menjadi perlawanan paling penting kami bagi musim ini.
"Kunci utama kejayaan adalah menghalang Arsenal daripada menja- ringkan gol kerana saya yakin Lionel Messi, David Villa dan Pedro Rodri- guez akan mengemudi jentera serangan," kata Keita.
Begitupun, kelab Catalan itu dijangka berdepan masalah apabila pemain utama di posisi pertahanan tengah, Gerard Pique digantung perlawanan manakala Carles Puyol mengalami kecederaan.
Keita yang mungkin akan bermula dari bangku simpanan dengan jentera tengah Barcelona dikemudi Xavi, Andres Iniesta dan Sergio Busquets menjangkakan satu perlawanan sengit.
"Ia bakal menjadi satu perlawanan yang berbeza kerana Arsenal akan tampil ke sini kali ini dengan lebih pe- ngalaman dan juga idea-idea baru untuk berdepan kami.
"Namun, kami telah mempamerkan aksi terbaik dalam saingan liga domes- tik musim ini dan itu telah membuat- kan kami mampu tampil dengan begitu yakin untuk saingan Eropah ini," jelas- nya.
Musim lalu, Barcelona dan Arsenal turut bertemu tetapi pada peringkat suku akhir.
Arsenal berjaya mengikat Barcelona di laman sendiri tetapi dibelasah 1-4 di Nou Camp dengan kesemua empat jaringan tersebut adalah menerusi ledakan Messi.
Kekalkan momentum - Dalglish
![]() |
KUYT (kiri) meledakkan hatrik ketika membantu Liverpool menewaskan Manchester United 3-1 di Anfield kelmarin.
|
LONDON - Kenny Dalglish menggesa Liverpool untuk mengekalkan momentum selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Manchester United di Anfield pada aksi saingan Liga Perdana England kelmarin.
Pengurus Liverpool itu berkata, tidak mustahil skuad The Redsakan menamat- kan saingan musim ini dalam kelompok teratas sekiranya mampu mengekalkan prestasi yang dipamerkan ketika menewaskan pendahulu liga tersebut.
Selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu pada awal musim ini, sekali gus menyaksikan Roy Hodgson dipecat selaku pengurus, Liverpool akhirnya kembali bangkit dan menunjukkan 'taring' mereka yang sebenarnya.
Dalglish yang dilantik bagi mengganti- kan tempat dikosongkan Hodgson pada Januari lalu adalah individu yang paling gembira dengan kemenangan itu.
Terutamanya selepas menyaksikan percaturan menggandingkan bintang Uruguay, Luiz Suarez dengan penyerang Belanda, Dirk Kuyt di posisi serangan.
Percaturan itu ternyata telah membuahkan hasil yang cukup 'lumayan'.
"Semua orang yang menyokong Liverpool selama ini pastinya telah melalui hari yang paling hebat. Aksi cemerlang pemain-pemain, sikap, komitmen dan sema- ngat juang yang tinggi untuk kelab adalah kunci kejayaan kami (Liverpool).
"Kuyt berjaya melakukan hatrik dan namanya kini menjadi sebutan manakala Suarez pula tampil dengan aksi yang cukup hebat. Namun, pemain-pemain lain juga tidak kurang hebatnya dan itu tidak boleh dipersoalkan lagi.
"Semua pemain tahu apa yang mereka mahukan sebelum perlawanan bermula ;agi dan mereka berjaya merealisasikannya dengan baik sekali," jelas Dalglish sejurus tamat perlawanan kelmarin.
Pada aksi yang berlangsung di Anfield itu, Kuyt membuktikan kualitinya sebagai penyerang apabila melakukan hatrik menerusi jaringannya pada minit ke-34, 39 dan 65.
United pula memperoleh gol sagu hati menerusi pemain gantian, Javier Hernan- dez yang masuk menggantikan pemain sayap, Nani pada lewat babak perlawanan.
Isnin, 7 Mac 2011
Safee cipta aura di Karawang

ARDAN ARAS (depan, kanan) mengakui jaringan Safee (belakang, dua dari kiri) kelmarin telah melonjakkan semangat para pemain pasukan Pelita Jaya.
HANYA selepas beraksi satu perlawanan bersama Pelita Jaya, penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali sudah mencipta satu aura baru di kalangan penyokong kelab itu yang rata-ratanya penduduk di Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Suasana Stadium Singaperbangsa berkapasiti 12,000 tempat duduk buat kali pertamanya mencatat kehadiran tertinggi musim ini iaitu 6,000 penonton pada aksi bertemu Sriwijaya FC kelmarin yang berkesudahan Pelita Jaya menang 1-0 menerusi jaringan Safee.
Sebelum ini suasana agak hambar memandangkan Pelita Jaya menduduki tangga tercorot iaitu ke-15 dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL) setelah berakhir 14 perlawanan pusingan pertama.
Namun selepas hanya satu perlawanan pusingan kedua berlangsung, Pelita Jaya kini sudah melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-13 mengatasi Persela dan Bontang FC.
"Safee memang bagus. Kehadirannya ke kelab ini cukup membantu. Harap Safee dapat terus kekalkan prestasi baik seperti ini.
"Ternyata selepas Safee menjaringkan gol tersebut, ia telah meningkatkan semangat kami sepasukan.
"Pasukan ini dibarisi ramai pemain muda, harap kehadiran Safee dapat menambah keyakinan mereka bagi mengharungi baki saingan liga," kata kapten Pelita Jaya, Ardan Aras ketika ditemui Kosmo!selepas perlawanan kelmarin.
Ardan yang beraksi di posisi pertahanan turut memuji kekebalan dua pertahanan import yang baru diambil minggu lalu iaitu Christopher Ross Doig dan Troy Hearfied.
"Selain Safee, kehadiran dua tonggak baru di bahagian pertahanan ini juga sesuatu yang penting kerana mereka berjaya menyekat jentera serangan Sriwijaya FC dengan cukup baik," ujar Ardan.
Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim ternyata lega kerana bekas penyerang Selangor itu berjaya melepasi ujian sulungnya namun mengingatkan Safee supaya tidak cepat leka.
"Pada perlawanan pertama ini, Safee sepatutnya mampu menjaringkan lebih daripada satu gol. Apa pun saya harap Safee tidak hanyut dengan pujian.
"Dia perlu fokus perlawanan akan datang kerana saingan musim ini masih berbaki 13 perlawanan," kata Zakaria.
Perlawanan ke-16 bagi Pelita Jaya pada Sabtu ini ialah berdepan Persib Bandung di gelanggang sendiri.
Kedah tukar jurulatih?
MUNGKINKAH akan berlaku perubahan dalam barisan kejurulatihan Kedah berikutan kemerosotan prestasi skuad Hijau Kuning itu pada musim ini?
Begitupun, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melihat beberapa pilihan termasuk memberi peluang kepada barisan jurulatih sedia ada untuk membimbing skuad Hijau Kuning hingga akhir musim.
Setiausaha Kehormat, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib memberitahu, KFA turut menimbang untuk merehatkan ketua jurulatih, Ahmad Yusoff dan tugas itu akan di pangku penolongnya, Radhi Mat Din.
Katanya, sekiranya keputusan itu dipersetujui, Ahmad bakal bertindak sebagai penaung kepada pasukan kerana Radhi tidak mempunyai lesen kejurulatihan kelas A.
"KFA juga ada pilihan untuk meminta Ahmad menumpukan kepada pembangunan bola sepak remaja Kedah dan ketua jurulatih baru bakal mengambilalih tempatnya dalam pasukan itu," katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.
Beliau mengulas desakan penyokong skuad Kenari yang mahu pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan tiga jurulatih Hijau Kuning meletak jawatan berikutan prestasi buruk pasukan itu pada musim ini termasuk tersingkir dari saingan Piala FA baru-baru ini.
Penyokong Kedah yang dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Felda United pada saingan Piala FA mengadakan demonstrasi selama 30 minit sejurus tamat perlawanan itu di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu.
Mereka menggesa Khazali, Ahmad, Radhi dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail meletak jawatan.
Menurut Dr. Hamdan, pertimbangan KFA dalam hal ini ialah mengambil kira pandangan pelbagai pihak melibatkan pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan, penyokong serta pakar-pakar sukan bola sepak di negeri ini.
"Keputusan itu mesti adil bagi mewujudkan situasi menang-menang antara mereka yang terlibat," katanya.
Hamdan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan negeri memberitahu, pemain Kedah turut berasa bersalah dengan situasi ini dengan menyifatkan nasib belum menyebelahi mereka.
Katanya, pemain mengakui berasa tertekan dengan situasi pada saingan awal musim ini apabila kebanyakan perlawanan berlangsung di gelanggang sendiri ketika mereka bertungkus lumus memantapkan permainan pasukan.
"Pemain turut mengakui mereka tiada masalah dengan jurulatih. Saya berharap semua pihak akan terus berada di belakang skuad Kedah dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi tidak kira apa pun keadaan yang berlaku," katanya.
Liverpool malukan United

KUYT (tengah) meledakkan hatrik untuk membantu Liverpool menewaskan Manchester United 3-1 pada aksi Liga Perdana England di Anfield malam tadi.
STATUS Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England semakin tercalar selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.
Setelah tewas 1-2 kepada Chelsea pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson itu menerima malu lebih besar apabila tunduk 1-3 kepada Liverpool di Anfield malam tadi.
Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirk Kuyt sudah cukup untuk membuatkan Liverpool terus melonjak ke tangga keenam liga.
United kini kekal dengan kelebihan tiga mata di persada liga berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal tetapi skuad The Gunners kurang satu perlawanan.
Kuyt membuka tirai jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasil gerakan solo Luis Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United.
Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua Liverpool berpunca daripada kesilapan Nani.
Sejurus kemudian, Nani terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher.
Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt melengkapkan hatriknya pada minit ke-65 setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas sepakan percuma Suarez.
Javier Hernandez yang masuk menggantikan Nani bagaimanapun berjaya menjaringkan gol sagu hati buat United pada masa kecederaan
Ahad, 6 Mac 2011
Sunderland mahu kukuh bagi lawatan Gunners

Steve Bruce mengakui semangat Sunderland untuk kembali ke prestasi tidak akan lebih mudah dengan lawatan skuad pengejar gelaran saat ini, Arsenal.
Kelab di kedudukan kelapan, Sunderland akan ke Arsenal selepas empat kekalahan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris dan dengan aksi menentang Liverpool dan Manchester City untuk diikuti, mereka tiada jalan lain selain bermain dengan bersungguh-sungguh bagi mengelakkan kelab tersungkur ke bawah carta.
Namun, pengurus Sunderland menyatakan skuadnya telah bertahan dalam perjalanan yang sukar bagi jadual sebelum ini dan menegaskan mereka boleh melakukannya lagi.
"Anda menerima set perlawanan yang menakutkan pada masa akan datang di Liga Perdana dari semasa ke semasa dan kami di salah satu daripada mereka kini," dia meluahkan perasaannya.
"Terpulang kepada siapa yang akan anda temui, sama ada mereka yang berada di atas liga, atau di bawah tetapi mereka semua pasti sukar - kerana kita semakin sampai ke penghujung musim," katanya.
"Kami belum memiliki keputusan yang terbaik selama tempoh sebulan atau lebih tetapi kami harus tetap positif dan berharap kami boleh ke Arsenal dan menghasilkan prestasi serta mendapatkan hasil yang baik
Torres azam akhiri kemarau jaringan
![]() |
LONDON - Fernando Torres (gambar) mengakui dia harus mula meledakkan gol buat Chelsea dalam usahanya menamatkan kemarau jaringan dengan menentang Blackpool awal pagi Selasa depan.
Torres masih dilanda badi gol sejak perpindahannya dari Liverpool dan dia masih gagal menggegar jaring dalam empat perlawanan buat juara bertahan Liga Perdana England itu.
Pengurus The Blues, Carlo Ance- lotti menjelaskan selepas kejayaan 2-1 ke atas Manchester United Selasa lalu bahawa beliau tidak mahu mendesak pemain penyerangnya itu menjaringkan gol.
Namun, Torres sedar bahawa dia dibeli dengan harga £50 juta (RM246.4 juta) untuk meledakkan gol dan yakin sebaik saja berjaya menjaringkan gol pertama buat Chelsea, dia akan kembali semula dengan sentuhan jaringannya.
"Saya tahu saya harus menjaring- kan gol," kata Torres.
"Ia adalah tugas utama seorang penyerang, jadi harapnya saya dapat mejaringkan gol pertama dan selepas itu, saya jamin ia akan ber- terusan."
Torres sebelum ini menegaskan yang dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri di Stamford Bridge.
Penyerang Sepanyol itu mendedahkan bahawa dia masih lagi mencari rentak sebenarnya, namun percaya sudah mula mampu menyesuaikan diri dengan gaya permainan Chelsea selain meningkatkan lagi staminanya selepas dilanda kecederaan pada musim 2010.
"Saya masih cuba menyesuaikan diri di sini tetapi kecergasan saya sudah semakin bertambah bagus," kata Torres.
"Saya rasa pada pertemuan dengan Manchester United tempoh hari saya bermain dengan baik.
"Jadi saya hanya menanti jaringan pertama dan amat teruja dengan peluang atau sebarang kemungkinannya. Saya berharap saya mampu melakukannya pada perte- muan dengan Blackpool."
Sabtu, 5 Mac 2011
Houllier kini dalam masalah

Gerard Houllier kini dalam masalah kerana melepaskan tempat untuk ke suku akhir Piala FA kepada City.
bos Villa tersebut menaikkan kemarahan penyokong ketika dia membuat lapan perubahan pemain serta merehatkan Ashley Young dan Stewart Downing. Perancangannya tidak menjadi apabila City mengawal bersih perlawanan melalui gol daripada Yaya Toure, Mario Balotelli dan David Silva.
Skuad Roberto Mancini dengan selesa memastikan kemaraan bagi peringkat lapan pasukan dengan pertemuan dengan Reading, manakala Villa hanya terpaksa fokuskan pergelutan penyingkiran mereka.
Houllier menjelaskan bahawa keutamaannya kini adalah aksi Liga Perdana hari Sabtu di Bolton.
Dia berkata, "Jika saya harus melakukannya lagi, saya akan mengikut hal yang sama."
"Dengan pemain-pemain yang lain, saya tak fikir kami boleh kalahkan Manchester City di sini malam ini."
"Pasukan yang saya pilih semuanya pemain antarabangsa dan beraksi
yakin kembali ke arsenal

Aaron Ramsey yakin bahawa dia akan kembali ke Arsenal selaku pemain yang lebih baik dan kuat berbanding sebelumnya akibat kecederaan mengerikan.
Midfielder berusia 20 tahun itu menderita patah kaki di dua tempat ketika menentang Stoke tahun lalu dan menghabiskan tempoh bulan-bulan terakhirnya kembali ke kelab zaman kanak-kanak, Cardiff.
Ramsey, yang turut memiliki tempoh bersama Nottingham Forest selama pemulihannya dijangka kembali ke Stadium Emirates selepas Blue Birds menentang Hull pada hari Sabtu.
Remaja Wales berkata, "Saya akan kembali ke prestasi terbaik. Inilah apa yang saya tunggu-tunggu. Kini saya kembali dan rasa semakin baik dan kuat dalam setiap perlawanan."
"Mudah-mudahan ini berterusan dan saya boleh kembali ke tempat saya serta menjadi lebih baik secepat mungkin.
Midfielder berusia 20 tahun itu menderita patah kaki di dua tempat ketika menentang Stoke tahun lalu dan menghabiskan tempoh bulan-bulan terakhirnya kembali ke kelab zaman kanak-kanak, Cardiff.
Ramsey, yang turut memiliki tempoh bersama Nottingham Forest selama pemulihannya dijangka kembali ke Stadium Emirates selepas Blue Birds menentang Hull pada hari Sabtu.
Remaja Wales berkata, "Saya akan kembali ke prestasi terbaik. Inilah apa yang saya tunggu-tunggu. Kini saya kembali dan rasa semakin baik dan kuat dalam setiap perlawanan."
"Mudah-mudahan ini berterusan dan saya boleh kembali ke tempat saya serta menjadi lebih baik secepat mungkin.
Drogba sedia meninggalkan Chelsea

Menurut sumber rapat Didier Drogba, dia akan berhenti di Chelsea jika digugurkan lagi bagi aksi Liga Perdana hari Selasa menentang Manchester United.
Striker Ivory Coast berusia 32 tahun yang dibawa ke Chelsea oleh Jose Mourinho pada tahun 2004 telah semakin dipinggirkan sejak ketibaan pembelian bernilai £50 juta, Fernando Torres dan akan memilih kembali ke Marseille pada musim panas.
Striker Ivory Coast berusia 32 tahun yang dibawa ke Chelsea oleh Jose Mourinho pada tahun 2004 telah semakin dipinggirkan sejak ketibaan pembelian bernilai £50 juta, Fernando Torres dan akan memilih kembali ke Marseille pada musim panas.
Potensi halangan kepada perpindahannya adalah yuran yang dikemukan Chelsea iaitu sebanyak £20 juta dan ketidakmampuan Marseille dalam menepati gajinya yang bernilai £130,000 seminggu.
Namun, Drogba dikatakan sangat marah akibat dipinggirkan sejak Torres tiba pada hari terakhir jendela perpindahan yang membuatkan dia kini bertekad untuk pergi.
Striker itu dikatakan mengesyaki bahawa malah jika perubahan pengurus pada akhir musim berlaku yang mana Carlo Ancelotti dijangka berangkat, itu tidak akan membantunya kerana Torres dianggap sebagai pembelian peribadi pemilik Chelsea, Roman Abramovich
'Saya akan buktikan'
![]() |
SAFEE mengelap kasutnya yang akan digunakan pada aksi sulung bersama Pelita Jaya hari ini.
|
JAKARTA – Mohd. Safee Mohd. Sali bakal mencipta sejarah hari ini apabila muncul sebagai pemain bola sepak pertama Malaysia tampil beraksi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL).
Safee bakal turun beraksi mewakili pasukannya, Pelita Jaya menentang Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Jawa Barat petang ini.
Safee, 27, tidak perlu menja- lani ujian pemilihan untuk memikat pasukan ISL itu tetapi aksi mantapnya ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan muncul penjaring terbanyak kejohanan menjadikan ‘sahamnya’ terus melonjak.
Reputasi hebat Safee membuatkan Pelita Jaya serta dua lagi kelab ISL, Persib Bandung dan Persiba Balikpapan sanggup untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi menebus baki kontraknya bersama pasukan Selangor tetapi akhirnya Pelita Jaya menjadi pilihannya.
Hari ini, Safee bakal memulakan tugasnya untuk membantu Pelita Jaya memperbaiki kedudukan tercorot ISL setelah berakhir 14 perlawanan pusingan pertama liga bulan lalu.
Selain itu, Safee turut mempunyai sasaran peribadi iaitu untuk meledak gol ke-110 peri- badi setelah sebanyak 109 gol berjaya dijaringkannya sepanjang beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
“Saya janji akan main bersungguh-sunguh esok (hari ini) kerana tahu selain penyokong Pelita Jaya, pelajar Malaysia di sini serta duta pun akan datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.
“Saya nak buktikan bahawa anak Malaysia juga mampu beraksi baik pada saingan liga luar. Saya mahu mereka pulang dengan gembira,” katanya kepada Kosmo! malam tadi.
Penampilan sulung Safee petang ini turut ditunggu-tunggu para penyokong setia Pelita Jaya berdasarkan sambutan hangat yang diberikan mereka terhadap pemain kelahiran Kajang itu pada sesi latihan petang semalam.
“Sambutan penyokong tadi (semalam) memang luar biasa bagi diri saya. Saya rasa cukup bangga dengan sambutan meriah seperti ini.
“Seboleh-bolehnya untuk baki perlawanan ISL musim ini, saya akan cuba membalas kepercayaan para penyokong serta pihak pengurusan kelab ini,” jelas Safee yang turut menunjukkan but Nike yang bakal dipakainya petang ini.
Namun, ada sedikit kegusaran disuarakan Safee berhubung keadaan padang di Stadium Singaperbangsa yang baru diuji buat kali pertama olehnya petang semalam.
“Keadaan padang di stadium tak berapa bagus. Mungkin sukar untuk kami mempraktikkan apa yang dibuat semasa latihan.
“Tetapi saya akan tetap bermain seperti biasa. Apa pun saya mahu jadikan ia gelanggang keramat saya,” ujar Safee.
Jumaat, 4 Mac 2011
the red warrior tak rela diratah

NORSHAHRUL (tengah) menjadi sandaran Kelantan pada aksi Piala FA bertemu Johor FC malam ini.
AKSI konsisten yang dipamerkan anak-anak buah Datuk M. Karathu dalam setiap perlawanan menghadirkan bayangan bahawa Kelantan tampak bersedia untuk mencabar gelaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Kredibiliti Kelantan selaku pendahulu Liga Super pastinya mahu diteruskan oleh barisan pemainnya apabila berkunjung ke Stadium JCorp, Pasir Gudang bertemu Johor FC pada perlawanan pusingan kedua Piala FA malam ini.
Berdepan dengan pasukan yang menghuni tangga ke-12 dalam carta liga serta berdasarkan aksi semasa, The Red Warriors dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk menjinakkan Johor FC seperti yang dilakukan pada perlawanan liga Februari lalu.
Beraksi dalam saingan kalah mati ini, kedua-dua pasukan baik Kelan- tan mahupun Johor FC, tidak boleh mendabik dada mengatakan pasukan mereka mampu melangkah mudah ke pusingan seterusnya.
Jika formasi di atas kertas menjadi ukuran, ia tampak memihak kepada Kelantan.
Namun, dari segi matematiknya cukup mudah, pasukan yang kurang melakukan kesilapan serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh, maka pasukan tersebut akan dinobatkan sebagai pemenang seterusnya mara ke peringkat suku akhir.
Begitupun, kemampuan anak didik Azuan Zain perlu diberikan perhatian, kemampuan mengikat juara bertahan Liga Super Selangor dan Felda United serta mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri tidak boleh dipandang enteng oleh Kelantan.
Meskipun dibelasah teruk oleh Terengganu 3-0 pada perlawanan Selasa lalu, pasukan yang diberi jolokan Sang Lebah pasti akan turun bermati-matian untuk memusnahkan impian Kelantan mara ke pusi- ngan seterusnya.
Seandainya menang pada perlawanan malam ini, ia merupakan tonik buat skuad bimbingan Azuan untuk melakar lebih banyak keja- yaan selepas ini.
Bagi Karathu, perlawanan malam ini cukup penting buat pasu- kannya jika mahu layak ke pusi- ngan suku akhir.
Meskipun turun tanpa kelibat penyerang lincah, Muhammad Ram- zul Zahini Adenan yang mengalami kecederaan ketika membenam Negeri Sembilan Selasa lalu, beliau berkata, ketiadaan pemain itu tidak merencatkan perancangannya untuk mengharungi perlawanan malam ini.
“Kita bermain seperti biasa, mungkin dengan formasi 4-5-1 dengan Norshahrul Idlan (Talaha) seperti biasa diberi tugas sebagai penggempur. Danial Fadzly (Abdullah) dan S. Chanturu pula berperanan sebagai pembantunya.
“Saya tidak memandang mudah pertemuan dengan Johor FC malam ini.
“Perlawanan ini berbeza sama sekali dengan perlawanan liga, kita berada dalam situasi kalah mati dan pemain harus bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal sekira- nya berlanjutan ke masa tambahan ataupun penentuan sepakan penalti,” katanya.
Tambahnya, apa yang penting, pemain harus memberi sepenuh perhatian sepanjang perlawanan itu kelak.
“Sudah pasti kita akan lebih berhati-hati kerana Johor FC tidak mahu kecundang lagi setelah mereka tewas 0-3 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super baru-baru ini.
“Kita ke Johor Bahru dengan satu matlamat iaitu mencipta kemenangan. Sekiranya pemain membawa karakter iaitu bermain untuk menang serta mempunyai kekuatan mental ke arah tersebut, saya percaya pasukan kita mampu melangkah ke pusingan suku akhir,” ujarnya.
barca perhatikan Marek Hamsik

Barcelona sedang mengekalkan pemerhatian mereka kepada playmaker Napoli, Marek Hamsik dengan harapan untuk menandatanganinya pada musim panas.
Sport.es dan Il Corriere dello Sport kedua-duanya mendakwa pemerhati dari Nou Camp sedang menilainya di San Siro bagi pertemuan Scudetto malam Isnin antara Milan dan Napoli ketika Hamsik bermain selama 90 minit dalam kemenangan 3-0 pihak tuan rumah.
Walaupun menonton Alexis Sanchez beraksi bersama Udinese di Palermo pada hari Ahad, Barcelona teruja untuk mengetahui sama ada terdapat cara bagi memikat pemain antarabangsa Slovakia berusia 23 tahun itu ke Sepanyol.
Namun presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis tidak berniat menjual salah seorang bintang, terutamanya jika mereka memenuhi syarat untuk Liga Juara-juara musim depan, yang sedang mencari kemungkinan berhubung
£23 Juta, Luiz Tampak Pembelian Terbaik Blues

Dibeli hari yang sama dengan Fernando Torres pada akhir Januari lalu, David Luiz kurang mendapat perhatian, hampir tidak disedari ketika penyerang Liverpool itu lebih menjadi tumpuan media dan peminat.
Namun begitu beliau hanya mendatangkan kos £23 juta.
Malahan ramai yang tidak menyangka pemain pertahanan Brazil ini akan membuka akaun golnya berbanding penyerang senasi £50 juta mereka.
Dan gol jaringan beliau telah memberi sisa harapan untuk kita melihat persaingan kejuaraan liga kembali terbuka.
Dan juga menguntumkan senyuman di wajah Arsene Wenger.
Mungkin Chelsea akhirnya telah menemui pengganti untuk Ricardo Carvalho, pemain yang selama ini melengkapkan John Terry.
Mantap dan lasak dalam membuat bentesan, beliau juga memiliki kemahiran dan kelembutan dalam sentuhan permainannya.
Ia ditunjukkan dalam keseimbangan beliau dan jaringan penyudah apabila membawa Chelsea bangkit kembali dengan gol penyamaan. Beliau juga dianggap lebih lincah dari Carvalho
Langgan:
Catatan (Atom)





