"Angkat Bakul Sendiri" itulah yang dapat digambarkan apabila membaca akhbar-akhbar tempatan. Meneliti isu-isu perebutan jawatan FAM ini tidak peliklah kalau sekiranya ditafsirkan pemimpin yang ada sekarang terdiri daripada kalangan mereka yang syok sendiri. Jikalau pasaraya atau restoren akan risau apabila kurang pengunjungnya tetapi bagi FAM kekurangan pengunjung atau penyokong bukan satu masalah besar baginya yang penting mereka terus berkuasa.
Pemimpin yang dengan riak menyatakan kejayaannya di peringkat negeri atau kelab mungkin tidak sedar pasukannya hanya bermain bertemankan kerusi-kerusi kosong sahaja berbanding pasukan Kelantan yang ditemani segerombolan penyokong yang pantang melihat kerusi kosong. Apa guna mengisytiharkan kejayaan kita sedangkan kita sendiri tidak mampu mengajak penyokong ke stadium? Apakah kejayaan ini hanya boleh dinilai pada sebuah stadium yang cantik, pasukan yang kuat, pengurusan yang mantap tetapi lemah apabila melibatkan penyokong? Tidak pentingkah penyokong pada pemimpin ini? Memang mereka mampu mengurus tanpa bantuan penyokong tetapi apa guna bola sepak sekiranya tanpa penyokong.
Elemen bola sepak sudah sebati dengan elemen sokongan penyokong, sekiranya skuad kebangsaan terus dicemuh malah dipandang rendah oleh masyarakat negaranya sendiri, adakah ini menggambarkan kejayaan sebuah barisan pimpinan FAM? Populariti sesebuah pasukan amat penting bagi meningkatkan moral dan semangat para pemain agar mengetahui setiap kudrat dan tenaga mereka di padang dihargai oleh para penyokong. Melihat situasi perlawanan di Malaysia, pasukan bola sepak yang tidak mempunyai penyokong akan tunduk malu dan lemah apabila melintas masuk ke bilik persalinan manakala pasukan yang ramai penyokong dengan gah bertepuk sama dengan penyokong sambil melangkah masuk ke bilik persalinan. Di kelantan pemain dikeremuni ramai penyokong yang berebut untuk bergambar bersama pemain tetapi ianya tidak berlaku di negeri lain.
Kejayaan tidak lengkap tanpa memasukkan pakej penyokong yang ramai ke stadium. Mungkin ramai bersyukur kekurangan penyokong telah menyelamatkan stadium di sebuah negeri dahulu dari runtuh awal. Populariti pasukan bola sepak Kelantan bukan hanya popular dikalangan masyarakat Kelantan sahaja malah disokong oleh peminat bola sepak negeri lain dan negara lain. Krew kami menerima sebuah klip video yang dihantar oleh seorang penyokong Kelantan untuk dikongsi bersama dengan seluruh peminat Kelantan mengenai kekaguman 2 warga asing daripada USA yang menyaksikan bola sepak di Kuala Lumpur baru-baru ini. Warga asing ini kagum melihat sokongan dan kemeriahan yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan seolah-olah penyokong Kelantan ini berada di negeri sendiri sedangkan ianya pasukan pelawat.
Malahan ada satu pengalaman yang dikongsi wakil kelab penyokong The Red Warriors KLIA iaitu saudara Nazim yang pernah menyapa seorang warga asing yang masuk ke balai berlepas KLIA dengan memakai jersi The Red Warriors, dia sempat bertanya warga asing itu beli dimana dan berapa harga yang dibelinya, dengan nada selamba warga asing itu menjawab dia membelinya di Wakaf Che Yeh Kota Bharu dengan harga RM70. Peristiwa ini membuatkan saudara Nazim tersenyum bangga dengan kejayaan pasukan kesayangannya. Begitu juga dengan stastistik dan email yang direkodkan terdapat pengunjung asing yang berminat menyaksikan perkembangan semasa web dan media rasmi THEREDWARRIORS.COM.
Kejayaan seperti ini yang perlu dicipta bukan berterusan syok sendiri dengan sekelumit kejayaan dan segunung kegagalan.
Berapa banyak hasil jualan jersi Harimau Muda untuk dibangga bagi memastikan ianya diminati ramai dan menilai kejayaan? Tidak pelik jika lebih ramai rakyat Malaysia lebih sanggup memakai jersi negara lain seperti Sepanyol, Brazil, Belanda, Nigeria dan sebagainya daripada memakai jersi Harimau Muda. Mereka bukan tidak sayang atau hilang semangat patriotik pada Malaysia tetapi kecewa dan cemuh melihat karenah kepimpinan FAM yang sentiasa berdolak-dalih dalam membina sebuah kejayaan. Malah ada yang berpendapat Wisma FAM sesuai dijadikan Arkib Bola Sepak Negara kerana saban tahun rakyat Malaysia hanya disajikan kejayaan bola sepak zaman lampau berbanding kejayaan zaman sekarang. Malah ada yang sudah muak dengan sikap-sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin FAM dalam mendepani kritikan peminat.
Bola sepak Malaysia sekarang perlu berada ditangan mereka yang boleh meningkatkan kembali imej bola sepak negara di mata rakyatnya sendiri bukan berada ditangan yang hanya mementingkan kelompok pimpinan yang angguk-angguk, geling-geling sahaja. Sekali lagi diingatkan bola sepak Malaysia hak milik seluruh rakyat Malaysia bukan hak milik segelintir pemimpin sahaja. Hanya rombakan drastik dan dipimpin oleh barisan yang ikhlas serta cintakan bola sepak sahaja yang mampu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.
YA ALLAH KEMBALIKANLAH KEGEMILANGAN DAN KECERIAAN BOLA SEPAK NEGARA KAMI.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo





Ada juga segelintir yang menyalahkan ibubapa kenapa membawa anak-anak ke stadium. Pernahkah mereka ini meneliti liga-liga eropah yang menyaksikan stadium-stadium mereka dipenuhi penyokong cilik ini. Mentaliti anak kecil dan perempuan duduk dirumah perlu diubah di zaman ini, minat bola sepak bukan lagi menjadi hak mutlak penyokong lelaki sahaja malah sudah menjadi hak umum.
kita harus dilabel sebagai penyokong penjahanam harta benda awam. Susahkah untuk memahami perasaan orang lain yang datang semata-mata ingin meluahkan perasaan setelah seminggu penat berkerja. Apakah penyokong ganas ini akan membaling kerusi atau mercun ketika menyaksikan perlawanan ini dirumahnya? Sikap menunjuk-nunjuk hebat dan hero sudah sebati dengan jiwa Kelantan namun jika sikap ini dihayati dan digunakan dengan baik, kita akan lebih dihormati dan dikagumi. Sejak 2 perlawanan lepas berlangsung KAFA menerima aduan 5 kerusi di jahanamkan di stadium Shah Alam dan 1 kerusi di jahanamkan di stadium bola sepak Cheras.



penyokong Kelantan terpaksa akur sekadar Naib Juara liga super 2010 tetapi seluruh peminat bolasepak Malaysia sudah mengiktiraf Kelantan sudah berjaya menjadi juara dari sudut kehadiran penyokong, kekebalan benteng pertahanan, jumlah kekalahan paling sedikit, medium media yang hebat dibantu portal rasmi dan radio rasmi, penjualan produk KAFA, The Red Warriors Station dan sebagainya adalah rentetan kejayaan yang sudah pasti milik semua rakyat kelantan malah Kelantan selaku naib juara Piala Malaysia dan Piala FA lebih menyerlah dari juara tahun lepas Negeri Sembilan serta selesa menidakkan kemenangan buat Selangor bagi 2 perlawanan liga super.
pudar stadium Cheras kembali ceria dengan kunjungan ramai peminat The Red Warriors. Kerahan kelab-kelab penyokong di ruang siber dan melalui sms dilihat rancak mengatur konvoi untuk menyerang ibukota beramai-ramai. Himpunan dan semangat penyokong masih lagi kukuh dan yakin skuad kesayangan mereka akan meratah Kuala Lumpur dengan mudah. Namun Kelantan perlu lebih berhati-hati dengan prestasi Kuala Lumpur yang tidak menentu dan mungkin akan berbisa di gelanggang sendiri.
Presiden KAFA Tan Sri Annuar yang sedang sibuk memastikan Majlis Mesra The Red Warriors bersama media dan Perlancaran bukunya "Menuju Puncak" di ibukota ahad ini berjalan lancar ketika diajukan soalan mengenai perlawanan malam esok dengan yakin menyatakan skuad kesayangannya akan membawa pulang 3 mata penuh dan akan terus mengejar rapat Selangor walaupun sedikit terkilan sekadar seri di Shah Alam sabtu lepas. Beliau juga menyeru seluruh peminat bolasepak Kelantan turun memenuhi stadium Cheras dan 3 lagi baki perlawanan selepas ini. Beliau sangat menghargai dan mengalu-alukan sokongan kelab-kelab penyokong yang sentiasa mengadakan konvoi ke perlawanan Kelantan. Ketika ditanya berkenaan majlis ahad ini pula, beliau menjelaskan majlis ini hanya untuk 150 tetamu jemputan khas sahaja dan berharap penyokong tidak terkilan kerana ini merupakan majlis KAFA meraikan pihak media berserta wakil-wakil kelab penyokong dan beliau yakin peminat sudah berpuashati dengan program bertemu peminat yang diadakan sebelum ini dan yang terkini akan diadakan Karnival The Red Warriors 23-27 Julai nanti.