KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 2 September 2010

Gyan taruhan terbaik Sunderland





LONDON - Penyerang sensasi Ghana, Asamoah Gyan (gambar) kini sah menjadi milik kelab England, Sunderland.

Gyan dibawa masuk dengan yuran perpindahan bernilai £13.5 juta (RM65 juta) dari kelab Perancis, Rennes.

"Kamu perlu kuat untuk menghadapi dugaan serta cabaran pada masa akan datang.

"Saya akui, kekecewaan yang saya alami ketika kempen Piala Dunia 2010 yang lalu banyak memberi pengajaran kepada saya.

"Kini saya perlu pandang ke depan dan berfikir secara positif. Saya percaya beraksi bersama Sunderland bakal memberi satu lembaran baru dalam karier saya," kata Gyan semalam.

Bersama Sunderland, pemain berusia 24 tahun itu dijangka bergandingan dengan Darren Bent yang dibawa masuk dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta (RM48.2 juta).

Sementara itu, pengurus Sunderland, Steve Bruce menganggap kehadiran Gyan dalam skuad kendaliannya telah menambahkan seorang lagi penyerang bertaraf dunia.

"Ia merupakan satu urusan perniagaan yang hebat apabila kami membawa masuk Gyan di saat-saat pintu perpindahan pemain hampir ditutup.

"Gyan merupakan seorang pemain yang bekerja keras dan dia bakal bergandingan dengan Bent," jelas Bruce.

Pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti sehingga menyebabkan Ghana tersingkir pada peringkat suku akhir

Tiada ulasan: