KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 2 September 2010

Robinho milik Milan


ROBINHO berhijrah ke Milan dengan nilai perpindahan berjumlah RM72.1 juta.


ROM - Penyerang Brazil, Robinho akhirnya menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab gergasi Itali, AC Milan.

Penyerang Manchester City itu berhijrah ke Milan dengan nilai perpindahan berjumlah 18 juta euro (RM72.1 juta).

"Kami telah membayar jumlah perpindahan tersebut berserta dengan bonus-bonus tambahan," kata Pengarah Milan, Adriano Galliani.

Robinho, 26, dibeli City dua tahun lalu dengan harga £32.5 juta (RM156.6 juta) tetapi mula dipinggirkan selepas Roberto Mancini dilantik sebagai pengurus musim lalu.

Dia telah dipinjamkan ke Santos pada Januari lalu tetapi kelab Brazil itu tidak mampu untuk membelinya terus selepas tamat tempoh pinjaman.

"Saya cukup gembira dapat berada di sini (Milan). Saya bangga kerana diberi peluang ini dan saya akan cuba untuk membuktikan diri saya ini masih berharga," kata Robinho.

Sepanjang bersama City, Robinho telah menjaringkan 14 gol daripada 41 penampilannya bersama kelab itu.

"Cita-cita saya ialah untuk beraksi dengan baik dan membantu Milan merampas semula kejuaraan liga," jelasnya.

Robinho merupakan nama besar kedua yang diikat Milan musim ini setelah mereka mendapatkan Zlatan Ibrahimovic secara pinjaman selama semusim dari Barcelona.

Milan turut diberi pilihan untuk membeli penyerang antarabangsa Sweden itu dengan harga 24 juta euro (RM96.1 juta) pada penghujung musim nanti

Tiada ulasan: