KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 2 September 2010

Rajagobal tagih aksi terbaik



RAJAGOBAL memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.


SELEPAS enam bulan tanpa sebarang perlawanan persahabatan antarabangsa kategori A, skuad bola sepak kebangsaan akhirnya akan turun bertemu Oman di Stadium Al-Wakra di Doha, Qatar malam esok.

Aksi persahabatan terakhir kategori itu yang diharungi skuad negara sebelum ini hanyalah ketika mereka menewaskan Yemen 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 Februari lalu.

Biarpun aksi bertemu Oman itu membabitkan kiraan mata ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal tidak mahu terlalu meletakkan tekanan kepada para pemainnya.

“Bagi saya, keputusan sama ada kita menang atau kalah bertemu Oman ini tidaklah terlalu penting. Apa yang lebih utama, kita dapat peluang bertemu pasukan yang bagus seperti Oman.

“Oman berada di ranking ke-81 manakala Malaysia di ranking ke-139. Saya lebih mahu melihat para pemain kita berjaya berdepan situasi dan tekanan menentang pasukan seperti ini.

“Jangan terlalu fikirkan keputusan. Kita kena ingat bahawa Oman dibarisi pemain-pemain senior sedangkan kita dibarisi pemain bawah 23 tahun kecuali empat pemain berusia 24 tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Doha, Qatar.

Bagi menghadapi perlawanan menentang Oman itu, skuad negara telah mengadakan satu aksi persahabatan dengan kelab Qatar, Al-Jaish pada Isnin lalu dan mereka tewas 1-2.

“Pada perlawanan tersebut, saya telah turunkan kesemua 22 pemain yang saya bawa ke Doha ini untuk memberikan peluang kepada mereka.

“Dari situ saya dapat lihat pemain-pemain muda yang berusia bawah 21 tahun seperti Izzaq Faris Ramlan, Fadhli Shas dan Gary Steven Robbat menangani tekanan perlawanan di peringkat senior.

“Ia jelas satu perlawanan pemanas badan yang baik dan saya berharap semua pemain yang diturunkan pada pertemuan dengan Oman nanti akan dapat menunjukkan permainan yang baik,” jelas Rajagobal.

Tiada ulasan: