KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 2 September 2010

Santa Cruz sudah tiada masa depan



SANTA CRUZ tiada dalam perancangan Manchester City musim ini.


LONDON - Masa depan penyerang skuad kebangsaan Paraguay, Roque Santa Cruz bersama Manchester City kini semakin gelap.

Ia gara-gara hasrat Santa Cruz yang mahu berhijrah ke Lazio tidak kesampaian selepas pintu perpindahan pemain ditutup kelmarin.

Mengikut peraturan yang ditetapkan Liga Perdana England, City telah menyenaraikan 25 pemain skuad tersebut semalam dan Santa Cruz dilapor tidak berada dalam perancangan pengurus, Roberto Mancini musim ini.

Ini bermakna, bekas penyerang Blackburn Rovers itu akan sekadar menjalani latihan bersama skuad simpanan City dan mengharapkan kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya secara pinjaman.

"Seperti yang saya selalu katakan, saya sentiasa gembira beraksi bersama City dan mahu menyumbangkan sesuatu bersama kelab ini.

"Namun pengurus terlebih dahulu telah memberitahu saya bahawa saya tiada lagi dalam perancangannya untuk saingan musim ini.

"Kini apa yang mampu saya lakukan adalah terus menjalani latihan lebih keras lagi bagi memastikan tahap kecergasan saya sentiasa dalam prestasi terbaik selain mengharapkan mana-mana mendapatkan khidmat saya secara pinjaman," jelas Cruz.

Cruz, 29, merupakan pemain pertama yang dibawa masuk oleh pemilik City, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan pada 2009 dengan yuran perpindahan bernilai £18 juta (RM86.8 juta)

Tiada ulasan: