KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 2 September 2010

Taji Selangor belum tajam



KAPTEN Selangor, Amri Yahyah (kiri) bersaing dengan pemain Kuala Lumpur pada aksi
persahabatan malam kelmarin.


DUA minggu menjelang sepak mula saingan Piala Malaysia pada 14 September depan, jentera serangan juara Liga Super, Selangor kelihatan masih tumpul.

Kelemahan itu tampak ketara ketika Selangor tewas 1-3 kepada Kuala Lumpur pada aksi persahabatan keempat mereka di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin.

"Penguasaan bola kita baik, peluang banyak dan stamina pemain sudah meningkat. Tapi penyudah kita masih lagi tumpul dan kurang baik.

"Selain itu, barisan pertahanan juga memiliki kelemahan apabila ketiga-tiga gol Kuala Lumpur terhasil menerusi situasi bola mati. Ini perlu diperbaiki sebelum saingan bermula," kata jurulatih Selangor, K. Devan selepas perlawanan.

Dua jaringan Kuala Lumpur diperolehi menerusi pemain pinjaman dari Johor, Azmi Sarmin pada minit kedua dan ke-18 serta satu gol Hazwan Bakri (57) manakala gol tunggal Selangor dijaringkan oleh Amirulhadi Zainal (49).

Tambah Devan, masalah kekurangan pemain turut mengganggu persiapan dengan tiga pemain, Safiq Rahim, Nasriq Baharom dan Asraruddin Putra Omar bersama skuad kebangsaan manakala Bunyamin Umar berehat panjang akibat pembedahan lutut.

"Kita hanya memiliki 16 pemain saja kerana D. Surendran demam, Liew Kit Kong cedera minggu lalu dan Azrine Efendy Saduddin masih belum pulih. Tapi Khairul Anuar Baharom sudah pulih dan mula beraksi," jelasnya.

Selangor akan mengharungi tiga lagi aksi persahabatan di Padang SUK, Shah Alam iaitu bertemu ATM malam ini, Johor FC pada Sabtu ini dan Pahang pada Rabu depan.

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail gembira dengan prestasi dan persefahaman yang ditunjukkan Azmi, 27, yang merupakan pemain pinjaman tunggal mereka untuk saingan Piala Malaysia.

"Kemenangan ini juga baik untuk kami dan para pemain menunjukkan peningkatan dari perlawanan ke perlawanan. Saya tak sangka kita boleh dapat tiga gol bertemu Selangor

Tiada ulasan: