![]() |
VAN DER SAR dijangka bersara selepas saingan musim ini berakhir. |
bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai "football" diluar Amerika) sudah ada semenjak lama. Maksudnya benar-benar lama. Menurut the National Soccer Hall of Fame and Museum, bola sepak mula dikenal di masa Mesir kuno, Dinasti Ts'in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun 1600-an.
KYD
KYD
WELCOME
Sabtu, 9 Oktober 2010
Misi terakhir van der Sar
Hodgson congak formula baru
Jumaat, 8 Oktober 2010
Kelantan mula hidu peluang

Ferguson tak puas hati
![]() |
Lampard bawa berita gembira menjelang aksi dengan Aston Villa
LONDON - Frank Lampard membawa khabar gembira buat Chelsea apabila dia dijangka beraksi pada pertemuan dengan Aston Villa minggu depan.
Johnson sudah simpan hasrat tinggalkan Liverpool
![]() |
Khamis, 7 Oktober 2010
Kemenangan Bermakna Untuk Semua!
Neymar beri gambaran sarung jersi Chelsea
![]() |
NEYMAR berminat menyertai Chelsea kerana saingan Liga Perdana England yang dianggap kompetitif. |
NESV hampir pasti pemilik baru Liverpool

The Chance: Zaky terpilih wakili Malaysia
![]() |
ZAKY (kanan) bergambar bersama Menaha di Bukit Jalil semalam. |
Isnin, 4 Oktober 2010
Liverpool makin derita

Kebangkitan Everton
![]() |
MOYES yakin Everton akan bangkit untuk memberi saingan kepada pasukan elit. |
Sabtu, 2 Oktober 2010
Kasut Emas milik Messi

BARCELONA - Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi menerima Anugerah Kasut Emas selepas muncul selaku penjaring terbanyak di kalangan pemain kelab-kelab Eropah musim lalu.
Ternyata, Messi yang juga merupakan penyerang antarabangsa Argentina sememangnya layak menerima anugerah tersebut selepas merekodkan 34 gol, sekali gus membantu Barcelona menjulang kejuaraan Liga Sepanyol.
"Semua anugerah yang saya terima adalah istimewa tetapi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan saya di Barce- lona yang telah banyak membantu saya selama ini.
"Saya hanya mahu mempamerkan persembahan konsisten setiap kali turun beraksi dan melakukan yang terbaik untuk pasukan serta jurulatih saya," jelas Messi.
Kini, Messi sebaris dengan bintang-bintang bola sepak Eropah seperti Marco van Basten, Ronaldo dan Cristiano Ronaldo apabila menjadi pemain yang memenangi tiga anugerah utama individu iaitu Kasut Emas, Pemain Terbaik FIFA dan Bola Emas.
Penyerang Chelsea, Didier Drogba pula berkongsi kedudu- kan di tempat kedua selepas penyerang Udineese, Antonio di Natale turut merekodkan 29 gol sepanjang saingan musim lalu.
Bagi bekas jurulatih Argentina, Diego Maradona berkata: "Messi berhak menerima anugerah tersebut dan tiada siapa boleh pertikaikan.
Pertembungan maruah

HO CHI MINH CITY – “Jangan pula kita kalah dengan Singapura kerana ia maruah bola sepak negara.”
Demikian tegas jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menjelang perlawanan terakhir Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 menentang Singapura di Stadium Thong Nhat di sini petang ini.
Malaysia kini di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas tewas 1-2 kepada Vietnam Selasa lalu dan tewas 0-2 kepada Iran kelmarin.
Namun jika menang, Malaysia akan menduduki tempat ketiga kerana Singapura baru mengutip dua mata selepas seri dengan Iran (1-1) dan Vietnam (0-0).
“Ramai fikir saya hanya beri alasan apabila kita kalah. Tapi secara keseluruhannya kita main dengan baik, cuma peluang yang kita dapat gagal dimanfaatkan.
“Banyak perkara positif sebenarnya diperoleh selepas mengharungi dua perlawanan. Saya yakin pemain akan bangkit untuk menewaskan Singapura,” katanya ketika ditemui di Hotel Oscar Saigon semalam.
Rajagobal dijangka terus meletakkan harapan kepada gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk membolosi kubu Singapura yang ditunjangi dua pemain senior, Lionel Lewis dan Daniel Bennett.
Bagi Safee, 26, yang merupakan pemain paling senior dalam pasukan, dia masih belum berpuas hati dengan persembahannya biarpun telah mendapat pujian Rajagobal.
“Memang dua perlawanan sebelum ini saya banyak dapat peluang tetapi gagal diterjemahkan dengan gol. Jika tidak pasti boleh ubah keputusan perlawanan.
“Apa pun saya harap pada aksi menentang Singapura, gandingan bersama Norshahrul akan lebih menjadi dan nasib memihak kepada saya untuk menjaringkan gol,” kata Safee.
Ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak pula yang akan bergandingan dengan Muslim Ahmad setelah Nasriq Baharom digantung akibat kad merah ketika bertemu Iran berkata, kesilapan mudah serta kurang fokus menjadi punca dua kekalahan sebelum ini.
“Demi maruah diri sendiri, pasukan dan negara, kita kena menang dengan Singapura. Kita cuba untuk meraih tempat ketiga kerana tak mahu pulang sebagai pasukan di tangga tercorot
Hodgson: Satu mata memadai

PARIS - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson menganggap satu mata yang diperoleh pada aksi menentang FC Utrecht dalam saingan Liga Europa awal pagi semalam sudah memadai buat skuad The Reds.
Pada aksi peringkat Kumpu- lan K di Stadium Nieuwe Galgenwaard itu, anak-anak buah Hodgson sekadar mampu mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan tuan rumah.
Meskipun turun tanpa keli- bat kapten, Steven Gerrard yang tidak disenaraikan dalam skuad kali ini, Hodgson dilihat masih mampu memba- riskan kesebelasan utama yang mantap tetapi belum mampu untuk mencatatkan kemenangan.
Begitupun, satu mata yang diperoleh sudah cukup buat bekas pengurus Fulham itu untuk menarik nafas lega kerana anak-anak buahnya turun menentang kelab yang mencatatkan enam kemenangan berturut-turut setiap kali beraksi di tempat sendiri.
"Satu mata sudah memadai buat kami (Liverpool) kerana ia bukanlah perlawanan yang mudah apabila berdepan kelab seperti Utrecht.
"Saya merasakan masalah yang hadapi ketika ini adalah pemain-pemain masih belum mampu untuk memanfaatkan sepenuhnya beberapa peluang yang terhidang bagi menjaringkan gol biarpun ia dicipta sendiri oleh mereka.
"Begitupun, pujian harus diberikan kepada Utrecth kerana mereka beraksi dengan penuh komited dan bertenaga.
"Sebab itu, kami sedar yang kami perlu berada pada tahap terbaik di bahagian pertahanan," jelas Hodgson.
Bagi Utrecth pula, keputusan seri itu ternyata memberi- kan kelegaan buat jurulatihnya, Ton du Chatinier.
"Pada awalnya kami (Utrecht) merasakan perlawanan tersebut adalah sukar kerana mereka (Liverpool) menguasai bola di bahagian tengah.
"Tetapi apabila kami menyaksikan perlawanan mereka ketika menentang Manchester United, jelas ada masalah di jentera serangan.
"Kami memiliki empat atau lima peluang bagi menjaringkan gol, namun Fernando Tor- res hanya mempunyai satu peluang terbaik yang mana ia mampu mengubah keputusan perlawanan," kata du Chatinier
'Benteng United mantap'
![]() |
LONDON - Rio Ferdinand (gambar) yakin benteng pertahanan Manchester United kini kembali mantap.
Selepas terpaksa berehat panjang ekoran masalah kecederaan belakang yang dialaminya, tonggak pertahanan United itu kembali beraksi ketika membantu The Red Devils menewaskan Valen- cia 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin.
Dengan sembilan jaringan yang dihasilkan dalam enam perlawanan sebelum ini, Ferdinand yang juga kapten skuad kebangsaan England per- caya skuad kendalian Alex Ferguson itu berada pada landasan terbaik bagi melakar lebih banyak kejayaan.
"Kemenangan yang dicipta pada pertemuan menentang Valencia itu ternyata memberikan suntikan semangat buat pemain-pemain semua (United).
"Diakui memang kami gagal beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan ia membuatkan kami berada pada situasi yang membimbangkan.
"Namun, kemenangan ke atas Valencia telah membuktikan segala-galanya yang mana kami berdepan dengan salah sebuah kelab terbaik Eropah.
"Kunci kejayaan sesebuah pasukan itu sebenar- nya banyak bergantung kepada benteng pertaha- nan yang mantap bagi memastikan yang ia tidak akan dibolosi," jelas Ferdinand.
Ditanya mengenai kecederaan belakang yang dialaminya, Ferdinand memberitahu: "Kecederaan belakang saya sudah pulih ketika aksi menentang Valencia dan saya mahu beraksi dalam banyak perlawanan selepas ini.
"Ia turut disokong oleh pengurus (Ferguson) yang memberitahu bahawa saya memerlukan be- berapa lagi perlawanan sebelum pulih sepenuh- nya."
Ujian buat United selepas ini adalah berdepan Sunderland dalam saingan Liga Perdana England di Stadium of Light malam ini.
Untuk itu, Ferguson sudah pasti akan meletak Ferdinand bergandingan dengan Nemanja Vidic di bahagian pertahanan tengah pada pertemuan dengan Sunderland itu






