LONDON - Kelab terkaya di dunia, Manchester Ci
ty dilaporkan merancang untuk melakukan penjualan pemain secara besar- besaran pemain.
Keputusan tersebut dibuat selepas pengurus kelab itu, Roberto Mancini dilihat semakin hampir melepasi nilai £100 juta (RM494 juta) dalam perbelanjaan musim panas ini.
Tiga pemain kebangsaan England, Shaun Wright-Phillips, Joleon Lescott dan Wayne Bridge antara pemain berprofil tinggi yang akan dijual oleh kelab Eastlands itu dalam usaha Mancini membentuk sebuah skuad termahal dalam Liga Perdana England.
City telah berbelanja £75 juta (RM370 juta) lagi malam kelmarin dengan mendapat- kan pertahanan kiri Serbia, Alexander Kola- rov, 24, dari Lazio.
Mancini yang telah berbelanja besar untuk membawa Jerome Boateng, David Silva dan Yaya Toure, masih belum selesai dalam misi- nya apabila penyerang skuad bawah 21 Itali, Mario Balotelli turut termasuk dalam sena- rai pemain yang akan dibelinya.
Ini bermakna, selain trio pemain England itu, City juga sudah pasti akan mendengar sebarang tawaran ke atas beberapa lagi pemain bintang, termasuk Craig Bellamy, Stephen Ireland, Roque Santa Cruz, Jo dan Felipe Caicedo.
"Situasinya tetap sama dengan apa yang berlaku kepada kelab lain apabila ada pemain baru yang masuk," kata sumber kelab itu kel- marin.
"Ada beberapa pemain yang tidak termasuk dalam senarai perancangan pengurus dan ada yang mahu berpindah.
"Jelas sekali, kelab ini tidak mahu menge- kalkan pemain yang tidak mahu berada di sini."
Kedudukan Bridge sebagai pilihan utama di posisi pertahanan kiri kini mula terjejas berikutan kehadiran Kolarov.
Manakala beberapa pemain tengah termasuk Vladimir Weiss, Kelvin Etuhu dan Michael Johnson yang belum membuat penampilan sulung dalam kempen liga turut akan dijual.














meriahan ini diserikan lagi dengan paparan foto-foto gergasi yang dicetak dan dipamerkan menggunakan hasil nurkilan foto peserta yang menyertai pertandingan foto yang dianjurkan KAFA-TRWC. Ada yang tersenyum bangga gambar contengan muka dan aksi-aksi mereka ketika perlawanan terpapar di gerai-gerai rasmi KAFA, namun ada juga yang masih tercari-cari gambar-gambar mereka dicelah-celah paparan gambar. "Gamba Aku Ada Ko?".
berpusu-pusu mendapatkan barangan percuma yang disediakan pemilik gerai. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan kedatangan pengunjung yang berminat menyertainya. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu membawa The Red Warriors bersama masyarakat.



Elemen bola sepak sudah sebati dengan elemen sokongan penyokong, sekiranya skuad kebangsaan terus dicemuh malah dipandang rendah oleh masyarakat negaranya sendiri, adakah ini menggambarkan kejayaan sebuah barisan pimpinan FAM? Populariti sesebuah pasukan amat penting bagi meningkatkan moral dan semangat para pemain agar mengetahui setiap kudrat dan tenaga mereka di padang dihargai oleh para penyokong. Melihat situasi perlawanan di Malaysia, pasukan bola sepak yang tidak mempunyai penyokong akan tunduk malu dan lemah apabila melintas masuk ke bilik persalinan manakala pasukan yang ramai penyokong dengan gah bertepuk sama dengan penyokong sambil melangkah masuk ke bilik persalinan. Di kelantan pemain dikeremuni ramai penyokong yang berebut untuk bergambar bersama pemain tetapi ianya tidak berlaku di negeri lain.
Berapa banyak hasil jualan jersi Harimau Muda untuk dibangga bagi memastikan ianya diminati ramai dan menilai kejayaan? Tidak pelik jika lebih ramai rakyat Malaysia lebih sanggup memakai jersi negara lain seperti Sepanyol, Brazil, Belanda, Nigeria dan sebagainya daripada memakai jersi Harimau Muda. Mereka bukan tidak sayang atau hilang semangat patriotik pada Malaysia tetapi kecewa dan cemuh melihat karenah kepimpinan FAM yang sentiasa berdolak-dalih dalam membina sebuah kejayaan. Malah ada yang berpendapat Wisma FAM sesuai dijadikan Arkib Bola Sepak Negara kerana saban tahun rakyat Malaysia hanya disajikan kejayaan bola sepak zaman lampau berbanding kejayaan zaman sekarang. Malah ada yang sudah muak dengan sikap-sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin FAM dalam mendepani kritikan peminat.